Friday, December 30, 2011

internet yang seperti siput

Thursday, December 29, 2011

kenapa dah lama bersawang?

Bismilahhirohmanirohim

fuuhhhhhhh banyak kali betul blog ini bersawang. kenapa agaknya eh? korang pun pernah begini rupakan. Hany berani kerat jari kalau korang tak penah rasa begitu. Seperti rasa mood tercampak ke laut ke tercampak ke sungai kah. Pokok pangkalnya tiada semangat nak update blog. haii sekema pulak bila kebangkitan semula ni. cehh kebangkitan semula konon nya ya... macam pelik pulak kan.. yeee Tapi inilah dianya azam baru kot.. semoga tahun 2012 yang bakal kita akan lalui beberapa hari saja lagi ini bakal menjadi sejarah baru dalam kehidupan kita semua.

Memang almost 3month Hany tidak mengadap keyboard sambil menaip melepaskan apa yang terpendam didada ini. yee.. semuanya Hany simpan kemas dalam lipatan hati ini agar menjadi memori saja. hhehehehe bunyi macam kisah sedih pula. Walau sedih mahupun gembira.. Hany simpan sajalah. Bukan kata blog hanya sebagai medan meluahkan perasaan marah @ benci @ sebagainya... malah apa saja kisah-kisah gembira. Hany pasrah atas kealpaan ini.

MALAS???
owh iya .. Malas juga salah satu punca blog tidak berupdate. Takut-takut tiada siapa yang hendak baca. Tetiba baru tersedar. Walaupun tiada siapa baca, boleh juga dijadikan peringatan untuk diri sendiri tentang kehidupan yang pernah dilalui. Kerana kita sebagai manusia mudah lupa. Lagi-lagi manusia seperti Hany.

No idea!
yes.. tidak ada cerita nak dikisarkan. Tidak ada sejarah mahu dituliskan. Bila tulis terus dipadamkan. Tulis lagi terus dipadamkan kembali. ohooo situasi apakan ini. Kemelut apakah itu namanya. Tiada kata-kata yang sesuai untuk dilontarkan malah mahu ditaipkan untuk tatapan sendiri atau pun tatapan sahabat handai. Mungkin boleh cedok sedikit idea daripada sahabat handai. Chooppp !!! bukan meniru ya. Cuma mencari keserasian dalam penulisan.

Gangguan...
ermm.... Siapa bilang tiada gangguan bila mahu meneruskan hajat berblog? kalau di rumah susah tentunya dengan kerenah anak-anak atau kesibukan melangsaikan hal-hal berkaitan rumah, suami mahupun anak-anak. Jika di office pula sudah tentu kekanggan kerja, lagi-lagi ke 'busybody'an rakan-rakan sekerja. erm.. Hany pasrah lah bab ini. Tidak mahu bagaimana blogger tegar boleh menjadi begitu TEGAR dengan blog. owhh Hany rasa mahu saja seperti mereka. Bilakah masa itu akan tiba???

Tiada masa!
yeee Hany lah tu. Macam la orang lain ada punya lebihan masa. Padahal sama saja peruntukan masa 24jam sehari. Bagaimana mahu uruskan masa agar bisa menjadi seorang yang tegar berblog. Tak dapat Hany bayangkan kehidupan mereka. Ataupun mereka tiada kerja lain selain berblog? mahupun ber Facebook ber twitter bagai. ermm... sungguh kerdil diri ini. Tapi ada masa pula baca blog orang lain. Pelik kan.

Harap-harap azam tahun baru 2012 ini bakal menjadikan Hany seorang yang tegar ber blog juga seperti rakan-rakan seperjuangan. cewahhhh.

AMIN