Monday, October 10, 2016

PESTA LELONG BUKU, PUTRAJAYA 2016


Buat pertama kali dianjurkan di Putrajaya. Akan berlangsung pada 21 hingga 30 Oktober 2016. Bertempat di Dewan Cempaka Sari, Presint 3, Putrajaya.

Jom la ramai-ramai pergi sana nanti. Yang best sekali Insha Allah produk kami ada kat sana juga.







tu dia.... cuaca panas gini memang elok la nak sedut puding ni kan...



Wednesday, September 28, 2016

Daripada Mana Ia Datang


Hahahaha
tajuk entry semacam ja kan

apa yang
"daripada mana ia datang"

sebab daripada usia kanak-kanak lagi 
haku sebenarnya sudah berjinak-jinak dalam 
alam perniagaan.

pernah terdetik jugak
"haku nak jadi pembeli sahaja"

TAPI akhirnya haku termasuk juga dalam kancah perniagaan.
Alhamdulillah... mencari rezeki Halal.

Arwah ABAH a.k.a atok dan MAK a.k.a nenda kesayangan pon BERNIAGA
dengan hasil jualan Satay seantero Kulai, Johor itu lah
haku disekolahkan.

Alhamdulillah. Janji Allah itu Pasti

Mak & Abah pun berniaga juga
jual nasi ayam, bihun sup, mee sup, soto
sekarang pun masih berniaga kuih-muih dll.

berjangkit pulak semua adik-beradik haku
semua pun berniaga.

Nak jadi kesahnya.. masa haku sekolah rendah lagi 
haku dah niaga.
masa tu jual buah kedondong..(arwah abah kaitkan) kiki pelbagai size, harga ikut size
jual kacang tanah goreng sambal (KAKAK a.k.a makngah tolong masakkan) 20sen satu paket.

SubhanaALLAH.. kenangan sangat.
bila kenang-kenang memang ia sesuatu yang indah.

haku suka jual makanan yang dimasak.. 
sebab haku suka sangat tengok orang kenyang dengan masakan haku tu
walaupun tak sedap mana pon.

wakahkahkah...
sejak terlibat dengan menjual makanan ni...
kepala otak ni asik la la ligat berpikir 
nak masak apa nak jual apa

ingat nak buat Pizza & Lagsana..
erm... bila ya ada masa tu

akan ku coba cari masa itu...
korang doakan haku ya
 TERIMA KASIH

 

Tuesday, September 27, 2016

Soto Nasi Impit by Fazny Homemade


Ingat lagi tak dulu haku pernah post resepi SOTO yang very-very marbeles?

"masihkah kau ingat ketika haku masak dulu" 
*hahahahaa ampun tetiba mood menyanyi untuk hilangkan ngantuk*

sekarang belanja gambar je lah ya
kalau rasa-rasa nak order...
PM PM PM la kita *orang Joho memang bahasakan diri KITA/ORANG*

013 287 2304





Thursday, September 22, 2016

Sardin Homemade


Alhamdulillah

Rezeki Allah beri haku dan keluarga KESIHATAN.

sihat untuk teruskan beramal

sejak ada Pressure Cooker haku semakin rajin.

Rajin Masak...

New Produuct  from FAZNY HOMEMADE 

SARDIN

cemana rasa dia?      
Rasa sardin tu sama ja rasa sardin dalam tin yang korang beli tu

TAPI APA BEZA nya?

yang homemade ini

LEBIH DIJAMIN 

Kesegarannya
&
Kebersihannya

Second batch

 opsss lupa nak ambil gambar yang dah siap untuk delivery.

Thank You my lovely buddies yang order lagi tu

Eh lupa lak

Harga RM5/bekas
mengandungi 3-7 ekor ikan sardin
bergantung size ikan sardin di pasaran.


Entah Kenapa




Adoi terabai lagi kan.
What to do..

Antara sebab musabab haku malas a.k.a tidak sempat nak update blog adalah

teng

teng

teng


Handphone kesayangan ini tidak boleh detect cable....

What the fish betul kan
tapi ye la. haku masih bersabar kerana dia masih berstatus KESAYANGAN

Orang kata 

" hendak seribu daya... tak nak seribu dalih..."

 I'll update ceritara SARDIN

daaa

Thursday, September 08, 2016

OH my LoVeLy Samsung Note 2


Halamak semalam tak update pasal SARDIN lah. 
soon ya. promise!

hahaha kesian sangat tau

kelmarin HandPhone haku jatuh berderai
nak dijadikan ceritanya
skrin dia retak dan pecah 12 juta.
tapi nasib kat keyboard bawah tu boleh lagi guna
so hari ini haku tak bawak HP.
incik somi bawak dia g kedai untuk tukar glass skrin baru
kita tunggu petang kang
agak-agak berapa RM la bakal terbang tu nanti

Sudah tertulis dipapan kehidupan haku
kelmarin tu HP jatuh berkecai...
tak apa lah...
doit boleh cari lagi
sobssss.....

apa-apa yang penting sangat boleh call opis haku 03-8948 8980
tak pong email jah hanylahh@tnb.com.my

Tuesday, September 06, 2016

Projek SARDIN


ada apa dengan SARDIN?

ermm... OK kita tunggu

ESOK

ESOK

ESOK


Monday, September 05, 2016

Hobi Baru yoo

As Salam.....

Lama sudah jari tidak menari-nari di dalam blog ni.
Kesibukan menguruskan hal-hal kerja, hal-hal keluarga dan ditambah pula dengan kesibukan hobi baru haku lately.
Jangan terkejut hobi baru haku ni... daripada tidak gemar duduk dapur waktu bujang.... bila dah berkeluarga sendiri harus lah ke dapur iye dak...
Bila anak semakin bertambah.. perbelanjaan makin meningkat.
Dulu duduk kuarters... tapi sekarang dah duduk rumah sendiri... oh man.. banyak lagi perbelanjaan diperlukan rupanya.

Tak apa lah... rezeki haku kat anak-anak...
dah lama kan haku ada FAZNY ent...
Dulu-dulu saja buat cop untuk kegunaan opis sebab senang nak clain beli barang.

Tup tup sekarang ni haku betul-betul usahakan hobi baru haku atas nama itu
yeahh....

FAZNY HOMEMADE

Apa dia tu hobi baru haku??

sekarang ni haku asyik la di dapur. 
salah satu sebab kenapa haku suka di dapur adalah kerana
dapur rumah haku dah besar. hahaha

Korang nak order untuk pelbagai jamuan... insyaAllah haku boleh bantu

Antara yang banyak order setakat ini adalah;-

PUDING SEDUT
DADIH
SOTO NASI IMPIT
PULUT & RENDANG AYAM
ROTI JALA & KARI AYAM
KUIH SARANG SEMUT
PASTA

kalau ada menu lain yang uolsss nak haku masakkan sila la PM haku ya
 013 287 2304



 

Friday, November 07, 2014

Perancangan Allah itu INDAH






 
Salam Jumaat, Hari yang indah. Hari yang penuh rahmat.
Syukur dikurniakan roh untuk terus mengharungi hari-hari yang mencabar iman.

Bila haku sayang, sungguh-sungguh la haku sayang
Bila haku benci, sungguh-sungguh la haku benci

hahahaha tu dia ayat.
Bukan apa kan. Haku malas nak merunggut. Apa yang patut haku terima haku dapat la kan. 
eceh... hoiii Pemakluman Markah Penilaian Prestasi tahun kewangan 2013/2014 dah dapat. Merundum kaw-kaw sangat. Pasrah la weiii. Malas la nak turun naik jumpa Manager, Senior Manager, General Manager semua tu.

Agaknya itu la yang telah tertulis untuk haku. Itu la rezeki haku. Haku terima dengan hati terbuka. Alhamdulillah. Sebabnya haku bukan la sempurna sangat ken.. kikiki

Semalam hari bangun awal. Anak-anak pun bangun awal. Siap-siap pergi taska awal. Keluar rumah awal. Sampai Office awal. Tiba-tiba dapat SMS "kak, botol susu haziq tak bawa ya". Allahu.... ada juga yang tertinggal.

Sarapan laju-laju, bagitau bos haku nak keluar sekejap. Balik rumah ambil botol dan hantar terus ke taska. Somi pulak baru habis keja shift malam. Terus ajak dia pergi bank untuk pembayaran akhir pinjaman kereta haku. Alhamdulillah kereta dah habis bayar.

Lepas tu pakat pergi Dating. hahahhaah macam TNB tu bapak haku punya kan kan... adoiii kalau bos tahu ni mampus. Tapi patut la kan dapat prestasi rendah. ahak tu yang pasrah.

Ala... tak boleh nak citer panjang la.. bos panggil. grr
bye..

Ya Allah Ya Tuhan sekelian alam.... Engkau limpahkan la keberkatan ke atas kedua Ibu Abahku, keluargaku, kawan2ku, serta semua makhluk dimuka



Monday, November 03, 2014

Amarah


Bismilahh...
tarik nafasssssss lepaskan perlahan-lahan.. tarikkkkk nafassssss hembus...

Tengah marah gini la gaya. Semua benda jadi spoil. Haahahaha sabar la wahai Nor Hanylah Sabar itu IMAN. ada bos tapi senggal2 ayam. grrr

bye


Thursday, October 30, 2014

Hari Graduasi Taska TNBR 2014



Alhamdulillah syukur.

Pejam celik, pejam celik anak-anak membesar. Ibu Abah makin bertambah usia juga. Dah 4tahun anak ibu sekarang. Tahun depan bermula la kisah alam persekolahan pula. Amera Faqihah seorang anak yang manja. Dah ada adik pun masih nak manja lagi. Selalu sangat kena marah dengan ibu... tapi jauh dilubuk hati ibu... Ibu sayang kakak tau

Hari ini 30 Oktober 2014, Faqihah terima sijil. Habis tempoh duduk di taska pon sekarang dah ada hari graduasi tau. Dulu-dulu haku rasa majlis seperti ini lepas habis Tadika KEMAS. Zaman dah berubah, semakin maju.

Bersiap sedia la kita sebagai Ibu ayah nak corakkan anak-anak kita. Cabaran makin banyak, Harap haku sebagai Ibu mampu nak corak anak-anak. In sha Allah

Sedikit kenangan pagi tadi sebelum hujan lebat *nangis dalam dewan masa ibu nak tinggalkan dia pergi kerja tadi. Dalam keterpaksaan juga ibu tinggalkan kakak tadi sebab ibu kena masuk meeting. Maaf ya kak.


senyum lebar sebab nampak ibu datang

Persembahan bersama rakan-rakan

Amera Faqihah Binti Mohamad Faiz
kiri: Aqila, tengah: Yaya, kanan: Amera


Tahniah, Kakak dah besar

Ibu sayang kakak
segulung sijil TASKA
 hehehe... OK lagi 2tahun konvo lagi ya sebelum melangkah ke alam Sekolah Rendah



Wednesday, October 29, 2014

Kualiti vs Kuantiti


Bismilah
Mari buka DAIRI.. kikiki

Banyak hoi hal nak coret tapi tidak la berkesempatan. Bila sempat internet maha siput. ahaks. Jadi bertabah la. Jika diberi peluang haku taip je ya.

Bulan ni gaji awal sebab Deepavali.. 16hb gaji dah masuk, macam biasa la dah bayar sana-sini. Balik kampung bagai.. tup-tup ehhh poket kering. ahaksss

Saja-saja cakap kat group whatApp, nak beli pasta untuk Haziq harga RM5 pun haku berpikir-pikir nak beli ke idak... terus dapat 2-3orang kawan berkualiti PM whatApp. Tu dia laju ja korang ni. Hehehe.. Terima Kasih atas keperihatinan korang. SIMPAN ok untuk korang.

Haku bukan mahu balasan atas apa yang haku hulurkan dan bantu dulu-dulu. Haku ikhlas. Ini la haku bangga ada kawan-kawan gini.

TERIMA KASIH korang...

*gambar dibawah hanya selingan hahaha

Dah besar anak sulung ibu ni Amera Faqihah

Haziq

Wednesday, October 01, 2014

Family Gathering @ Restoran Makanan Arab Zam Zam, Shah Alam


Al-kisah lepas holiday tak hinggat dunia tu kami bergathering pula.

Masa kat penang hari tu abah panggil haku.
"Along, nanti sebelum abah balik johor, abah ingat nak kumpulkan korang adik beradik" 
haku hanya mampu hangguk kan kepala ja. Bilang OK saja. Kasi time dan tempat sahaja. In Sha Allah jika tiada halangan rintangan pasti sampai.

Selasa 16September2014, Hari Malaysia. Kami berkumpul. Abah belanja anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu makan Nasi Arab hoiii... yang haku perasan menjadi kegemaran mak abah sekarang ni.

Kepada yang tahu kisah haku dan keluarga, ini haku kenalkan mak, abah dan adik-adik haku.

Kami
 
atas kiri : mak + abah + anak bujang (adik no.5 + 6) + opah
atas kanan : mak + abah + siti (adik no.4)
bawah kiri: mak + abah + nisah (adik no.2)
bawah kanan: mak + abah + haku (sapa tak kenal haku merajuk)

tu hah konon nak buat macam orang lain.. sekali silap susun. hahaha
hahaha pon boleh la.
2014: Siti - Nisa - Hany
1998: Hany - Nisa - Siti

si pancasitara....

Makanan kat restoran tu boleh la. Bagi haku lagi suka Nasi Arab kat uniten ja. ahaksss
Sesapa nak cuba nak ini alamat:

Restoran Zam Zam
1, Jalan Tengku Kompleks Oasis 9,
Ampaun Zabedah G/G, Seksyen 9,
40100, Shah Alam, Selangor



Tuesday, September 30, 2014

Lunch Date geng UB


Kalau bab makan sah-sah haku FREE.. hahahahaa
Dua minggu lepas Julee kata ada kerja kat Putrajaya... so apa lagi jom lepak makan sama... Ana pun FREE set ah... Alamanda... dum dam dum dam.. akhirnya sepakat makan kat Black Canyon Coffee, Alamanda Putrajaya.

Haku tak kurang makan pedas order kueh teow goreng ja. hehehee janji kenyang apa.


Kami super duper kelaparan... tetiba service is SLOW bangat... sabarun sabarun sabarun SMILE. Rasa dia boleh la.


Kiri: Julee, Ana, Hany
kami gi tandas semata-mata cari CERMIN hikmat ni. hahahahaha
Balik tu terus haku sakit mata.. MC la seminggu.... sabarun sabarun sabarun...

Dua, tiga minggu lepas tu kami set date lagi nak lunch sesama... kali ini Mar yang beriya-iya sangat. Haku ON ja... Kali ini kami makan kat The Manhattan Fish Market, Alamanda Putrajaya juga la.



The menu
 Set tu untuk 4orang tapi kami ber-6 makan. Rasa dia.. omakau sedap hoiii berbaloi la dengan harga tersebut.... Berbaloi-baloi...

Ana + Mar

Ann, Hany + N

Yummy superrrr



 Tuuuuuu dia.... licin. semua makan dengan lahap nya. Zaza datang paling lambat, so kena denda baca doa. Laju macam ERL korang tau doa makan dia. hahahaha

Kiri: Hany, Ana, Ann, Zaza, N + Mar
 Semua berkelakuan skema sebab mintak tolong budak sekolah yang ambilkan gambar tu. ahakss...
Kalau tak, tak ada nya rupa gitu. layan..

Dan balik itu haku demam... Suratan atau kebetulan tiada siapa yang tahu. Sesungguhnya Allah yang Memberi rezeki dan menarik balik segala nikmat kepada kita.  Alhamdulillah....


Salam Sayang,
Hany










Monday, September 29, 2014

Bercuti PENANG-PERAK-PAHANG 2014


Kembali bersiaran...
Entry raya belum sempat habiskan... sedih tahu. Sebab haku berazam nak habiskan akan tetapi tidak la menyempat. Kerja di department baru ini memerlukan haku lebih focus dan lebih mengikhlaskan diri bak kata wak made a.k.a bos lama haku.

Tak apa la.. apa yang lepas kita perlu lepaskan... yang hadapan ini perlu kita hadapi, perlu kita redah , perlu kita harungi. September 2014 banyak sungguh kisah-kisah keluarga. Daripada haku sendiri yang demam sampai suami pun demam hingga la ke anak-anak juga demam. Yang baiknya pula nasib bukan denggi, itu sudah mengembirakan hati. Alhamdulillah.

Second weeks of september ke Penang kita... menghadiri kenduri sepupu haku. Alhamdulilah dapat berkumpul adik beradik baik dari Johor mahupun Selangor. Bergabung gitu. Selamat Pengantin Baru kepada pasangan Farisha & Faiz.

Tahniah Anis dan Faiz

Keluarga Hanapi bersama pengantin
Sebelum pergi penang tu ada la bagau maria nak datim kalau sempat... end up dah balik baru teringat.. sebab nya kami kesuntukan masa. hahaha Sorry dear. Kami gerak ptg jumaat, malam sampai rehat-rehat. Then sabtu pergi kenduri. Petang kami jalan-jalan beli jeruk Pak Ali sikit dan jalan-jalan cari makan Mee Udang. yummy.

Pagi ahad tu siap-siap kami gerak ke Lost World of Tambun, Perak... oleh kerana da beli tiket secara online jadi tidak perlu la kami beratur panjang. Syukur. haha.
Rating untuk LWOT adalah 10... sebab BEST... haku recommend korang pergi juga holiday situ. terbaikkk wokk.

Gambar tak banyak sebab haku pun pergi terjun. hahaha.. dah nama pun keluarga HANTU air... pantang jumpa air. ahaks..

Bukti.. hahahah sian haziq meronta2

snake pandai swimming woooo

Malam tu kami bermalam di Hotel Seri Malaysia. Services not bad cuma hotel style lama gitu. Terpaksa la redha sebab hotel semua penuh. Aterr sapa suruh pergi holiday time school holiday. Al-nasib baik dapat bilik juga.

Isnin lepas check out hotel kami jalan-jalan sekitar Ipoh. pusing punya pusing tak tahu mana nak tuju, kami ke Kellie's Castle, Perak


taken by Opah



Lepas puas hati si pencinta sejarah sang suamiku tu.. kami ke Cameron Highland, Pahang pulak. hahahaha ber holiday sakan. Mengalakkan pelancong. Ini namanya rezeki, so kasi pulun sampai puashati. tuuuuu dia. Hajat nak bermalam di Cameron tapi jalan ke Tanah Rata adalah super duper jammed maka kita bermalam sahaja di Kuarters UNITEN. hahahaha. Kami sampai rumah jam 3am, Selasa. So Public Holiday Hari Malaysia tu kami rehat-rehat dirumah ja.








OK bye... line tak clear.
ahahahaa