Friday, September 27, 2013

Doakan haku


Ahad ni 29 September 2013...
Sekali lagi haku kena masuk DEWAN..
DEWAN apakah???

hahhahah Dewan Peperiksaan la...
tak kan la dewan bedah kot.
masih belum cukup tempoh adik baby bermanja-manja di dlm sana

Tatkala haku di memboyot kali kedua ini..
haku masih mengejar segulung Diploma yang belum2 tertunai
kali kedua juga haku membawa perot ke dewan peperiksaan

Sepatutnya seperti yang korang tahu
haku dah lama habis study
tapi akibat haku ni ambil sikit-sikit slow-slow
maka lambat la nak habis kan

Tak pe.. ibu boleh...
JIKA KAU PERCAYA KAU BOLEH 
MAKA KAU BOLEH MELAKUKAN

hah tu dia dah start nyanyi...
Apa pun doakan haku supaya tenang hadapi kertas soalan...
Ameen




Sunday, September 22, 2013

Asam pedas TERBAEKKKK

Sesiapa yg berminat sila hubungi haku.

Terhangat dipasaran loni

Thursday, September 19, 2013

Exam vs Angan-angan


Exam 
ya 
EXAM wey

Hari semakin hampir. Sepatutnya haku semakin melekat dengan buku.
Tapi haram belum tersentuh pun beg buku yang sah-sah tidak berusik kalau bukan esok ada kelas.
Dugaan sey. Tak apa.. haku harap dapat jawap juga bila tiba masanya nanti. 
kehkehekehh 

Sejak-sejak ini haku semakin ghairah nak tambah aset. eehhh bukan haku sorang ja eh. Gatal tangan namanya. Bukan boleh tengok dalam akaun haku beranak pinak sikit.. mula lah somiku planning macam-macam... dan seperti biasadengan menggunakan akaun haku. hahahhahaa itu untungnya si dia yang begelar suami kepada Nor Hanylah ini. HAHHH mula la nak membangga diri... SubhanaAllah Ya Allah... tidak.. tidak...

incik somi plan nak beli tanah pastu bina rumah bila ADA DUIT... ehhhh siapa tu? kalau bukan HAKU jugakkan??? hurmmm somi sapa la tu... hahahhahaa. HAku sumpah tak kesah apa dia rancang as long as mendatangkan keuntungan belakang hari.. which is HALAL la kan.

Dah lama kot dia idamkan nak buka CARWASH... ye kedai cuci keta. Haku lak idamkan nak buka DOBI... ye kedai cuci pakaian dll... itu angan-angan KAMI sejak belum nikah lagi.. TAPI sehingga saat ini.. masih belum tertunai. In sha Allah lepas haku abiskan study nnt haku akan lebih FOCUS.

Tadi ada terpandang iklan ... nak jual tanah lot rumah 35x65. Harga yang ditawarkan amat la berbaloi-baloi bagi haku... tempat agak strategik. Lagi satu terpandang iklan orang nak jual carwash. harga pon agak berbaloi-baloi... Rasa macam nak grab dua-dua. sebab berbaloi sangat-sangat...

Daokan kami untuk menjadi PENGEDAR ASAM PEDAS MELAKA yang kaw-kaw BERJAYA ya kawan-kawan.

OK malam ni kita bincang atas katil.... tengok mana yg berkenan dihati.


auummmm



Wednesday, September 18, 2013

TNB tetap dihati

Live from my Samsung Note ii.

Tengah berkumpul seantero staff Tenaga Nasional Berhad. Bagi Majlis Perhimpunan Warga Kerja TNB. Sudah lebih 10 tahun rupanya haku mencari rezeki di bawah Syarikat gah ini. Tapi biasa la kan... kerja mana-mana pun ada juga pengalaman pahit manis kan.

Alhamdulillah... syukur dengan segala nikmat yang Allah berikan. Daripada bujang, penuhi hobi, beli kereta, sambung belajar, mencari jodoh, ditemukan jodoh di TNB, beli rumah, menjalinkan ikatan perkahwinan dengan si chenta hati, dikurniakan anak dan anak-anak.... haku masih lagi berkhidmat dengan TNB.  Rezeki Allah amat bernilai....

Tiada apa yang mustahil. TNB melancarkan Transformasi 1 TNB. harap-harap berjaya. Ameen.

Wednesday, September 11, 2013

Saja-saja menaip

Morning...

Time haku bersemangat nak menaip... time itu juga la internet kat opis ni tak boleh guna. Time haku malas elok ja pulak nya. Oleh kerana semangat yang membara eceh... gagahi juga la menaip kat hp ja.

Since semalam haku rasa tak sedap badan. Ini tidak pelik lagi la kan. Sah-sah sebab banyak angin dalam badan haku ni. Mengandung kali ini haku rasa sungguh sangat beza daripada dulu. Jauh bezanya. Angin banyak, muntah-muntah, loya sokmo, pening-pening. Masa ngandungkan kakak dulu elok molek tak ada semua tu. Alahan apa pun tak ada. Demam pun tak pernah. Sihat semacam... Lain anak lain bawaannya kan kan.

Ke sebab haku kandungkan lain jantina? Hahahahaa boleh lak soklan ini yang muncul. Sah-sah la lain gender kan. Adik baby is Boy. Kakak kan girl. Apa la ibu ni. Dulu suka sangat makan manis-manis minum manis-manis. Sekarang suka yang masin-masin ja. Macam rak caya tapi percaya la... lauk wajib haku bila makan nasi sekarang ini adalah ikan masin atau telur masin. Janji masin haku no hal. Boleh makan nasi kosong ja.

Yang pasti kali ini haku lebih cool berbanding dulu. Dulu haku mudah naik angin. Sampai bos haku pon takut. Hahahaa. Dan akibatnya kakak is garang orangnya. Mengandung kali ini haku pandai cover marah tu. Pandai la control perasaan sikit. Membuatkan haku lebih tenang. Ciss... hahahhaaa

Haku dulikkan hal orang lain. Sebenarnya haku malas nak ambil tahu hal orang la kan. Nak buat apa pun. Sebab banyak lagi hal-hal sendiri nak diuruskan. Iye idak kan. Hahahaaa ok dah merepek.

Sabtu baru ni g kenduri akikah adik yaya. Yaya ni bukan la yaya bff kakak kat school rumah a.k.a taska tu. Tapi yaya bff kat school elmo. Dengan keadaan kakak yang kurang sihat kami singgah sekejap ja lepas gi klinik ambil Neb. Hari sabtu tu la kakak duk melepek a.k.a melekat ja dengan ibu. Tapi sorry la kak ya.. ibu tak laray nak dukung awak. Abah lak kena petang. Sobsss sian anak ibu.

Ahad haku kelas. Yeay last seminar. Ehhh tak yah nak yeay sangta la ye... jadual exam dah keluar. So get ready je la. Kakak masih demam, batuk, selsema. Tapi dah kurang sikit abah kata. Tapi ada ke patut abah lupa kakak ada kelas elmo. Aduhai abahhhh. Asik la main game kat hp. Grrrrr geram sey. Sian kakak. Budak tu semangat kuat tau. Demam tak larat bangun pun masih bersemangat nak gi class elmo.

Petang ahad tu haku pun bersemangat sikit sebab kakak dah sihat. So haku terjain la kemas baju bajan yang bersepah-sepah macam rumah bujang tu. Hahahhaaa yeay dah berkemas sikiy rumah haku weyyy... kalau tak dah macam reban ayam. Kehkehkehh

Ok bye...

Monday, September 02, 2013

Raya Blogger

Potluck macam biasa.
Kali ni kat rumah ana lyana P11.
Gps kan ada, jadi tak da lah sesat-sesat bagai kan

Tenet opis is super slow jadi bersiaran melalui hp saja sudah.

Perjanjian kami jam 3pm... maafkan daku wahai rakan-rakan sebab kelewatan daku. Petang semalam potluck kami adalah homemade big apple by fad. Hahahhaa. Haku bawak spegati ngan kentang goreng yang menjadi rebutan anak-anak.  Ana selaku tuan rumah masak mee rebus, koktail ngan air sirap sedap.

Gambar makanan tak teringat langsung nak ambil. Hahahaa.



Sunday, September 01, 2013

Scan 4D

Alhamdulillah dah berjaya scan pada usia kandungan 21weeks. Haku tekad nak buat seawal yang boleh kali ini sebab tak sabar sangat nak tau gender adik baby. Tapi yang sebenar-benarnya haku mengharap kesempurnaan.

Daripada rumah haku memang berserah 100% pada Maha pencipta. Haku redha jika terdapat apa-apa kekurangan.

Seminggu awal haku dah buat temujanji. Dikala orang lain sibuk dan berkobar-kobar nak sambut merdeka... haku bertarung perasaan. Hahahaa

Temujanji 4d haku buat di klinik panel ja. Malas nak g jauh-jauh kan... klinik Qistina taman Equine. Dengan harga RM105 dapat scan 4d + cd.

Alhamdulillah adik baby boy... walaupun kakak agak sedikit sedih tapi syukur Alhamdulillah kejadiannya sempurna. Cuma doc bilang mungkin adik baby akan besar juga macam kakak dulu... hohoiiiii.... ibu redha.. janji adik baby sihat.
Tapi jauh disudut ibu nak lahirkan awak secara normal. Itu pun kalau diizinkan Allah.  In sha Allah.... kawan-kawan doakan daku ya....

Sorry entry ini tiada gambar sbb tengah dok lepak2 kat gerai sambil menunggu kakak gi class elmo

Bye... sampai jumpa lagi..