Thursday, January 26, 2012

Adakah Kita Terlibat?

terpanggil utk share ini.....

Adakah kita terlibat dalam ‘Hubungan Emosi Terlarang’ (Emotional Affair) di tempat kerja?

“Saya baru berpindah ke tempat kerja yang baru. Saya mempunyai rakan sejawatan yang sudah lama bekerja di situ. Pada mulanya saya memandang lelaki ini, Norman sebagai lelaki yang ego dan suka membangga diri ketika bercakap dengan rakan-rakan terutama dengan teman sekerja wanita.


Setiap hari ada saja kerja-kerja saya yang menerima kritikannya.

Namun satu hari beliau menghadapi masalah besar di mana belum tidak dapat menyiapkan tugasan dengan sempurna.

Teruk dimarahi oleh ketua jabatan. Saya mula rasa simpati dengan beliau dan membantu beliau atas nama rakan sepasukan. Setelah beberapa kali saya membantu beliau, Norman mula berlembut dengan saya. Adakalanya mengajak saya keluar makan tengah hari sebagai balasan menghargai jasa saya membantu beliau.


Saya menerima pelawaan beliau kerana beranggapan bahawa beliau ikhlas membelanja saya makan. Apatah lagi saya rasa kesunyian apabila suami saya selalu outstation dan tidak dapat dihubungi.


Saya rasa apa salahnya saya mempunyai teman sekerja yang membantu saya dalam kesunyian di samping kadang kala saya membantu beliau dalam hal-hal kerja.


Walaupun dia rakan sekerja lelaki, namun saya selalu menjalankan tugas bersama-sama, bertemu dalam meeting dan semua perkara ini menjadikan hubungan kami rakan sekerja yang memahami antara satu sama lain. Lagi pun beliau juga sudah berkeluarga.


Hubungan kami semakin rapat dan setiap perbualan kami di telefon mula mengucapkan perkataan-perkataan manja. Mula-mula saya menganggap ianya satu gurauan biasa, walaupun saya menyedari bahawa kadang kala jenaka dan gurau kami agak melampau.


Namun kami rasa serasi dan boleh bergurau. Saya cuba mencari rasional bagi perhubungan kami. Saya gagal. Saya merasakan bahawa walaupun kami tiada hubungan suami-isteri, namun kami serasi dan kami tidak melakukan sebarang hubungan atau sentuhan fizikal.”




Saya membaca email di atas yang dikirmkan kepada saya pada minggu lalu dan cuba memahamkan apa yang sebenarnya berlaku. Saya sebagai orang berada dalam ‘luar kotak perhubungan’ ini cuma mencari punca dan kesudahan ‘hubungan emosi’ ini.


Ramai ahli psychologist berpendapat bahawa ‘emotional affair’ atau diterjemahkan ke Bahasa Melayu dengan istilah “Hubungan Emosi Terlarang” ini boleh dijelaskan sebagai hubungan di luar hubungan pernikahan di mana hubungan seorang dengan seorang yang lain, selain suami atau isterinya sehingga memberikan kesan pada hubungan fizikal dan emosi antara suami dan isteri dalam perkahwinan yang mereka dirikan.


Dalam hubungan ini, ia tidak melibatkan hubungan fizikal atau seksualpada peringkat permulaannya, tetapi lama kelamaan ia akan terjadi juga apabila pasangan ini sudah pun berdua-duaan.


(rujuk: Piercy FP., Hertlein KM., Wetchler JL. Editors 'The Handbook of the Clinical Treatment of Infidelity' Haworth )


Hubungan emosi terlarang (‘Emotional Affair’) ini bermula apabila seorang lelaki atau wanita telah membuka pintu hatinya untuk menerima kehadiran seorang lagi yang berlainan jantina yang berada di luar perkahwinan kita dan meletakkan sebahagian perasan mereka pada orang itu.


Fenomena ini bukannya perkara baru. Ia semakin merebak. Ini berlaku apabila kebanyakan dari kita mengalami rasa keseorangan dalam masayarakat yang ramai, (emotional isolation) kerana bebanan kerja dan kesibukan masa.


Ditambah pula sikap kebanyakan pasangan kita yang sibuk mengejar kerjaya masing-masing, sehingga tidak dapat meluangkan masa bersama pasangan dan anak-anak. Kita tidak sentiasa berkongsi pengalaman dan perasaan dengan orang yang penting dalam kehidupan kita. Inilah punca-punca bagi ’hubungan emosi terlarang’ (emotional affair).



Apabila saya katakan, ’kita tidak berkomunikasi dengan isteri dan anak-anak kita’, bukan bermakna kita tidak bercakap langsung. Pasangan suami isteri itu mungkin bertanya khabar secara superficial atau luaran saja . Mereka hanya berbincang tentang perkembangan pelajaran anak-anak dan bil-bil yang harus dibayar, tetapi tiada sentuhan emosi.


Pemikiran dalam hati, lawak jenaka dan pengalaman menarik seharian dikongsikan bersama dengan ’teman gelap’, bukannya lagi dengan pasangan kita. Hubungan suami-isteri adalah hubungan yang mendatar tanpa keseronokan.


Kebanyakan kita mempunyai perlbagai pengalaman emosi dan pengalaman yang menarik seharian, malangnya kita kongsikan dengan orang yang berada di luar keluarga kita. Apatah lagi jika perhatian yang diperolehi dari teman yang berlainan jantina, walau pun pada mulanya hanya sebagai rakan ianya sangat merbahaya dan menggoda.



Akhirnya kita tidak mempunyai emosi dan pengalaman yang hendak dikongsikan lagi dengan pasangan kita. Perbualan menjadi mendatar tanpa unsur-unsur emosi.


Jika keadaan ini tidak diperbaiki, hubungan emosi dengan pasangan akan menjadi kurang sementara hubungan emosi dengan ’teman gelap’ akan semakin kuat dan boleh menyebabkan tercetusnya hubungan fizikal yang terlarang dan akhirnya meruntuhkan rumahtangga.




Cara memperbaikinya tidak ada cara lain kecuali dengan memperbaiki hubungan jika tidak pasangahn kita akan pergi berkongsi perasaan dengan orang-orang lain. Berusahalah.





Selanjutnya saya akan tulis diblog
http://drzubaidi.com/blog

Tuesday, January 17, 2012

Gigi Oh Gigi



owhhh sakit woooo. amacam mau bikin ni.???
2bulan lepas sudah cabut 1 geraham.
last 2week sudah buat matikan saraf.
ini ada lagi sakit.. aduhai


ini semua gara-gara gigi yang sengget @ condong yang satu tu..
nak cakap pun tiada mood sudah.. ohoo

i PAD for kids

Ibu pun TERUJA juga nak ada ini untuk Amera Faqihah..


Ibu will buy for u sayang

Monday, January 16, 2012

BAHAGIA


owhhhhh tak dapat nak gambarkan kegembiraan sekarang ini. ini baru dinamakan kerja berpasukan. bila kerja hati mau gembira, baru senang hati mau buat kerja.

Pengumuman... saya sudah DITUKARKAN ke department lain.. yahooooooo
heaven rasanya... dah 3minggu duduk kat tempat baru, partition baru, kerja barau, bos baru, rakan kerja baru.... owhhh happy sangat-sangat walaupun kerja melambak-lambak, bertimbun-timbun atas meja, bawah meja, tepi meja... ohooooo tapi akan daku buat semua dengan hati yang gumbira...

lalallalalaaaaa..