Wednesday, September 28, 2016

Daripada Mana Ia Datang


Hahahaha
tajuk entry semacam ja kan

apa yang
"daripada mana ia datang"

sebab daripada usia kanak-kanak lagi 
haku sebenarnya sudah berjinak-jinak dalam 
alam perniagaan.

pernah terdetik jugak
"haku nak jadi pembeli sahaja"

TAPI akhirnya haku termasuk juga dalam kancah perniagaan.
Alhamdulillah... mencari rezeki Halal.

Arwah ABAH a.k.a atok dan MAK a.k.a nenda kesayangan pon BERNIAGA
dengan hasil jualan Satay seantero Kulai, Johor itu lah
haku disekolahkan.

Alhamdulillah. Janji Allah itu Pasti

Mak & Abah pun berniaga juga
jual nasi ayam, bihun sup, mee sup, soto
sekarang pun masih berniaga kuih-muih dll.

berjangkit pulak semua adik-beradik haku
semua pun berniaga.

Nak jadi kesahnya.. masa haku sekolah rendah lagi 
haku dah niaga.
masa tu jual buah kedondong..(arwah abah kaitkan) kiki pelbagai size, harga ikut size
jual kacang tanah goreng sambal (KAKAK a.k.a makngah tolong masakkan) 20sen satu paket.

SubhanaALLAH.. kenangan sangat.
bila kenang-kenang memang ia sesuatu yang indah.

haku suka jual makanan yang dimasak.. 
sebab haku suka sangat tengok orang kenyang dengan masakan haku tu
walaupun tak sedap mana pon.

wakahkahkah...
sejak terlibat dengan menjual makanan ni...
kepala otak ni asik la la ligat berpikir 
nak masak apa nak jual apa

ingat nak buat Pizza & Lagsana..
erm... bila ya ada masa tu

akan ku coba cari masa itu...
korang doakan haku ya
 TERIMA KASIH

 

2 comments: