Wednesday, December 19, 2012

DUGAAN PENCIPTA KEPADA UMATNYA

As salam wahai teman-teman yang setia menemani, menasihati serta sentiasa mendoakan yang terbaik untuk diri ini.
Kesepian daku di Blog, Facebook mahupun Twitter bersebab. Bukannya daku sengajakan. Dan bukan jua sebab daku MABUK teruk pregnacy kali ini. Hati memang menggeletar nak kongsi bersama korang tapi apakan daya tubuh tidah menunjukkan kemampuan serta kekuatan untuk daku kongsikan.
Tapi hari ini daku kuatkan seluruh semangatku untuk berkongsi apa yang berlaku pada diri ku. Begini kisahnya. 4hb lepas haku ke klinik maria di Alamanda. Jumpa doc siapa ntah dah tak ingat. Waktu itu usia kandungan daku adalah 9weeks. Saja nak scan untuk buka buku. Tapi bila doc scan... Masih kantung sahaja yang kelihatan sama seperti 5weeks yang lalu. Doc suruh datang lagi dalam masa 2minggu. Tapi hati ibu sudah terdetik. Terus surf internet. Mencari apakah punca berlaku begini. Dengan tabah hati daku terus membaca dan terus mencari sumber info tersebut.
Keesokkan harinya daku ke pakar An-Nur. Malang bagiku kerana appointment doc sudah penuh. Yang kosong hanya pada 13hb.. Ya Tuhan....haku tidak berhenti berdoa agar diberi kesihatan dan kekuatan kepada kandunganku. Dengan ketiadaan suami tika dan saat ini kerana terpaksa outstation selama 3hari...makin membinggungkan daku.
Kerana hati tidak keharuan daku ke Pakar Az Zahrah untuk mencari kepastian. Setenang air di lautan begitu tenang hati ini tika gyena mengesahkan pembacaanku sebelum ini. Sekelip mata daku PASRAH...REDHA...ketentuan Ilahi bahawa daku diduga dengan BLIGHTED OVUM diusia kandungan ku 10minggu. Walaupun sebelum ini daku tidak pernah tahu akan kejadian ini. Maka doc Noraini mensarankan daku D&C. Doc memberi pilihan sama ada mahu dnc atau biar turun darah secara normal. Dari kisah pembacaanku better terus dnc daripada tanggung kesakitan teruk. Dengan tenang juga daku pulang kerumah. Serta mengkhabarkan kepada suamiku yang kejauhan.
Hubby balik dari outstation juga sayu mendengar. Tapi daku BENAR2 Pasrah. Dengan kurniaan yang sementara ini daku mengharapkan yang terbaik dikemudian hari.
Keesokkan harinya 7hb dis Jumaat yang penuh Rahmat... Daku menjalani proses D&C tersebut. Alhamdulillah... Selamat sudah...kantung tanpa bayi dalam rahim daku dikeluarkan. Maka bermula lah daku berpantang sejak itu.
Maaf kepada rakan-rakan sekalian kerana lambat menyampaikan berita ini. Daku diduga dengan demam panas dalam tempoh berpantang. Nanti daku story kisah blighted ovum pula ya....

Wednesday, November 07, 2012

Little White Cafe @ Bangi

Ini kisah sabtu lepas. hahahhaaa sejak somi kerja 16jam sejak dua minggu lepas membuatkan Ibu ngan Kakak agak bosan kat rumah.... sabtu tu abah kerja malam...tapi katanya tak larat nak sambung. so balik rumah... tido saja... pagi tu as usually haku make breakfast.. Nasi goreng... tapi agak pelik rasanya sebab haku demam kan time tu.. so just guna perencah segera. hahaha sorry... Ibu x laratkan.. domam. Lepas kekenyangan... maka kami-kami pun ketiduran.....

Jam 1.30 tersedar... terus masak.... mereka berdua bangun beradu.. terus makan.. pastu mandi, solat siap-siap.. terus nak gi jalan... HUJAN selebat-lebatnya. mencurah-curah ke bumi Allah ni.. syukur.. tapi dengan badan yang tidak berapa segar buatkan haku agak letih masa tu...

Dengan tak tahu kemana hal nak dituju.. kami ke South City Plaza. Tak ada apa yang berubah... sama macam 2-3tahun yang lepas. masih hidup tapi kurang serinya. habiskan masa melayan karenah kakak main Car.. Lepas maghrib plan nak ke Mines.. cik somi kata nak makan Nando's..... punya la hazab jem teruk menghala The Mines tu... tak sanggup... end of.. kami ke Bangi juga.. hhahahahaha

Macam biasalah kan kalau nak makan kat luar tu tak tahu nak makan kat kedai mana satu. hahhaha punya la banyak kedai kat Bangi...pusing punya pusing.... tergerak nak gi @Grill tapi PENUH manusia... sebab hujan lebat yang terlalu lebat. Kedai baru buka la katakan.. Tak apa.. kita gi kedai NASI ULAM je lah,... tengok pon PENUH juga.. hadoi.... hhahhaa last2 parking depan Little White Cafe.... hah CLEAR... shanteq... MASUK terus...

Deco adalah TERBAEKKK.... haku kan peminat pasta... harus la Bolognese. tapi kat sini kureng... yang TERBAEKKK adalah Salad & Cake... yummy.. super duper sedap








Real Chocolate Cake.... Terbaekkk
 

Kakak Faqihah bermuncung itik

Cafe ini terletak disebelah hotel Amani kalo tak silap... selang sebuah ja dari kedai NASI ULAM tu...
lepas kekenyangan kami balik terus zzzzzz sebab kepenatan meredah jem dalam hujan yang lebat. hahha walaupun bukan daku yang drive. Incik somi pula terus pergi kerja malam... kami berdua tido dengan nyenyak nye malam itu... hehhehee





Thursday, November 01, 2012

Kenangan lama mengusik juwa



korek-korek balik entry lama kat SINI masa first pregnancy dulu... hik...
rindu moment itu

tapi moment pagi tadi tak seindah dulu. hurmm..
salahkah daku nak share kegumbiraan daku bersama rakan-rakan???
hahahhaa abaikan sudah ya...
marilah kita jaga kesihatan diri serta kandungan sudahhh

TERIMA KASIH kawan-kawan yang mendoakan KAMI..



TERIMA KASIH ALLAH.....

Kesinambungan daripada tweet daku semalam. Serta segala teka-teki kawan-kawan blogger sekalian. Semua ini ada berkait rapat dengan kondisi badan daku sejak-sejak dua minggu yang lalu. Daripada batuk-batuk yang membawa kepada muntah-muntah manja, rasa mual bila makan durian, sakit @ ngeri dibahagian cik B.. yang mana terlalu sensetif, sakit-sakit bawah ari-ari, sakit pinggang, high suhu badan, banyak angin dalam badan sampai seksa bila lepas makan sebab tak boleh sedawa @ kentut, sampai la delay tarikh peot.

Sejak dari itu haku bersungguh search TANDA-TANDA kehamilan tanpa jemu. Disamping dapat berita kawan-kawan yang dah bertambah rezeki. Sebenarnya dari januari kami berusaha.... Sampai satu tahap... Dimana haku pasrah dan redha dengan KURNIAAN-NYA.... Tapi usaha tetap kami jalankan lebih-lebih lagi time tanah SUBUR. Dengan jiwa yang tenang....... Dengan keyakinan yang satu....

Kepada rakan-rakan blogger terutamanya.... Terima kasih juga atas sokongan korang... Love u all.

Dengan ini nak khabar kan berita yang telah mengalirkan air mata haku malam tadi.... Im pregnant AGAIN..... TQ Allah.... Kurniaan terindah...

Semoga haku dapat lalui detik-detik itu dengan tenang... AMEEN....

Tuesday, October 30, 2012

Mencari Penyewa Rumah ~

Salam,

Alhamdulillah rumah yang di beli berkat hasil usaha dan titik peluh kami sekeluarga, siap dan dah ambil kunci. Dah siap pasang grill bagai. mula-mula tu dah ada penyewa masuk.. duduk sebulan ja. Pelik la haku sebab nak sewa sebulan ja. FENIN ok. Rumah location kat KOTA WARISAN. Jauh? tak da lah jauh sangat pun dari Bangi, Putrajaya, Cyberjaya, Seri Kembangan, Banting, Sepang, Puchong... lebih kurang 30-40km ja kalau tak silap.

Hajat hati haku nak buat HOME STAY.. tapi suamiku berkeras nak sewakan sebab dia malas nak kemas. haduihai.. tapi bagi haku better apa buat home stay ja.. sebab kalau sedara mara ke adik beradik ke senang nak landing situ.. ermm.. entah la.. buah pikiran kami tak sehaluan. hahhahaha

Apa yang best pasal rumah tu?

  1. yang penting Rumah tu baru~!
  2. Dekat dengan Airport KLIA & LCCT
  3. Ada Bank
  4. Ada Petronas, Mc Donald (senang)
  5. Ada klinik
  6. Ada Sekolah
  7. Ada Masjid, Surau
  8. Jiran melayu
  9. Rumah tu tanah 22x75, binaan besar
  10. Bilik semua leh sumbat la queen kalau nak, ada 4 bilik dan semua bertingkap dan direct access ke bathroom
Memang sayang kalau dipikir2kan, tapi kalau gaduh laki bini lagi susah lak nanti..baik ikutkan saja lah kan..

Bile boleh sewa? erm, selagi tak ada orang sewa.. ahikss


Berapa sewa? Kalau ikut kat rate sewa rasanya mahal gak situ, tapi kalau kawan2, leh nego till let go, better low rate and renter tu jaga la kan..

Nih hah sikit gambar aku ambil. harga rumat tu skang kalau nak jual rm430k~rm450k.. :D




Depan Rumah
 

Hall Bawah
 

Dapur
 

Hall Atas
 

Bilik Utama
 

Tandas dalam Bilik Utama

itu sahaja yang somiku amik gambo. bilik lain somiku tak sempat nak snap.
Kalau berminat korang boleh la tinggalkan email atau contact num atau apa saja yang boleh daku hubungi korang...


 

Wednesday, October 24, 2012

serious TERKEJUT



serious TERKEJUT


bukan nak malukan atau burukkan mana-mana pihak tapi ini sudah dapat pengesahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia

hohooo moh la kita beralih kepada cara yang lebih selamat. TANPA perlu berLAPAR atau berDIET...

kerana 

Premium Beautiful 100% diyakini selamat 

Jika kamu-kamu mahukan nya dengan harga berpatutan
sila hubungi daku
Hany
0132872304
 



To LEt gO...

sobbssss. oleh kerana rajin sangat-sangat membeli a.k.a mudah terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya... hahahhaa haku TERbeli ini. tapi bila dah sampai.. dah cuci.. then cuba pakai.. NON muat.. EH.. bukan TAK MUAT... tapi sungguh2 LONGGAR... walaupun daku dah beli saiz S ... aduhai.. nampaknya peningkatan sebanyak 1kg itu tidak membawa sebarang kesan ke atas tubuh badan haku ini.. sedih OK... bila orang lain sibuk-sibuk pakai POPPY... haku cuma pakai baju-bajan pasar malam saja. ahakss..

ni ha yang nak let go.. FREE POSTAGE.....





Kathleen Tunic
(ni ja gambo yang haku jumpa... tapi bukan warna ini tau.. haku punya dark green) 

POPPY
RM 59.00
POPPY is thepoplook.com's exclusive in-house label. Designed with the young and fashionable in mind, each piece is carefully created for the women of today.
  • Jersey material
  • Tie-back design
  • V-neck
  • Colour – Beige
  • Avalaible in sizes
Measurements when laid flat:
Size S:
Length: 68cm
Bust: 40cm
Shoulder: 36cm
Armhole: 20cm
Waist: 40cm
Hips: 63cm
Fits UK size: 6 - 8









Supergirl Maxi Skirt - Black
POPPY
RM 66.00
A maxi skirt X harem pants - perfect for a casual day out!
  • Jersey material
  • Colour – Black
Measurements when laid flat:
Length: 95cm
Waist: 30 - 34cm
Hip: 50cm
Fits UK size: 8 - 12

 hah agak-agak ada tak yang berkenan???? 





Tuesday, October 23, 2012

Nando`s Buy 2 Free 1...

wow....
kepada pengemar ayam atau yang tengah berdiet.. jum serbu...



boleh dapatkan link ni kat sini

Thursday, October 18, 2012

KALORI


Haku rasa bila baca pasal kalori macam semua orang tahu kan tapi berapa ramai yang tahu macam mana nak kira kalori supaya senang korang nak diet? Haaa yang tu, nak share sesama mana tahu boleh bantu sesapa yang teringin nak menjaga cara pemakanan dengan betul. Tapi bukan sebab haku yang berdiet. badan dah sekeping gini tak layak rasanya, cume untuk JAGA dari segi pemakanan itu OK kot. ye lah umur kita semakin bertambah... jadi sistem badan kita hampir LELAH. So semua haku google sebab nak bantu suami kesayangan daku tu, walau pun pada mata kasar haku... badan dia OK2 saja.. EMPUK bagi haku... haku suka. TAPI dia sibuk komplen katanya GEMOK... ermm... ikut suka lah... layan kan aja.


Apa itu kalori?

Kalori adalah unit ukuran bagi tenaga.

Adakah badan perlukan kalori?

Ya, badan perlukan kalori untuk menjana tenaga, tetapi jika ia diambil (dimakan) terlalu banyak dan tidak dibakar, ia akan ditukar menjadi lemak dan disimpan dalam badan, ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan membahayakan kesihatan.

Bagaimanakah mengira kalori dalam makanan?

Biasanya setiap produk yang dijual ada kiraan kalorinya di bahagian “Maklumat Pemakanan” dan kiraan juga boleh dibuat dengan mendarab berat dalam “gram” nutrisi berikut dengan nombor pekali yang disenaraikan.

Karbohidrat: Didarab dengan 4 kalori setiap gram
Protein: Didarab dengan 4 setiap gram
Lemak: Didarab dengan 9 setiap gram.

Contoh: Satu hidangan Sos Cili yang mengandungi;

Karbohidrat-53g (53g X 2 = 106 Kalori)
Protein-1g (1g X 4 = 4 Kalori)
Gula (juga Karbohidrat)-16g (16g X4 = 64 Kalori)
 
Jadi satu tuangan Sos Cili bernilai 174 kalori!

Berapakah kalori yang diperlukan oleh lelaki dan wanita dewasa dalam sehari?

Lelaki: 2000-2500 kalori
Wanita: 1600-2000 kalori

 Jadi mulai daripada sekarang marilah jaga kesihatan diri sendiri serta orang yang tersayang.....

 

Wednesday, October 17, 2012

jum kita berfikir sejenak


Adakah kita hargai apa yang kita miliki?????
terpanggil untuk share email daripada rakan sekerja pagi tadi.

Rina sedang menyiapkan makan malam ketika aku tiba di rumah. Aku memegang tangannya dan berkata, “ Abang ada sesuatu nak beritahu”. Dia membisu dan dapat ku lihat keresahan di matanya.
...
Tiba-tiba lidahku kelu. Tapi aku nekad untuk memberitahunya. “Abang rasa kita sudah tidak serasi lagi. Kita cerai?”.Akhirnya, terlepas jua beban di dada. Tapi ku lihat Rina tenang dan dia hanya bertanya dengan lembut. “Mengapa bang? Apa salah saya?”. Giliran aku membisu dan ini menimbulkan kemarahan Rina. Air matanya mula menitis. Aku tahu dia mahukan jawapan tapi aku tiada jawapannya. Yang ku tahu, hatiku kini milik Tasya. Cintaku bukan pada Rina lagi.

Aku katakanya padanya yang dia boleh ambil rumah dan kereta apabila kami bercerai. Rina merenung wajahku.Pandangannya kosong. 10 tahun kami berkahwin tetapi malam ni kami umpama orang asing. Aku kasihankannya tetapi untuk berpatah balik tidak sesekali. Aku cintakan Tasya. Air matanya yang sekian tadi bertakung mula mengalir deras. Sudah ku jangka. Malah aku lega melihatnya menangis. Niatku untuk bercerai semakin jelas dan nyata.

Keesokannya, Rina mengatakan dia tidak mahu apa-apa dari penceraian kami melainkan tempoh 1 bulan. Dia meminta bahawa dalam satu bulan itu kami teruskan rutin harian kami seperti biasa sebagai suami isteri. Alasannya, anak kami bakal menduduki peperiksaan dalam masa sebulan lagi dan dia tidak mahu anak kami terganggu dengan penceraian kami. Aku bersetuju.

Kemudian Rina menyuruhku mengingat kembali saat aku mendukungnya ke bilik kami pada malam pertama kami. Dia meminta untuk tempoh sebulan ini, aku mendukungnya keluar dari bilik tidur kami ke pintu depan setiap pagi. Pada ku memang tidak masuk akal. Tetapi aku tetap bersetuju.

Aku memberitahu Tasya permintaan Rina. Dia ketawa dan hanya mengatakan ini semua kerja gila. Tidak kira apa muslihat Rina, dia tetap akan diceraikan. Aku hanya diam membatu.

Semenjak aku menimbulkan isu penceraian, kemesraan kami terus hilang. Hari pertama aku mendukungnya keluar, aku merasa kekok. Rina juga. Anak kami bertepuk tangan di belakang sambil ketawa dan berkata, “Ayah dukung ibu ya”. Kata-katanya amat menyentuh hatiku. Mata Rina bergenang dan dengan lembut dia memberitahuku agar jangan sampai anak kami tahu yang kami akan bercerai. Aku mengangguk setuju. Aku menurunkannya di muka pintu. Dan kami memandu berasingan ke tempat kerja.

Masuk hari kedua, hilang sedikit rasa kekok. Rina bersandar di dadaku. Dapat ku cium harumannya. Dapat ku lihat kedutan halus di wajahnya Aku sedar dia tidak muda lagi seperti dahulu. Ternyata perkahwinan kami memberi kesan kepadanya. Selama satu minit, aku tertanya-tanya apa yang telah aku lakukan.

Masuk hari keempat, aku dapat rasakan keintiman kami telah kembali. Tanpa sedar hatiku berkocak mengatakan mungkinkan cintaku masih padanya. Hari kelima dan keenam, aku menyedari keintiman kami mula bercambah kembali. Aku tidak memberitahu Tasya tentang perkara ini. Masuk hari-hari seterusnya, rutin ini jadi lebih mudah malah aku nantikannya setiap pagi.

Suatu pagi, Rina sedang memilih baju untuk dipakai. Katanya tiada yang sesuai. Dia mengeluh. “Semua baju saya besar”. Baru ku sedar, dia semakin kurus. Mungkin itu jugalah sebabnya aku semakin mudah mendukungnya. Tiba-tiba terlintas di fikiranku. Mungkin Rina sedang menyembunyikan keperitan hatinya lantaran sikapku selama ini. Tanda sedar aku merangkul tubuhnya dan membelai rambutnya.

Kemudian, muncul anak kami di muka pintu sambil berkata “ Ayah, cepat lah dukung ibu keluar”. Padanya, melihat aku mendukung keluar isteriku setiap pagi adalah rutin hariannya. Rina memanggil anak kami lalu memeluknya erat. Ku palingkan mukaku kerana takut aku sndiri mengubah fikiran di saat ini. Aku kemudian mendukungnya dan tangannya melingkari leherku. Tanpa sedar, ku eratkan rangkulanku. Dapat ku rasakan badannya sangat ringan.

Hari ini genap sebulan. Di muka pintu aku menggenggam tangannya dan berkata “ Abang tidak sedar yang selama ini kita kurang keintiman”. Aku terus melangkah ke kereta dan terus memandu ke pejabat. Sesampainya di pejabat, aku terus ke bilik Tasya. Sebaik pintu terbuka, aku masuk dan aku beritahu dia “Maaf Tasya. Saya tidak akan bercerai dengan Rina. Sekarang saya sedar saya masih cintakan dia”.

Muka Tasya berubah merah. Tapi ku kata jua,“Maaf Tasya. Saya dan Rina tidak akan bercerai. Perkahwinan kami membosankan mungkin kerana saya tidak menghargai apa yang kami ada dan kongsi selama ini, bukan kerana kami tidak lagi menyintai satu sama lain”. Tasya menjerit sekuat hati dan aku terus melangkah keluar.

Aku kembali ke kereta dan niat hatiku mahu pulang ke rumah dan memohon maaf dari Rina, isteriku. Aku singgah di sebuah kedai bunga untuk membeli sejambak tulip merah kesukaan Rina. Aku capai sekeping kad dan ku tulis, “Abang akan dukung Rina setiap pagi hingga maut memisahkan kita”.

Setibanya di rumah, aku terus berlari ke bilik kami dan mendapati Rina terbaring tenang di atas katil. Ku belai wajahnya sambil memanggil namanya tapi tiada sahutan. Rina kaku. Hatiku berdetak keras.

Kini Rina pergi untuk selamanya. Perpisahan yang ku pinta ternyata ditunaikan. Sekian lama Rina berperang dengan KANSER RAHIM tetapi aku begitu sibuk dengan Tasya untuk menyedarinya. Rina tahu bahawa dia akan mati tidak lama lagi dan dia mahu menyelamatkan aku daripada reaksi negatif dari anak kami, sekiranya kami tetap bercerai. Rina mahu sekurang-kurangnya di mata anak kami, aku adalah suami yang penyayang.

Perkara-perkara mudah dan ringkas yang anda lakukan bersama adalah yang sebenarnya penting dalam perkahwinan. Bukan banglo, kereta, harta, dan wang di bank. Semua itu hanya wujudkan persekitaran yang kondusif untuk kebahagiaan tetapi tidak dapat memberi kebahagiaan pada kita.

Jadi carilah masa untuk menjadi sahabat kepada isteri/suami anda dan lakukan perkara-perkara kecil untuk satu sama lain yang membina keintiman. Binalah kemanisan rumah tangga anda. Hargailah setiap pengorbanan pasangan anda



WW 17.10.12


keletah anak dara ibu


Semoga anak ibu menjadi seorang anak yang solehah serta rajin belajar


kesayangan hamba



Monday, October 15, 2012

Taktik Menculik Budak Di Pasaraya !

NAK SHARE...

Jika anda tiada anak kecil pun, tolong sebarkan maklumat ini kepada sesiapa
sahaja..
Kita tidak tahu entah siapa yang dapat diselamatkan dengan menghantar e-mel
ini.
Tolong beri sedikit masa dan hantar kepada kawan yang ada anak-anak dan
cucu-cucu...
Terima Kasih.

Mahu berkongsi apa yang berlaku hari ini semasa berbelanja di Carrefour JB.

Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging , dan apabila
berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang.
Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu , sementara si ibu tadi
terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.

Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan
tersebut melalui sistem pembesar suara.
Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian , dan kemudian
terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon.
Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci
menggunakan kata kod atau seumpamanya.
Jadi me reka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta.

Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta..
Me reka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik
air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh
dicukur , dan hanya berpakaian dalam.
Ada sebuah beg mengandungi baju , pisau cukur , dan  rambut palsu terletak
di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.

Siapa pun yang melakukannya -  iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan
ini ke dalam bilik air ,  cukur rambut dan tukar pakaiannya  -
melakukannya kurang daripada 10 minit !
Ini buatkan saya menggigil tak sudah-sudah.
Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana
adalah senang untuk kita terpisah dengan me reka seperti di gedung
beli-belah.
Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya.
5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar.

Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya ,  apa lagi
dalam masa hanya beberapa minit.
Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu. Budak
perempuan itu kini selamat . Tahniah kepada pekerja Carrefour yang
bertindak pantas

SEBARKAN BERITA INI  SUPAYA PERINGATAN DAPAT DIBUAT BAHAWA ADA MANUSIA GILA
LAGI GANAS DI KALANGAN KITA SEMUA !

Thursday, September 27, 2012

Kegilaan Shawl

apakan kegilaan ini?
hahahaaaaaaaaa wakahkahaaa..
ini semua terpengaruh dek Nurul Jamian aduhai la kawan-kawan.
hik harap-harap tak terperok ja dalam lemari bak kata Ann.
harap-harap sangat dan sangat. sebab segala tudung haku dah duduk bersepah-sepah.

Dulu giler sangat kat bawal. bila dah keluar design awning, abis semua bawal haku sedekahkan..
lepas ni nampaknya harus sedekahkan yang ada awning tu pulak. sebab haku ni cukup pemalas nak cuci tudung pakai tangan. semua pun haku taruk dalam mesin basuh. hahahaha apa guna ada mesin basuh kan kalo semua pun nak cuci guna tangan. huhh giler malas.

Nasib masa kawan-kawan gilakan Fareeda, iman haku tak tergugat. dah la mahal kan...cantik memang la cantik. berlayer-layer gitu.. warna terang-terang gitu.. mabeles beb. tapi SERU itu tak sampai. tapi bila Shawl yang nampak macam boleh menutup aurat sikit ni haku TERpaku... OOOOOO harus jugak memilikinya tu... zassssssssss berhelai-helai haku borong.. hik..



harap bila haku pakai akan sesuai ngan bentuk muka haku ni..
Ameen

Thursday, September 20, 2012

Bercerai susu

Bercerai susu a.k.a wean off.
Susah betul rasanya nak wean off kan Faqihah. Dah macam-macam cara ibu guna nak wean off awak tau. Kadang tu sampai dah give up. Jadi bila Faqihah nak "nyek"(BF) ibu suakan ja. Malas nak layan renggekkan dia. Tapi bila sampai tahap dah tak tahan kena gigit, ibu terpaksa gagahkan juga cari cara nak wean off. Hampir 2bulan baru berjaya akhirnya.

Cara pertama adalah tidur asing. Biarkan Faqihah tidur dengan abah dia. Abah malas nak layan. Jadi henjutkan Faqihah dalam buaian ja. Janji tido asing la kan. Tapi tak berjaya juga sebab abah kerja shift. Kalo kerja pagi atau malam ok lagi. Tiba turn abah keja petang, dah sah-sah Faqihah kena tidur dengan ibu juga. So GAGAL.

Cara kedua ada ibu sapukan madu. Kenapa madu? Sebab ibu tahu Faqihah tak suka madu. Tapi awak tetap nyek juga. Awak lap pastu awak nyek dengan selamba. Hoh... GAGAL lagi misi ibu.

Seminggu dua lepas tu ibu bancuh kopi pekat dan sapukan juga. Kejadian yang sama berlaku juga. Sebab Faqihah dah pandai lap sampai bersih. Ermmm again! GAGAL.

Segala benda ibu sapukan. Sirap pun pernah. Tapi itu budak lebih cerdik daripada ibunya. Ahakssss. Nak wat guane ye dak?

Ibu terpikir-pikir kalau semua benda pun tak menjadi, ibu terpaksa beli jadam. Orang-orang bilang jadam berkesan untuk bercerai susu. Tapi ibu macam tak sampai hati sebab orang bilang jadam itu maha pahit. Sian la ke Faqihah nanti. Hohooo tapi kesian lagi nyek haku sakit bila kena gigit drk Faqihah sampai berdarah ok.

Last 3weeks dapat satu lagi benda nak sapukan kat nyek tu. Ini semua idea haku dapat daripada sha kat twitter. Asam jawa! Ya...... Asam jawa yang buat masak tu. Terus ibu sapukan asam jawa adabi yang pekat likat tanpa biji tu. Dalam kegelapan bilik Faqihah tak nampak pun apa yang ubu letak kat nyek. Sekali ngapppp..... "Ibuuuuu..... yah tak mo dah nyek ibu. Masam" sebab dia dah lap-lap pun masih berbaki kemasaman asam jawa adabi tu.

ALHAMDULILLAH........
Maka dengan ini Faqihah dah wean off. Dah hampir 2minggu OK!!!. Syukran.

Opssssss tapi tak boleh happy lagi. Sebab ada pulak tebiat baru pulak. Dok la tangan tu asyik nak menggentel nyek ibu. Aduhai....

Hahahaaaa lepas ni kena cari pulak petua untuk Faqihah tidak menggentel. Ahik... Hai anak hai anak. Macam-macam ragam

Hari ini

Assalamualaikum..... Ada sesiapa di dalam?
Hahaaaa berhabuk lagi blog haku ni. Kehkehkeh. Ampunkan kami penunggu blog. Hari dapat mc sebab dah start sakit mata beb. Hazab rasanya. Tapi tak apa. Sakit itu kan penghapus dosa-dosa kecit. Alhamdulillah sebab Hany terpilih.

Bila duduk rumah sensorang harus lah dipenuhi waktu-waktu berharga ini dengan mengemas kapal karam yang satu ini. Tapi belum datang seru lagi. Mungkin petang-petang sikit sebelum jam 5 kot. Sebab nanti bila Faqihah dengan abahnya dah balik, kompom-kompom la terganggu sikit.

Harap-harap dengan mc 2hari ni haku boleh siapkan assignment ngan paperwork yang WAJIB dihantar ahad ni bersamaan 23 september 2012. Sebab itu dah last kelas. 01 oktober 2012 dah start Final Exam pulak. Hohooo... Semoga sakit mata ini tidak menggangu haku nak siapkan semua tu. Chayokkk.

Tuesday, September 04, 2012

hariku telah dipenuhi

hahahahha hehehehe membuatkan hari-hari yang haku lalui macam indah je. walhal haku rindu kat Amera Faqihah yang kena tinggal kat rumah MIL. semua perasaan rindu haku hilang dek gelagat kawan-kawan. itu untungnya ada kawan. ramai kawan. ramai kenalan.
mula-mula dulu haku start pandai bersosial dengan Multiply. ala-ala blogsport jugak la... sebab masa tu haku aktif outdoor. panjat gunung sana-sini. dok la simpan dalam tu. lepas tu kawin, haku sign in blogspot. lepas tu mula belajar Facebook pulak. lepas tu dah reti nak berTweet-tweet pulak... ooohooo macam-macam perubahan zaman IT sekarang.. lepas ni tak tahu apa pulak la.

sejak-sejak dah ada hp baru. lebih besar daripada yang dulu. ada internet bagai.. haku dah rajin mengikut cerita-cerita sensasi kawan-kawan blogger kat tweet. tapi pelik haku macam mana depa ada masa nak pegang hp sentiasa. yang ada anak 2-3 pun masih ada masa nak update blog, nak update status kat FB mahupun twitter. ermm.. ke haku yang tak normal? hhahaha pelik

hari ini bos x masuk keja. so agak lega sikit, boleh buat menda lain... specially assignmnet. yeeeee ahad ni ada kelas wokeh... banyak lagi lom siap. macam nak mc je khamis jumaat nanti. nak siapkan assignment yang melambak itu.

make my day tau.. hari ni kawan-kawan blog citer a.k.a gaduh a.k.a bertekak sebab KEPALA IKAN KELI. lawak tau.. buatkan haku tersenggih-senggih kat opis. nasib la sorang-sorang kat department ni.. kalo oppismate ada. sure die kata haku giler.. hahahhahaha

ermmm.. dalam keriuhan itu hati haku rindu kat Faqihah.. tapi bak kata Na. haku kena kuat. ye lah kan. Faqihah dah besar, harus la wean-off.. maafkan ibu yaa sayang. tapi ini adalah masa nya ibu ngan abah boleh dating berdua.. ermmm.. mlm ni nak dating, tp tak tau ke mana. haku ngikutkan je.. layan....



Thursday, August 30, 2012

masih terkial2

apakah yang terkial2 itu?
hahahaa bersiaran dengan samsung note sekarang. tapi masih terkial2. owh tak tahu nak tulis apa dah ni. hahahaaaaa blur jap

Wednesday, August 29, 2012

WW?


Wednesday, August 01, 2012

WW





tak keruan kalo nampak permainan gini.. duit syiling memang wajib ada dalam beg.. aduhai anak



Friday, July 27, 2012

Berpuasa di Kampung..?

yeiiii dah jumaat... malam ni lepas hubby abis keja kul 12am.. nak balik kulai... yabedabeduuuuuu suke-suke.. rindu kat mak... mak? ye la.. mak haku... silap2... haku yang anggap dia macam mak haku. sebab dia jaga haku daripada kecit. sebenarnya Nenek. ye lah haku panggil Mak sebab dah dari baby lagi haku dok tinggal ngan dia kan... sayam sangat kat mak.. muah-muah..

Dulu time bujang-bujang, tiap-tiap minggu balik  kampung. lepas dapat hobi panjat gunung dah kurang kit. dua bulan sekali.. hehehe hari ibu pun telefon mak dari atas gunung ja.. wish Selamat Hari Ibu. hahahhaa derhaka sungguh kan. Tapi lepas dah kawen ni tiga empat bulan mahupun lebih baru boleh balik, sebab apa? sebab hubby ku keja shift so pasrah je lah.. lagi pon weekend agak sibuk dengan kelas. ye haku masih study.. tak habis-habis lagi...hohoo

So bila berpeluang dapat balik kulai haku rasa happy lain macam.. walaupun tak ada apa aktiviti pon kat umah tu.. dok rehat-rehat ja.. hehehheee... Faqihah suka gak balik kulai sebab boleh jumpa ayam kat belakang rumah. hik.

Kenapa haku sayang kat Mak lebih ??? hhahah sebab haku sayang la... x leh nak citer lebih-lebih nanti ada orang kecit hati....

harini la hari yang boleh jadikan haku macam sotong A.K.A Octopus... grrr super punya banyak keja bos bagi... tapi sempat la time rehat tadi haku keluar gi shopim baju Faqihah.. nasib murah-murah... berbaloi

Tuesday, July 24, 2012

Dragon Boat

Banyak betuk aktiviti sebelum puasa haritu.
macam tak cukup hari ja gamaknya. penuh undangan sana sini
Pertandingan Dragon Boat ni Anjuran CSR pejabat haku
lawan antara stakeholders sekitar pejabat haku di Putrajaya

Tak pernah sampai kat Pusat Maritim ni. syiok rupanya.
Bertempat di Presint 5, Putrajaya kalo tak silap
Sebelah Pullman ja pun.
Tapi asyik ja tersesat. hahahahaaa

14 Julai 2012 (Sabtu)
Jum layan gambar

Banner
sesampai ja kat Maritim tu kami dijamu dengan sarapan Nasi Lemak yang bersambal pedas tapi serrrrrrdap dengan ayam goreng. Kueh 2 ketul, semestinya karipap dan donut.. suke-suke...

 Dragon Boat


Tengah dengar penjelasan daripada yang pakar. ehhh napa haku dok depan tu...?? sebenarnya haku dipilih jadi pemukul gendang. huhhh takut lak memula dengar, sebab tanggungjawap besar gak tu. pendayung semua akan ikut rentak pemukul gendang tu. kalo haku pukul slow, maka slow la dema dok kayuh.. aduhai.. hari itu dalam sejarah. Sebelah haku tu yang pakai seluar pendek warna biru tu ketua kumpulan haku.eh lupa pulak nak cerita... kali ini punya program tak berapa dapat sambutan daripada stakeholder, maybe sebab dekat sangat time nak puasa kot, So ramai yang pergi bercuti atau ada hal sendiri. Tak ramai pun dapat gak la 4 boat. satu boat tu ada 12org. 10 tukang kayuh, sorang tukang pukul gendang dan sorang lagi jurumudi. Kumpulan haku terdiri daripada 4 orang Bomba Putrajaya, 4 orang Perbadanan Putrajaya dan 4 orang daripada pejabat haku. group kitaorg best ja.. kerjasama beb...

Ini pula cara nak mendayung dengan teknik yang betul.


Memula-mula kena self confiden dulu. Maksudnya.. ko kena terjun kat air yang dalam tu.. dok terapung-apung la disitu sambil angkat tangan dan kaki untuk beberap minit. hehhehe haku tak da hal sebab ada life jacket . wink wink wink... dalam weyyy.. seriau lak sebab dah lama tak pergi swimming. ahhahahaha


Mari mendayung. ini masih percubaan kot... korang jangan ingat haku dok suka-suka disitu ya. ketua kumpulan kena amik perhatian sebelum mulakan pertandingan. balance kan boat. kalau tak korang akan jatuh sebab boat akan terbalik.. hohoooo haku time tu kepit kuat gendang tu sampai naik lenggoh lulut. hahahah. tapi kumpulan haku semuanya bagus dan teror. TERbaekkkkk la korang. sob sob sob.. time tu gak la haku rasa gabra jap sebab tiba-tiba tangan haku dok garu siku, lepas tu inner haku terkoyak. adeh la.. nasib ada getak kat pergelengan tangan, boleh gak cover... hohooo aurat tuuuuu.


Sedang bertarung


Kegembiraan terpancar
Setelah 3kali pusing... maka dengan ini..... kami sampai dulu.. yabedabeduuuuu


Terima Kasih Abah B sebab jaga Faqihah walaupun fening lalat waktu itu.
Waktu ini tengah tunggu pengumuman pemenang


Amera Faqihah Binti Mohamad Faiz

Pemenang No.1... yeii Alhamdulillah group haku menang
bernaloi-baloi haku pukul gendang tu dengan sekuat hati


ini group haku.. meang wey.. happy ja muka semua orang
ehh ada pulak terselit budak tecit tu... nak jugak dengan Ibu.

Acara tamat sekitar jam 12 lebih gitu. Faqihah lak dah ngamok-ngamok sebab abah dah tak larat nak layan.. so terus la ke kolam kanak-kanak di presint 9 tu, bertentangan dengan foodcourt. Layan Faqihah mandi-manda jap sambil abah suap Faqihah nasi... pastu balik 
semua pun terbongkang kepenatan...
tapi sian kat abah sebab rehat sekejap ja
Abah keja shift petang hari tu.. so kul 3.30pm dah kena siap2 g keja.. 

hari yang letih tapi berbaloi-baloi.
Selamat Berpuasa ....





Friday, July 20, 2012

Makan-makan Sebelum Ramadhan


Kat opis haku ni memang selalu buat makan-makan. semua pun secara pokluck. eh betul ke eja ni. hahahah ala yang bawa makanan sorang sikit tu lah. Kali ni nak sambut bufday anggota kerja bagi bulan mac sampai lah julai 2012. sambil-sambil tu sempena pertukaran a.k.a naik pangkatnya seorang pemandu ke stesen lain. sambil sambut kelahiran baby la kalau ada dalam tempoh itu. Sambil nak sambut Ramadhan al-Mubarak sekaligus la. Dulu-dulu makan-makan ni akan haku arrange setiap 3bulan sekali gitu. tapi sejak-sejak haku dah pindah department ni haku malas nak ambil pedulik hal-hal itu.. hehhehee.. so haku serahkan la kepada mereka-mereka kat admin tu yang giler kuasa.. hahahha ish tak baik haku ni. esok nak Ramadhan dah.. ish ish ish.. ampunkan kami penunggu gua. hahahahhahaha.
Oleh kerana bufday haku bulan April.. dapat la sikit imbuhan.. RM RM RM tuuu


yang ini pengurus bahagian BSS hah... ermm... CINTAN... hahahahaaa depan masin.. belakang masin.. hik
dah lepas berucap-ucap, bagi-bagi hadiah bagai tu... moh kita potong kek yang di sponsor oleh bos haku A.k.A Abg Long Procurement. eeeiii takut.. boss haku yang paling cool.. tapi kalut. hahahahah Hannnnnnyyyyy!!!! hahahahhahahhaaa


Hah tu dia bos haku kat belakang sekali yang tengah jeler lidah tu.. hadoi la bos.....
yang pakai songkok tu abg amir.. die la driver yang dapat naik pangkat jadik pemandu crane kat TNBD kalo tak silap haku.

Time ni haku tak bawak apa.. main order Popia ja.. beli. hahahhaah. dulu bujang-bujang rajin la masak-masak... dah ada si kecit tu naik banyak lemak lak. malas.. wink wink.. Tapi dengan lasan tak sempat sebab kelmarin & semalankan kursus. hahahhahahahaa.. hampesss ja kan



Thursday, July 19, 2012

Safety & Health Committe Training


Semua cerita dah lama eh… tapi nak tulis gak. Hahahhaha
9-10 julai haritu haku sebagai safety committee kena lah hadiri kursus
Saja nak penuh kan kuota kursus. Heheheh best-best
Macam biasa, kalau kursus musti-musti kat Residen Hotel ja.
Kalau dari rumah haku tu tak sampai pun 10 minit perjalanan naik motor atau kereta.  Kaki mungkin 20-30 minit kot. Ikut kelajuan kaki masing-masing.

Inti kursus itu apa lagi kalau bukan diterangkan hal-hal berkaitan keselamatan kan..
Tapi
Kali ni
Paling membosankan
Sebab kena belajar tentang akta & Peraturan dan lagi undang-undang
Owhhhhh mengantuk sehhhh..

Tapi nasib ada jugak dia refresh balik tentang hazard…
Yang ini mata haku fresh. Yeppi.
Malas nak ulas. Hahhaha
Nak tepek gambau masa hari last kursus


nampak gemok kah daku??? 
wink wink wink
bestttt

Friday, July 13, 2012

last weekend


ini lah hadiah nyer....inilah jugak hasil penat lelah haku persiapkan segalanya seminggu sebelum tournament. Anyway itu bukan lah hadiah untuk perseorangan eh... hasil kumpulan haku yang teror-teror semua... haku hancusss. hahahhaaaa 


yang ni boleh-boleh la.. Hadiah perseorangan lelaki.. tapi no. 4 ja.. hahah jadik la kan
semua sebab nak melayan karenah dah Faqihah sorang tu selok nak main car kat luar pusat bowling tu... aduhai anak....

lepas bagi-bagi hadiah bagai tu.. kami terus cabut pulang... walhal haku AJK hahahahah lantak pi lah.. letih sudah wey.. tak larat.. terus masuk mydin shopping barang rumah kit. tengok jam dah kul2pm.. hohooooo lambat sudah haku nak berkejar masuk kerja pulak...

sampai-sampai rumah terus tidokan Faqihah... take dengan haku sekali terlelap. tapi nasib terjaga... itu pon kul3pm... bangun mandi solat.. siap2 terus pi opis... tup tap tup tap.. siapkan kerja laju-laju... kul 7.30pm sampai rumah... lotih badan...

ahad kelas 8am-6pm... hadoi.... tapi chayok2... dengan assignment tak sempat buat.. lepas kelas kul12.30 tu terus gi CC buat terusss.... zaaasss nasib sempat dateline kul 1pm.. hahahahhaha hantar kul 12.58.. hehhehehe sungguh berhemat  hik. terus gi makan nasik kukus ayam berempah kat medan selesa UNISEL kat sek.7 tu.. yummy... serdap.. 



 

Wednesday, July 11, 2012

Pengurusan Nafsu


Wahhh cerita minggu lepas ni… ampunkan kami penunngu gua… hamba tak sempat nak update blog. Hahahahahaha..
Minggu lepas adalah minggu yang super sibuk.. aik.. hari-hari pon gitu sebenarnya. Hehehehehehe… minggu lepas sibuk sebab tengah Audit. Pastu sibuk dengan persiapan Tournament bowling lagi. Sibuk nak reno rumah lagi. Sibuk dengan aktiviti stesen apa lagi kalau bukan aktiviti makan-makan dan makan.. Disamping kerja hakiki. Pasrah walau pon ada dua tangan & dua kaki ja…

Khamis lepas 05 Julai 2012.. pagi tu ada aktiviti gotong-royong memasak bubuk lambuk. Hah kau.. 2 kawah.. 1 kawah lagi macam biasa lar.. sup ikan segar.. yummy…terliur tengok gambar ni kan… serdap wey….


Petang pulak ada aktiviti ceramah…. Tajuk : Pengurusan Nafsu. Ye lah kan.. nak puasa ni nafsu semua kena jaga. Ceramah disampaikan oleh… Ustaz Don.. wahhhh glamour tuuuuu…


Banyak pengisian yang haku nak share.. tapi tak sempat.... akan bersambung di episod lain. hahhahaha