Wednesday, December 19, 2012

DUGAAN PENCIPTA KEPADA UMATNYA

As salam wahai teman-teman yang setia menemani, menasihati serta sentiasa mendoakan yang terbaik untuk diri ini.
Kesepian daku di Blog, Facebook mahupun Twitter bersebab. Bukannya daku sengajakan. Dan bukan jua sebab daku MABUK teruk pregnacy kali ini. Hati memang menggeletar nak kongsi bersama korang tapi apakan daya tubuh tidah menunjukkan kemampuan serta kekuatan untuk daku kongsikan.
Tapi hari ini daku kuatkan seluruh semangatku untuk berkongsi apa yang berlaku pada diri ku. Begini kisahnya. 4hb lepas haku ke klinik maria di Alamanda. Jumpa doc siapa ntah dah tak ingat. Waktu itu usia kandungan daku adalah 9weeks. Saja nak scan untuk buka buku. Tapi bila doc scan... Masih kantung sahaja yang kelihatan sama seperti 5weeks yang lalu. Doc suruh datang lagi dalam masa 2minggu. Tapi hati ibu sudah terdetik. Terus surf internet. Mencari apakah punca berlaku begini. Dengan tabah hati daku terus membaca dan terus mencari sumber info tersebut.
Keesokkan harinya daku ke pakar An-Nur. Malang bagiku kerana appointment doc sudah penuh. Yang kosong hanya pada 13hb.. Ya Tuhan....haku tidak berhenti berdoa agar diberi kesihatan dan kekuatan kepada kandunganku. Dengan ketiadaan suami tika dan saat ini kerana terpaksa outstation selama 3hari...makin membinggungkan daku.
Kerana hati tidak keharuan daku ke Pakar Az Zahrah untuk mencari kepastian. Setenang air di lautan begitu tenang hati ini tika gyena mengesahkan pembacaanku sebelum ini. Sekelip mata daku PASRAH...REDHA...ketentuan Ilahi bahawa daku diduga dengan BLIGHTED OVUM diusia kandungan ku 10minggu. Walaupun sebelum ini daku tidak pernah tahu akan kejadian ini. Maka doc Noraini mensarankan daku D&C. Doc memberi pilihan sama ada mahu dnc atau biar turun darah secara normal. Dari kisah pembacaanku better terus dnc daripada tanggung kesakitan teruk. Dengan tenang juga daku pulang kerumah. Serta mengkhabarkan kepada suamiku yang kejauhan.
Hubby balik dari outstation juga sayu mendengar. Tapi daku BENAR2 Pasrah. Dengan kurniaan yang sementara ini daku mengharapkan yang terbaik dikemudian hari.
Keesokkan harinya 7hb dis Jumaat yang penuh Rahmat... Daku menjalani proses D&C tersebut. Alhamdulillah... Selamat sudah...kantung tanpa bayi dalam rahim daku dikeluarkan. Maka bermula lah daku berpantang sejak itu.
Maaf kepada rakan-rakan sekalian kerana lambat menyampaikan berita ini. Daku diduga dengan demam panas dalam tempoh berpantang. Nanti daku story kisah blighted ovum pula ya....