Showing posts with label Faqihah. Show all posts
Showing posts with label Faqihah. Show all posts

Thursday, September 20, 2012

Bercerai susu

Bercerai susu a.k.a wean off.
Susah betul rasanya nak wean off kan Faqihah. Dah macam-macam cara ibu guna nak wean off awak tau. Kadang tu sampai dah give up. Jadi bila Faqihah nak "nyek"(BF) ibu suakan ja. Malas nak layan renggekkan dia. Tapi bila sampai tahap dah tak tahan kena gigit, ibu terpaksa gagahkan juga cari cara nak wean off. Hampir 2bulan baru berjaya akhirnya.

Cara pertama adalah tidur asing. Biarkan Faqihah tidur dengan abah dia. Abah malas nak layan. Jadi henjutkan Faqihah dalam buaian ja. Janji tido asing la kan. Tapi tak berjaya juga sebab abah kerja shift. Kalo kerja pagi atau malam ok lagi. Tiba turn abah keja petang, dah sah-sah Faqihah kena tidur dengan ibu juga. So GAGAL.

Cara kedua ada ibu sapukan madu. Kenapa madu? Sebab ibu tahu Faqihah tak suka madu. Tapi awak tetap nyek juga. Awak lap pastu awak nyek dengan selamba. Hoh... GAGAL lagi misi ibu.

Seminggu dua lepas tu ibu bancuh kopi pekat dan sapukan juga. Kejadian yang sama berlaku juga. Sebab Faqihah dah pandai lap sampai bersih. Ermmm again! GAGAL.

Segala benda ibu sapukan. Sirap pun pernah. Tapi itu budak lebih cerdik daripada ibunya. Ahakssss. Nak wat guane ye dak?

Ibu terpikir-pikir kalau semua benda pun tak menjadi, ibu terpaksa beli jadam. Orang-orang bilang jadam berkesan untuk bercerai susu. Tapi ibu macam tak sampai hati sebab orang bilang jadam itu maha pahit. Sian la ke Faqihah nanti. Hohooo tapi kesian lagi nyek haku sakit bila kena gigit drk Faqihah sampai berdarah ok.

Last 3weeks dapat satu lagi benda nak sapukan kat nyek tu. Ini semua idea haku dapat daripada sha kat twitter. Asam jawa! Ya...... Asam jawa yang buat masak tu. Terus ibu sapukan asam jawa adabi yang pekat likat tanpa biji tu. Dalam kegelapan bilik Faqihah tak nampak pun apa yang ubu letak kat nyek. Sekali ngapppp..... "Ibuuuuu..... yah tak mo dah nyek ibu. Masam" sebab dia dah lap-lap pun masih berbaki kemasaman asam jawa adabi tu.

ALHAMDULILLAH........
Maka dengan ini Faqihah dah wean off. Dah hampir 2minggu OK!!!. Syukran.

Opssssss tapi tak boleh happy lagi. Sebab ada pulak tebiat baru pulak. Dok la tangan tu asyik nak menggentel nyek ibu. Aduhai....

Hahahaaaa lepas ni kena cari pulak petua untuk Faqihah tidak menggentel. Ahik... Hai anak hai anak. Macam-macam ragam

Thursday, April 26, 2012

Selamat Ulang Tahun ke-2

Allah selamat kan kamu
Allah selamat kan kamu
Allah selamat kan AMERA FAQIHAH
Allah selamat kan kamu

Alhamdulillah....
Segala Puji bagiMu Ya Allah kerana dengan limpah rahmatMu
telah mengurniakan kesihatan , kecerdikan, kecergasan 
kepada puteri kami Ya Allah

25 April 2012
genap 2 tahun 
Ibu melahirkan kamu sayang.
Kasih sayang yang tiada tara "bak kata hafiz"
kasih yang akan sentiasa mekar padamu selagi nyawa dikandung badan

Ibu & Abah doakan
agar Faqihah jadi seorang anak yang patuh dan taat pada kami
agar Faqihah dikurniakan kesihatan yang baik
agar Faqihah mendapat didikan dan jagaan sempurna daripada kami
agar Faqihah dapat timba ilmu sebanyak-banyaknya
agar Faqihah membesar dengan seadanya.

segalanya untukmu sayang.

Ibu syg Faqihah.. muah


Tuesday, April 17, 2012

NAZAR

Hany jarang a.k.a tak pernah bernazar kot.
Tapi lepas nikah terbuka hati nak bernazar (Puasa seminggu) jika peroleh Baby. lepas ja bernazar tu Alhamdulillah diberi kurniaan Besar itu..
YES!!!! Pregnant . Alhamdulillah. syukur sangat-sangat.


Kini setelah baby ibu ni umur 2tahun baru Ibu berkesempatan nak bayar nazar itu. Alhamdulillah.. hari ini hari ke-dua. semoga ibu tabah, kuat & sihat untuk membayar Nazar itu. amin.
 
Nazar ialah janji manusia kepada Allah kerana menghargai nikmat yang diterima atau mendapat hajat yang dicita. Janji tersebut wajib ditunaikan.

Nazar mewajibkan atas diri sendiri untuk melakukan sesuatu ibadah untuk Allah yang asal hukumnya tidak wajib. Firman Allah dalam Surah al-Haj ayat 29 : "Kemudian hendaklah mereka membersihkan dirinya dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazarnya, dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu."

Ia wajib ditunaikan tanpa bertangguh jika mampu melakukannya. Jika berlaku keuzuran ia masih lagi tergantung kewajipannya sehingga ia menunaikan nazarnya itu. Amalan yang perlu dilakukan oleh seseorang berpandukan suruhan Allah S.W.T dalam al-Quran apabila gagal menunaikan nazarnya kepada Allah, firman dalam Surah al-Maidah ayat 89 yang bermaksud: "Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah oleh-Nya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh.

Maka bayaran dendanya adalah memberi makan sepuluh orang miskin daripada jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu, atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba.

Sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah. Dan jagalah - peliharalah sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (hukum-hukum agama-Nya) supaya kamu bersyukur."

Monday, April 16, 2012

Zoo Negara

Sabtu yang memenatkan. dari rumah bukan main berkobar-kobar.. ala bersungguh-sungguh gitu.
lepas mandi Faqihah terus capai baju gaun.
Abah kata, "kita bukan nak gi mall la, gi pakai seluar"
Faqihah "anak, amo.. nak ni"
aduhai anak.. hah pakai je la gaun pun gaun la sayang

seawal jam 9am kami keluar rumah.
g Dobi hantar toto taska anak dara sorang tu
terus la sarapan kat sebelah dobi tu macam biasa
jam 10.30 gak baru la gerak ke Zoo Negara...
hahah Ibu lak ter"over"
walhal nak bawa Faqihah jalan-jalan sambil kenal haiwan

huhhh penat seyyyy... serius tak larat nak layan kerenah Faqihah
tapi Ibu dan Abah gagahkan diri gak hahahah
Faqihah ni pantang jumpa kawasan luas kit..
mulala melakukan aktiviti rutin dia..
LARI............. 
harap2-harap anak Ibu yang comel & cerdik ni akan jadik seorang atlet yang berjaya..
hahahha over lagi

moh layan gambo yang tak seberapa ..
ehsan HP Sony Abah
camera dah dirosakan deh anak dara


 Faqihah + Ibu + NOMY(zirafah)

 Faqihah jum lumba

Faqihah wif GAJAH...
 
dah letih berjalan pusing Zoo
balik la.. g cari makan kat 
 
Restoran Istana Bambu
hahha tak sempat nak snap gambo.. dah lapar sangat wooo
ngap je terus
 

ni padi kat Restoran Istana Bambu tu





Tuesday, January 17, 2012

i PAD for kids

Ibu pun TERUJA juga nak ada ini untuk Amera Faqihah..


Ibu will buy for u sayang

Wednesday, May 18, 2011

Teletubbies Amera Faqihah


orang lain buat teletubbies, Ibu pon teringin nak gak untuk anak dara Ibu yang cerdik tu..
thanks to Fad
sbb buatkan teletubbies untuk Faqihah.. comei kan..merah gitu...
semalam entah kenapa Faqihah asyik nak berkepit saja sama Ibu... Ibu nak g tandas pun Faqihah nangis macam nak rak.. tersedu-sedu dia.. sian lak.. Abah lak kerja shitf pagi.. uhuuu
jadik lah Ibu ni macam patung duduk disisi anak kesayangan Ibu sepanjang hari sementara menunggu Abah pulang dari kerja. tapi sempat juga la Ibu kemas rumah, masak nasi, cuci pakaian, jemur pakain, lipat pakaian yang melambak-lambak macam pasar malam tu... dan berkali2 juga la Faqihah jatuh dari basikal dia tu.. rupa-rupanya Faqihah pandai merempet, itu yang asyik tergolek ja.. adeh la anak dara Ibu tu... jangan besar nanti sungguh-sungguh merempit sudah ya sayang...