Friday, December 06, 2013

Bantuan DIPERLUKAN

 
Bantuan SEGERA untuk SAHABAT BLOGGER kita iaitu NaNo Nor.. seperti yang kita tahu beliau menjadi mangsa bencana alam di Kuantan.

Bagi mengeratkan lagi silaturahim antara kita, mari lah sama-sama kita bantu yang terdaya supaya beliau bangkit semula dalam kehidupan beliau dan keluarga. Lagi-lagi dalam keadaan beliau yang tengah sarat mengandung...

Harap sangat bantuan korang semua.... haku tahap merayu dah ni.

Akaun Maybank: 1122 0440 6216
Akaun CIMB: 0116 0063 6995 24
email: hanylahh@tnb.com.my

sobss... haku menaip dengan jujuran air mata mengenangkan dia... walau pun haku tidak la serapat tidak la seakrab sahabat lain.

Wednesday, December 04, 2013

Derma kilat seikhlas hati...

Thursday, November 28, 2013

merapu di pagi khamis

As salam..

Lama rupanya tak menulis disini. Sejak-sejak WhatsApp bermaharajalela... sejak-sejak Twitter berleluasa sejak-sejak Instagram bertahta.... makin terabai medium sosial yang satu ini...

Sebenarnya kalau TEGAR sangat tak la rasa macam terabai sangat. ini sebab tidak la seTEGAR orang lain, maka terabai lah Blog ini.. sobss sedih

Pejam celik pejam celik haku dah bawa perot ni 34minggu. nak mudah paham 8bulan setengah. ohoooo semakin hampir kan... masa kakak, haku relax ja sebab memang tak tahu apa-apa.. haku redah ja. Tapi kali ini haku harap adik nak keluar awal. Haku berharap sangat-sangat dan sangat.

Kenapa apa haku nak bersalin awal? 
Sebab haku nak VBAC (vaginal birth after caesarean section) nak sangat-sangat. Semoga Allah dengar permintaan haku. Ameen...

Persiapan kali ini tak se 'over' anak sulung. hehehe sorry ye adik. Bab pakaian kamu pakai la apa yang ada... pink purple pakai ja dulu ya. Nanti lepas ja habis pantang... bila mana kamu dah besar... dan kita boleh gi jalan-jalan baru ibu belikan adik baju BARU...

Cuma yang perlu dibeli diapers, mandian dan botol ja la kan... minggu ni ibu g services pump dulu. Later baru beli barang-barang tu.

Alhamdulillah Allah tunaikan permintaan kami suami isteri... kurniaan terindah bila dapat tahu haku kandungkan adik baby boy kali ini. Syukur padaMU ya Allah. Walaupun haku lalui orang kata mabuk diawal-awal mengandung dulu, tapi tidak la seteruk rakan-rakan haku yang lain. Tapi yang menjadi masalah besar sepanjang pregnant kali ini adalah KEPUTIHAN yang over teruk. sampai hilang daya nak cuba macam-macam petua atau ubat klinik. 

So terpaksa la pasrah... doakan adik baby selamat je la kan.

Eh.. khamis dah rupanya ya... wahhhhh best2... esok last day keja... tak yah keja.. rehat? ohoo tak da makna rehat la on weekend kan kan kan...

 


 

Friday, September 27, 2013

Doakan haku


Ahad ni 29 September 2013...
Sekali lagi haku kena masuk DEWAN..
DEWAN apakah???

hahhahah Dewan Peperiksaan la...
tak kan la dewan bedah kot.
masih belum cukup tempoh adik baby bermanja-manja di dlm sana

Tatkala haku di memboyot kali kedua ini..
haku masih mengejar segulung Diploma yang belum2 tertunai
kali kedua juga haku membawa perot ke dewan peperiksaan

Sepatutnya seperti yang korang tahu
haku dah lama habis study
tapi akibat haku ni ambil sikit-sikit slow-slow
maka lambat la nak habis kan

Tak pe.. ibu boleh...
JIKA KAU PERCAYA KAU BOLEH 
MAKA KAU BOLEH MELAKUKAN

hah tu dia dah start nyanyi...
Apa pun doakan haku supaya tenang hadapi kertas soalan...
Ameen




Sunday, September 22, 2013

Asam pedas TERBAEKKKK

Sesiapa yg berminat sila hubungi haku.

Terhangat dipasaran loni

Thursday, September 19, 2013

Exam vs Angan-angan


Exam 
ya 
EXAM wey

Hari semakin hampir. Sepatutnya haku semakin melekat dengan buku.
Tapi haram belum tersentuh pun beg buku yang sah-sah tidak berusik kalau bukan esok ada kelas.
Dugaan sey. Tak apa.. haku harap dapat jawap juga bila tiba masanya nanti. 
kehkehekehh 

Sejak-sejak ini haku semakin ghairah nak tambah aset. eehhh bukan haku sorang ja eh. Gatal tangan namanya. Bukan boleh tengok dalam akaun haku beranak pinak sikit.. mula lah somiku planning macam-macam... dan seperti biasadengan menggunakan akaun haku. hahahhahaa itu untungnya si dia yang begelar suami kepada Nor Hanylah ini. HAHHH mula la nak membangga diri... SubhanaAllah Ya Allah... tidak.. tidak...

incik somi plan nak beli tanah pastu bina rumah bila ADA DUIT... ehhhh siapa tu? kalau bukan HAKU jugakkan??? hurmmm somi sapa la tu... hahahhahaa. HAku sumpah tak kesah apa dia rancang as long as mendatangkan keuntungan belakang hari.. which is HALAL la kan.

Dah lama kot dia idamkan nak buka CARWASH... ye kedai cuci keta. Haku lak idamkan nak buka DOBI... ye kedai cuci pakaian dll... itu angan-angan KAMI sejak belum nikah lagi.. TAPI sehingga saat ini.. masih belum tertunai. In sha Allah lepas haku abiskan study nnt haku akan lebih FOCUS.

Tadi ada terpandang iklan ... nak jual tanah lot rumah 35x65. Harga yang ditawarkan amat la berbaloi-baloi bagi haku... tempat agak strategik. Lagi satu terpandang iklan orang nak jual carwash. harga pon agak berbaloi-baloi... Rasa macam nak grab dua-dua. sebab berbaloi sangat-sangat...

Daokan kami untuk menjadi PENGEDAR ASAM PEDAS MELAKA yang kaw-kaw BERJAYA ya kawan-kawan.

OK malam ni kita bincang atas katil.... tengok mana yg berkenan dihati.


auummmm



Wednesday, September 18, 2013

TNB tetap dihati

Live from my Samsung Note ii.

Tengah berkumpul seantero staff Tenaga Nasional Berhad. Bagi Majlis Perhimpunan Warga Kerja TNB. Sudah lebih 10 tahun rupanya haku mencari rezeki di bawah Syarikat gah ini. Tapi biasa la kan... kerja mana-mana pun ada juga pengalaman pahit manis kan.

Alhamdulillah... syukur dengan segala nikmat yang Allah berikan. Daripada bujang, penuhi hobi, beli kereta, sambung belajar, mencari jodoh, ditemukan jodoh di TNB, beli rumah, menjalinkan ikatan perkahwinan dengan si chenta hati, dikurniakan anak dan anak-anak.... haku masih lagi berkhidmat dengan TNB.  Rezeki Allah amat bernilai....

Tiada apa yang mustahil. TNB melancarkan Transformasi 1 TNB. harap-harap berjaya. Ameen.

Wednesday, September 11, 2013

Saja-saja menaip

Morning...

Time haku bersemangat nak menaip... time itu juga la internet kat opis ni tak boleh guna. Time haku malas elok ja pulak nya. Oleh kerana semangat yang membara eceh... gagahi juga la menaip kat hp ja.

Since semalam haku rasa tak sedap badan. Ini tidak pelik lagi la kan. Sah-sah sebab banyak angin dalam badan haku ni. Mengandung kali ini haku rasa sungguh sangat beza daripada dulu. Jauh bezanya. Angin banyak, muntah-muntah, loya sokmo, pening-pening. Masa ngandungkan kakak dulu elok molek tak ada semua tu. Alahan apa pun tak ada. Demam pun tak pernah. Sihat semacam... Lain anak lain bawaannya kan kan.

Ke sebab haku kandungkan lain jantina? Hahahahaa boleh lak soklan ini yang muncul. Sah-sah la lain gender kan. Adik baby is Boy. Kakak kan girl. Apa la ibu ni. Dulu suka sangat makan manis-manis minum manis-manis. Sekarang suka yang masin-masin ja. Macam rak caya tapi percaya la... lauk wajib haku bila makan nasi sekarang ini adalah ikan masin atau telur masin. Janji masin haku no hal. Boleh makan nasi kosong ja.

Yang pasti kali ini haku lebih cool berbanding dulu. Dulu haku mudah naik angin. Sampai bos haku pon takut. Hahahaa. Dan akibatnya kakak is garang orangnya. Mengandung kali ini haku pandai cover marah tu. Pandai la control perasaan sikit. Membuatkan haku lebih tenang. Ciss... hahahhaaa

Haku dulikkan hal orang lain. Sebenarnya haku malas nak ambil tahu hal orang la kan. Nak buat apa pun. Sebab banyak lagi hal-hal sendiri nak diuruskan. Iye idak kan. Hahahaaa ok dah merepek.

Sabtu baru ni g kenduri akikah adik yaya. Yaya ni bukan la yaya bff kakak kat school rumah a.k.a taska tu. Tapi yaya bff kat school elmo. Dengan keadaan kakak yang kurang sihat kami singgah sekejap ja lepas gi klinik ambil Neb. Hari sabtu tu la kakak duk melepek a.k.a melekat ja dengan ibu. Tapi sorry la kak ya.. ibu tak laray nak dukung awak. Abah lak kena petang. Sobsss sian anak ibu.

Ahad haku kelas. Yeay last seminar. Ehhh tak yah nak yeay sangta la ye... jadual exam dah keluar. So get ready je la. Kakak masih demam, batuk, selsema. Tapi dah kurang sikit abah kata. Tapi ada ke patut abah lupa kakak ada kelas elmo. Aduhai abahhhh. Asik la main game kat hp. Grrrrr geram sey. Sian kakak. Budak tu semangat kuat tau. Demam tak larat bangun pun masih bersemangat nak gi class elmo.

Petang ahad tu haku pun bersemangat sikit sebab kakak dah sihat. So haku terjain la kemas baju bajan yang bersepah-sepah macam rumah bujang tu. Hahahhaaa yeay dah berkemas sikiy rumah haku weyyy... kalau tak dah macam reban ayam. Kehkehkehh

Ok bye...

Monday, September 02, 2013

Raya Blogger

Potluck macam biasa.
Kali ni kat rumah ana lyana P11.
Gps kan ada, jadi tak da lah sesat-sesat bagai kan

Tenet opis is super slow jadi bersiaran melalui hp saja sudah.

Perjanjian kami jam 3pm... maafkan daku wahai rakan-rakan sebab kelewatan daku. Petang semalam potluck kami adalah homemade big apple by fad. Hahahhaa. Haku bawak spegati ngan kentang goreng yang menjadi rebutan anak-anak.  Ana selaku tuan rumah masak mee rebus, koktail ngan air sirap sedap.

Gambar makanan tak teringat langsung nak ambil. Hahahaa.



Sunday, September 01, 2013

Scan 4D

Alhamdulillah dah berjaya scan pada usia kandungan 21weeks. Haku tekad nak buat seawal yang boleh kali ini sebab tak sabar sangat nak tau gender adik baby. Tapi yang sebenar-benarnya haku mengharap kesempurnaan.

Daripada rumah haku memang berserah 100% pada Maha pencipta. Haku redha jika terdapat apa-apa kekurangan.

Seminggu awal haku dah buat temujanji. Dikala orang lain sibuk dan berkobar-kobar nak sambut merdeka... haku bertarung perasaan. Hahahaa

Temujanji 4d haku buat di klinik panel ja. Malas nak g jauh-jauh kan... klinik Qistina taman Equine. Dengan harga RM105 dapat scan 4d + cd.

Alhamdulillah adik baby boy... walaupun kakak agak sedikit sedih tapi syukur Alhamdulillah kejadiannya sempurna. Cuma doc bilang mungkin adik baby akan besar juga macam kakak dulu... hohoiiiii.... ibu redha.. janji adik baby sihat.
Tapi jauh disudut ibu nak lahirkan awak secara normal. Itu pun kalau diizinkan Allah.  In sha Allah.... kawan-kawan doakan daku ya....

Sorry entry ini tiada gambar sbb tengah dok lepak2 kat gerai sambil menunggu kakak gi class elmo

Bye... sampai jumpa lagi..

Thursday, August 29, 2013

Sepupu baru Faqihah

Alhamdulillah bertambah-tambah sepupu lelaki Faqihah


Sepupu lelaki ke-8
dalam keluar in law memang ramai cucu lelaki
 

Adam Uwais Bin Amirul
walaupun lahir tak cukup bulan, Mak Long harap Adam kuat harungi kehidupan yang mencabar ini.

Semoga dengan lahirnya kamu ke dunia dapat membanggakan kedua Mummy dan Papa kamu ya Adam








Selamat Hari Raya

Ampun penunggu gua..

Sakit M kembali menyerang haku. hahahahah

Harap belum terlewat untuk haku wish Selamat Hari Raya... Maafkan segala perbuatan percakapan penulisan atau apa sahaja yang menguris hati korang. Korang la sahabat haku dunia dan akhirat...

Ramadhan haku tahun ini super best walaupun haku ada muntah-muntah sikit tapi MASIH MAMPU puasa penuh.. it's amazing tau tak. Sebab masa mengandungkan Faqihah walaupun haku langsung tak ada mabuk ke muntah ke demam ke TAPI tak mampu puasa penuh...

TERIMA KASIH SHAKLEE.... hahhahaaa nak promote ke apa ni..fedulik la..

Cerita raya tahun ini... wow super duper sibuk... sebab haku la di dapur haku la juga di depan haku jugak la di mana-mana... hik... macam tak cukup kaki dan tangan yang ada.. Tapi Alhamdulillah semua dipermudahkan... Syukur.

Beraya tahun ini di kampung haku. Johor weeehuuuu kami memang tak ikut sistem giliran sebab somi kerja shift. so balik ja mana-mana yang sempat. ahahhahaha tak pe janji kami beraya. Yang penting boleh bermaaf-maafan kan.

Tak banyak snap gambar raya sebab haku tak sempat.. kalut kat dapur. hahaha
so haku tayang mana yang ada dalam HP je lah yea...

Kakak Faqihah yang garang ngan acik Fatin

Snap by Kakak
 Hari Raya kedua tu janji-janji ngan sorang kawan Blogger... Jiha.. selalu borak kat FB ngan wassap ja.. akhirnya bersua juga.... haku cuma mampu hidangkan Laksam yang pertama kali haku cuba masak dan juga cendol ja. Maaf jika kurang mana-mana eh Jiha

Jiha - Auni - Aqeef - Haku - Faqihah

ini aktiviti kakak kalau dah balik rumah opah. hahahahaa sepsi woo


Raya ke 3 haku dah balik KL sebab somi dah kena masuk kerja... so mari duduk di kuarters diam-diam...

Selamat Hari Raya uollllssss... Meh jemput datang rumah...





Thursday, July 04, 2013

sebelum Ramadhan


Macam kebiasaan tahun-tahun sudah la kan.. uishh macam lama ja dah keja kat TNB ni... lama pun tak lama la. ada dalam 10 tahun gak haku masih bertahan keja kat sini.

Bila nak audit baru nak wat itu ini... hahah dah macam tradisi kenn..

pedulik laaa... tak kisah sebab haku cuma kerani cabuk ja...

OK nak pendekkan gomelan ...

Dua minggu sebelum nak masuk Ramadhan ni... macam-macam la program kan..

Layankan ja..

Semalam selesai sudah bawa seramai 30orang anak-anak yatim gi shopim baru raya kat KL...karenah budak-budak usah nak kata la kan...macam-macam... layan ja...hahaha

Hari ni sibuk dengan Program Masak Bubur Lambok lak.. wehuuuu sedap2
Petang nanti nak kena keluar lagi beli barang-barang untuk hamper game paintball ahad ni.
Dan esok adalah hari membalut dan membungkus segala hamper dan hadiah 2 program.
Sabtu ada game Bowling... ahad ada game paintball...

Walaupun haku bukan AJK haku tetap kena sumbangkan tenaga gak... tak ape... pahala kan.. sapa tak nak.

Bye.. malas dah




Tuesday, July 02, 2013

the day



Bahahahahahaaaa... tajuk tak hengat..

haku tak tahu nak cerita guane.. cuma nak cakap...

SAH.....!!! 

ada baby in my tummy. 


itu ja haku nak tulis arini boleh?





Monday, July 01, 2013

weekend




Welcome Julai...

Hahahhaaa OK sudah starting dengan merepek.. maka mari lah kita merepek sampai ke hujung celoteh ini.

Mood untuk bercerita non ado la barang kali tak tahu nak taip apa ni.
Yang pasti sudah hampir 24jam handphone tak ada kat tangan haku.. Bahagia sikit haku rasa. 
Mana tak nya.. kalau ada Hp sikit nak ON mobile data tengok wasap la twitter la FB la instagram la... 24jam haku bebas dengan media sosial tersebut... happy wokk

Last saturday bangun pagi-pagi masak sarapan. apa lagi kalau tak mee goreng again... hahhaha sebab bahan-bahan itu ja yang ada pun.. belasah saja, asal kenyang perot. siapa pedulik ye dak.

Siap masak tengok jam baru kul 8am... wahh awal lagi... meh jemur basuhan dulu... dah siapkan pinggan mangkuk dah hadap nak makan ja.. ala... tetiba mual tak hengggat... terus letak garfu berlari-lari anak ke sinki...OMG dah start... apakah itu.. hahahahhaa

Dan-dan itu haku terus tido.. tak ingat apa dah...Faqihah dengan abah siap makan siap gi taman bagai haku boleh tak sedar... yang haku sedar 2jam kemudian sebab perot dah menjerit-jerit lapar katanya.... gagahkan juga bangun makan mee goreng...

Tengok-tengok anak beranak tu sibuk cuci basikal merah dalam bilik air... pedulik mereka haku dengan lahapnya makan sorang-sorang. hahhahahahaa. Lepas tu ingatkan nak tidurkan Faqihah... rupanya dia tak nak tidur pulak.. terpaksa la terus bersiap-siap gi kenduri kat Bangi...

Balik tu penat dah kan senang la tidur dengan haku sekali terlelap.. incik somi keja petang.. bye la kan. 

Ahad pulak bangun pagi dah debar-debar macam tak pernah g kelas pulak... Hoiiii semester baru dah mula.... kali ni amik 2paper ja. 8.30-10.30am... bertabah ja lah wahai hati. Faqihah g kelas elmo ngan abah la.. heaven ibu. hahaha tapi yang tak bestnya kena drive sendiri la g kelas.. huhhhh

Habis ja kelas, kalut-kalut balik sebab nak gi Hospital Ampang sebab SIL warded. Air ketuban pecah while 33weeks.. OMG...takutnya dengar.. tapi so far baby OK... bukaan baru 2cm terpaksa tunggu air ketuban kering baru amik langkah emergency. 

Sebab kalut nak balik rumah... incik somi keja petang lagi.. HP tertinggal kat keta dia.. bagus... ahahhaha dan paling best blk kerja semlm dia naik motor pulak.. ohhhh malasnya haku nak g tempat kerja somi yang sekangkang kera ja tu semata-mata nak amik HP.. esok-esok pon boleh kan... 

Dan yang paling best pagi tadi haku lupa yang start arini haku kena masuk keja jam 8am.... Tapi dengan selambanya haku datang keja macam biasa 8.30am.. OMG again... hahahahahaa


wahhh panjang sungguh repekan haku hari ni...

***maaf entry hari ini tak de gambar. hahahhaa




Thursday, June 27, 2013

Getar di hati


27 Jun 2009, setelah sah menjadi isteri kepada incik somi... 

Malam lepas nikah 26 jun tu haku kalut. sebab meja kerusi kat dewan semua tak sampai lagi.tunggu punya tunggu jam 3pagi baru lori sampai nak hantar kerusi meja. so sampai jam 5pagi haku nungu depa set up semuanya.. Alhamdulillah sempat. haku balik rumah pagi subuh tu dengan mata kuyu terus terbongkang.

Bangun pagi mandi-mandi cari makanan makan sikit... kul 10lebih abg tukang solek dah sampai... cepat yawww... terpaksa haku buat muka segar. kalau tak kena bebel. Haku terlebih excited sebab baju yang bakal haku pakai tu adalah baju baru.... baru jahit baru design. hahaha lagak retis jap. ngada kan..

Haku mintak hijau.. jadi nya kuning... tak apa lah janji RAJA SEHARI. yang jadi nya kuning DIRAJA... ahhh pedulik la kan janji baju.

Thanks kawan-kawan opis haku datang jauh dari Bangi..

hohooo arini tak sempat nak tulis banyak-banyak la... banyak kerja menanti di clear kan...
layan gambau je lah eh.

pembuka langkah ke gerbang perkahwinan

ada orang darah gemuruh naik naik pelamin

nampak sangat beza muka tenang sewaktu nikah dah gemuruh sewaktu sanding

fewitt

kena paksa senyum oleh cameraman




ladang sawit

"apa kita nak cakap ni? kita gelak je lah"
haku happy time sanding...tapi incik somi darah gemuruh sebab takut naik pelamin.... ala bukan banyak kali pun kena naik pelamin tu kan.. sekali seumur hidup kata haku... lain la kalau dia nak naik banyak kali kan... ahaksss

Semoga jalinan suci kita dilimpah RAHMAT dariNYA... ameen





Wednesday, June 26, 2013

World War Z



Tadi gi dating ngan incik somi.
semua ini adalah TIDAK dirancang...

Tetiba ja rasa nak ikut hahhahahaa. dah lama ok haku tak gi cinema. sejak-sejak bergelar ibu ni macam membataskan haku sampai kat cinema. sebabnya anak dara saya itu super tidak suka akan gelap dah bising yang terlampau. so terpaksa la ibu pendamkan hasrat nak ikut abah tiap kali abah g nonton cinema. kali ni ada peluang.. ibu rembat..

Cehhhhh mukadimah ayat panjang lebauuu

Haku memang tak kisah nonton cerita apa pun. sebab apa yang incik somi suka tengok haku layankan saja kecuali channel astro 551, 555 bagai tu... bosan. tapi kalau citer wayang kompom haku suka... sebabnya dia suka tengok cerita aksi.. yang mana haku pon suka...

Bukan setakat aksi malah macam-macam tentang dunia. Haku respect mat salleh kerana mereka punya idea melampau-lampau hebat. haku suka.. nanti keluar ja pintu wayang kompom ada tempias. hahahahaha.
moh tengok review cerita wayang tadi yang super hebat... TERBAEEKKK

World War Z
The hero of the story
Cerita mengisahkan kemusnahan masa hadapan....Dia bukan seorang 'typical hero'. Sebaliknya, dia seorang ayah yang berusaha untuk memastikan keselamatan keluarganya. Seorang insan biasa yang cuba melakukan sesuatu yang luar biasa tanpa dikurniakan sebarang kuasa luar biasa.

Dia tidak boleh terbang, dia tidak boleh membelasah orang-orang jahat. Dia hanya boleh bergantung pada akal, naluri dan pengalamannya untuk menyelesaikan masalah ini.

 



 

Ok best sangat... thanks to incik somi... sayang kamu selamanya....




yang dinanti-nantikan



Alhamdulillah syukur ke atas kurniaan yang Allah nak beri kat kami sepanjang 4 tahun kami bersama dengan dikurniakan seorang anak yang makin membesar dengan jayanya...hahahaa.
Banyak ronak duri yang kami lalui.. in sha Allah ianya mematangkan haku.

Kehidupan kami yang seperti korang-korang juga... in sha Allah bahagia ke akhirnya..
doakan kami selamat melayari bahtera kami ke syurga Allah...

Semalam haku order kek pelangi ngan Fad. Dah alang-alang dia nak hantar Mealshake ngan PD haku.. baik haku order siap-siap untuk Anniversary kali ni. Dan apa yang haku dah agak adalah incik somi lupa tarikh arini...26 Jun. ya Allah... tak pe tak pe.. hahhaha asalkan dia ingat tanggungjawap dia sebagai suami haku dah tanggungjawap dia sebagai seorang abah kepada anak-anak haku cukup!!  Haku tak minta lebih daripada itu.

Syukur dengan limpah rahmat dan sikit kesenangan hidup yang Allah kurniakan pada kami selepas berumahtangga. Ianya lebih teratur... lebih mencukupi.. sebab sebelum nikah sokmo kami terpikir-pikir.. cukupkah duit belanja kalau berkeluarga.. setakat ini Alhamdulillah... terlebih-lebih cukup haku rasa.Walaupun kadang-kadang kena juga korek kat mana-mana bank... tapi Alhamdulillah cukup. Mungkin sebab baru beranak sorang. dan in sha Allah kalau beranak ramai-ramai pun kami masih mampu.Rezeki Allah itu melimpah-limpah untuk anak-anak...

Dah malas nak bebel... sebab jap lagi nak g dating ngan incik somi. Tq bos izinkan daku kuar meraikan anniversary kali ni.

meh layan gambar ja la kejadian 26 jun 2009 jam 2100pm.. di Masjid Felda Bukit Besar, Kulai Johor

Muka tenang dikala akad.... 

Menandatangani surat perjanjian

Ameen.. Alhamdulillah... Syukur telah diperisterikan oleh seorang suami disamping Bonda terchenta

Mahar a.k.a emas kawen berupa senaskah Al-Quran

Mengedik kat pelamin

Senyum nampak gigi nampak.... hahhaha


Orang lain sibuk makan kami g dewan amik gambau... hahahaha

sekian yang korang nanti-nantikan.... tapi kala tahap kesabaran korang tinggi maka tunggu la lagi entry berikutnya... hik....

As salam



Tuesday, June 25, 2013

Mana dia



halamak...

mana nak cari dokumen ni... dah la tak tebal mana...
entah sapa gerangan yang pegang. yang hangpa dok pegang tu nak buat hapa?
pastu kalut nak suruh orang lain cari...

grrr menambahkan dosa-dosa kering haku ja hangin-hangin gini..
kalau nak suruh haku fail... bak meh la... ishhh



walau pun aircond office ni haku rasa sejuk sampai haku perlu berjaket...
hakikatnya haku panas di dalam hati.

OK... tengah benggang yang menyampah sekarang ni...
geeeram seyhhh


doakan haku lebih bersabar..... jum la kita cari itu dokumen sampai jumpa.... sabar sabar sabar




Monday, June 24, 2013

Floria Putrajaya 22-30 Jun 2013 VS Jerebu



Paling merisaukan haku adalah berkaitan habuk-habuk seantero dunia sekarang ni..
Haku is OK... cuma paking haku risaukan adalah Amera Faqihah... sebab dia tu kan ada asma... OMG...
Dipendekkan cerita kami terpaksa ambil langkah berjaga-jaga bila keluar rumah walaupun dari pintu rumah ke pintu kereta. Sebab nya ibu ni tak keruan nanti kalau dia warded.

Kerisau sang ibu ini lebih tinggi bila si abah OFFER lak gi jalan-jalan pulak kan...
dussss tanpa berpikir panjang sang ibu pakaikan la mask kat dia... paksa atau rela TERPAKSA juga pakai.. dimana ibu pon wajib pakai gak.. lantak la orang lain tak nak pakai sebab malu ke apa ke.. haku tak fedulik dah.. janji kami anak beranak is SIHAT..

Oleh kerana Floria Putrajaya dah mula... gagahkan juga la badan yang tak berapa sihat ni... hajat nak g siang, tapi jerebu maha berleluasa tebalnya... maka duduk rumah makan tido makan tido ja.. lagi pun incik somi kerja malam.. so siang tu dia bantai la membuta ja.

Pagi tu haku masak mee goreng, cuma kami berdua ja la makan.. portion untuk si suami tak bersentuh pun sebab dia elok peluk bantal sampai la haku siap masak untuk lunch.. Yeay.. lunch Nasi Ayam on saturday yang kelabu...
gambau nasi tak sempat nak snap.. dah lapar sangat. hahahah

sambal nampak ja merah.. tapi tak pedas langsung... maknanya tak jadi la tu. hahahaaa

Petang pulak nak masak pengat doyan.. sekali santan dah habis.. maka jadi la cekodok doyan yang kurang menjadi tu.. ahaksss fedulik la.. haku tak makan sangat pon...

lepas ja maghrib siap la cepat.. sebab bak kata ana lyana... Floria malam-malam lagi shanteq...
yeayyy jemmmm tak henggat pusing-pusing nak cari parking ja dah satu jam wey.... sampai Faqihah cakap.. "bila nak sampai ni bu.. lambat sangat..." hahhaha sabar ya kakak.. dah sampai dah ni.. abah tengah cari parking ja. nasib tahap kesabaran dia tinggi...

ada air terjun kat belakang tu.. hahahah tak nampak lak
Gelap gelita.. ye ahhh pakai hp cabuk je pon.

 

 tu dia...... orang sibuk nak tengok bunga ngan boat.. dia sibuk ngan rabbit.... nasib pakai mask... lepas tu terus basuh2.. balik terus mandikan la kan... WAJIB bagi pesakit asma kan.. bulus2 itu haram bagi dia.. tapi dah nama pun budak-budak...kan kan.. bapak budak pun ter over OK...

sebelum balik sempat dia pau abah dia belon hello kitty. kalau la semua belon-belon yang dah beli tu masih elok.. haku rasa dah beratus-ratus kot.. kali ngan RM5 satu.. huhhh kaya haku kalau jual balik.. apa nak di kata.. melayan kerenah anak PUTERI yang PINTAR memang gitu

bye la dah penat haku bebel...
boss tak da.. heaven sungguh..

***ini ke POST yang korang-korang tertunggu-tunggu.. hahahhaha tunggu la tunggu la tunggu la.. kalau korang rajin




Wednesday, June 19, 2013

WW

Ini je dulu

Kami jumpa Shrek kat Universal Studio Singapore

Tuesday, June 18, 2013

SABAR

Bahahahhaaa terkeluarnya entry semalam makin korang speku haku kan kan kan..

Korang doakan la yang terbaek untuk haku dah keluargaku jugak.Semoga doa-doa kalian dimakbulkan Allah...Ameen..

Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah..
panjangkanlah umur sahabatku,kurniakanlah kesihatan yang baik
padanya, terangi hatinya dengan nur pancaran iman..

Ya Allah..
tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah
hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah
hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat...

Ya Muhaimin..
jika dia jatuh hati, izinkanlah dia menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta
nafsu.

Ya Rabbana..
jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan
hatinya pada hatiMu.. Ya Rabbul Izzati..jika dia rindu, rindukanlah dia
pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu..

Ya Muhaimin..
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu..

Ya Allah Yang Tercinta..
jika kau halalkan aku merindui sahabatku,
janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta
hakiki,rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu

Ya Allah..
kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kebahagiaan dan
kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat kelak..

Ya Rabbul Izzati..
bahagiakanlah hatinya sebagaimana Engkau bahagiakan
hati hambaMu yang lain... 
 
AMIN



Monday, June 17, 2013

lagi seminggu

As salam korang......

Alhamdulillah kami semua selamat pulang ke rumah masing-masing
last month bercuti kat Krabi, Thailand pon tak sempat nak UP citer...
ini pulak holiday kat Universal Studio Singapore...
kalau diberi kerajinan yang banyak In Sha Allah.. haku Up citer-citer holiday tu

Haku masih menunggu sedikit masa lagi untuk menceritakan sesuatu...

semoga Allah beri haku kekuatan menunggu waktu itu...
semoga Allah beri haku kekuatan melaluinya
semoga Allah tunaikan hajat haku kali ini...

Ameen...







Friday, June 07, 2013

unwell



Bila nak naik semester baru ja Tetiba rasa kurang sihat. 
Bila banyak keja ja Tetiba rasa kurang sihat
Bila poket kering ja Tetiba rasa kurang sihat
Bila matahari mula meninggi ja Tetiba rasa kurang sihat




Ahaks.. ini pantun ka apa ka ini? pedulik la.. yang penting haku betul-betul rasa kurang sihat. 
Badan haku akan secergas atlet seawal jam 6.30pagi sampai la jam 11pagi sahaja.. selebihnya kompom-kompom la Tetiba rasa kurang sihat itu datang secara automatik...

Dari mana ntah datangnya haku enggak pasti dong. Yang pasti next week kena rasa sihat la sebab nak g holiday lagi. Bukan jauh mana pun... seberang tambak kampung haku ja...kalau rasa kurang sihat pun haku kena buat-buat sihat sebab nanti incik somi bilang cancel ja trip holiday kali ini.... BIG NO la kan...

 

Monday, June 03, 2013

Bila Semester bermula

Haku naik penat mengejar ilmu... ishh tapi tak baik apa kita ada pikiran gitu... syuhhhh jauh-jauh kepenatan keperitan itu. Tapi sungguh haku lelah. hurm... bertabahlah wahai hati

".... Boleh jadi kamu membeci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." Al-Baqarah:216

yesssssza sesungguhnya Perancangan Allah itu terbaik!!! TQ adik esyah sebab mengingatkan kakakmu yang alpa ini.

Sepatutnya dah lama kot habis grad kat UITM dengan segulung Diploma... hah tu dia baru diploma dengan usia 30an ini. sungguh haku tak tipu.Haku start ambil course E-PJJ ni masa tahun 2008. Cuba bayangkan sewaktu itu haku hanya seorang remaja... sekarang sudah punya keluarga, disamping suami dan anak-anak*.

Masih belum grad.. hahaaaa haku kayuh perlahan-lahan ye la perlahan-lahan yang tak sampai... Sepatutnya lagi kali INI semester yang TERAKHIR juga... TAPI haku tiada kudrat bila pandang jadual seminar yang melampau...

Dipendekkan cerita.. kali INI bukan la semester yang TERAKHIR bagi haku... haku delay kan lagi 1paper ke semester depan... harap-harap itu adalah semester yang TERAKHIR...

Bukan apa.. haku cuma tak larat nak travel ke Shah Alam sana... bila mana ditinggalkan... tak boleh fokus woo ahad pulak tu.... Tapi ye lah itu semua PENGORBANAN namanya ye dak...








Thursday, May 30, 2013

Friso Growing Up Together


opssss tajuk omputih arini... ahakss

Pagi ni ahkak dapat email drpd Friso Gold. Biasa-biasa malas la buka sebab sah-sah la ngepeng yang lebih. hehehe walaupun Faqihah peminum tegar Friso Gold sejak putus Breast Feeding, haku malas nak ambil tahu ngepeng a.k.a iklan yang merapu merepek depa tu.

Tapi tadi haku tergerak hati + malas nak buat keja walaupun BOSS ada... hikk... so tunjuk macam sibuk la. dok baca email konon... padahal baca email Friso... sebelum ini memang rajin haku nak redeem point sebab melambak la barcode yang haku dah kumpul.

Daripada tak dapat apa baik haku redeem bagi habis. Hahahahaa tapi kali ini dia nak 2barcode saja for 1voucher.. aduhai... bila la nak habis barcode haku yang melambak-lambak tu...

Jom isi borang






Wednesday, May 29, 2013

WW Promo Pizza Hut Hot

yummy... jum sapa nak haku belanja


Tuesday, May 21, 2013

Puding Jagung


dari kerana mata... hahahha
sesungguhnya... haku tersangat nak makan 
menda alah ni

Tuesday, May 14, 2013

doakan kami

dengan mood tak sabar ini haku menulis

esok pagi bermulalah episod honeymoon kami sekeluarga...
kepada yang dah tahu tu senyum2 je la ... pada yang belum tahu... kami nak berholiday kat krabi 15-18may2013. dpt rege belon murah seyyyy sapa tak nak kan

apa pun haku harapkan doa kalian....
semoga kami selamat pergi dah selamat pulang.. eceh.. macam nak g mekah ja bunyi nya.

yang paling best cuti cuti cuti cuti

krabiiiiiiiii im coming!!!!!!

Friday, May 10, 2013

sad vs happy time

semalam dapat berita tak best 



haku failed 1paper.... grrrr bikin amarah dengan diri sendiri la kan...
tak pe.. haku cuba utk terakhir kalinya semester kali ni...

yang pasti pagi tadi dengan seribu rahmat haku dapat berita best
yang tersangat la best
yang membuatkan haku terlalu gumbira..


apa ya yang gumbira sangat tu???
hahahaaa rahsia...
rahsia..
rahsia...
rahsia...




Friday, May 03, 2013

Sikit ja

Last entry pada March??? OMG

bye-bye APRIL....
banyak yang happy. Alhamdulillah. mana la haku gi lama sangat kan... heheh nanti la haku story... non sempat.. ini pon dalam kekalutan nak balik kampong... weeehuuuu

apa yang haku boleh gambarkan sepanjang kesenyapan haku haku seolah-olah lost touch with the earth ewah2 ayat tak henggat.. betul wey... macam-macam jadi dalam hidup haku. tak terbayang dengan kata-kata. 

  yang pasti tak sabar nak BERCUTI 


yang paling hampir sekarang adalah 



mengeletar jantung dibuatnya

ok nak blk...

selamat pulang ke kampung halaman dan selamat mengundi
wehuuuu cuti panjang.


Wednesday, March 06, 2013

Caranya begini

Morning guys...

Pagi-pagi haku dah surf bagaimana cara nak atasi masalah kakak yang tak dengar cakap... sepertinya ada batu besar di kepala dia. Lepas tu suka sangat memberontak. Sapa kata anak perempuan lemah lembut ja??? adeh.....*lap peluh.  Zaman moden ni baik lelaki baik perempuan sama sahaja babe...

Ini yang haku dapat daripada hasil jumpa pakcik google pagi-pagi:-

1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya. 

Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil. 

2. Sebaik sahaja tuan/puan pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri, luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama tuan/puan kepada anak.
Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.

3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan.
Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang memanggilnya.
The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.

4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb.

Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka menjerit, tuan/puan boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih.

Insya Allah dia akan kurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan.

Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.

5. Sentiasa ingatkan diri tuan/puan dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian tuan/puan terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya.

Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang tuan/puan inginkan setiap kali tuan/puan berinteraksi dengan anak. Boleh juga tuan/puan berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan tuan/puan kepadanya.

Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘mpapa/ama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Tuan/Puan juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan. Tuan/Puan, mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar.

Terima kasih kepada:



"Ibu nak kakak dengar cakap ibu sebab ibu sayang kakak.."




Monday, March 04, 2013

Holiday vs Exam



Dalam otak ligat berkira-kira untuk 


mood tak sabar OK

Tiket flight dah beli..... Hotel dah booking .....yang lain-lain belum lagi. 

TAPI 

yang lagi buat otak haku ni berkira-kira adalah




boleh bergetar otak tau..

Jadual final exam dah keluar OK.. buatkan haku stress sikit.. ahaksss

sebab kat opis dah cukup letih ngan kerja..

kat rumah pulak letih ngan kerja-kerja rumah yang tak pernah surut tu