Wednesday, December 19, 2012

DUGAAN PENCIPTA KEPADA UMATNYA

As salam wahai teman-teman yang setia menemani, menasihati serta sentiasa mendoakan yang terbaik untuk diri ini.
Kesepian daku di Blog, Facebook mahupun Twitter bersebab. Bukannya daku sengajakan. Dan bukan jua sebab daku MABUK teruk pregnacy kali ini. Hati memang menggeletar nak kongsi bersama korang tapi apakan daya tubuh tidah menunjukkan kemampuan serta kekuatan untuk daku kongsikan.
Tapi hari ini daku kuatkan seluruh semangatku untuk berkongsi apa yang berlaku pada diri ku. Begini kisahnya. 4hb lepas haku ke klinik maria di Alamanda. Jumpa doc siapa ntah dah tak ingat. Waktu itu usia kandungan daku adalah 9weeks. Saja nak scan untuk buka buku. Tapi bila doc scan... Masih kantung sahaja yang kelihatan sama seperti 5weeks yang lalu. Doc suruh datang lagi dalam masa 2minggu. Tapi hati ibu sudah terdetik. Terus surf internet. Mencari apakah punca berlaku begini. Dengan tabah hati daku terus membaca dan terus mencari sumber info tersebut.
Keesokkan harinya daku ke pakar An-Nur. Malang bagiku kerana appointment doc sudah penuh. Yang kosong hanya pada 13hb.. Ya Tuhan....haku tidak berhenti berdoa agar diberi kesihatan dan kekuatan kepada kandunganku. Dengan ketiadaan suami tika dan saat ini kerana terpaksa outstation selama 3hari...makin membinggungkan daku.
Kerana hati tidak keharuan daku ke Pakar Az Zahrah untuk mencari kepastian. Setenang air di lautan begitu tenang hati ini tika gyena mengesahkan pembacaanku sebelum ini. Sekelip mata daku PASRAH...REDHA...ketentuan Ilahi bahawa daku diduga dengan BLIGHTED OVUM diusia kandungan ku 10minggu. Walaupun sebelum ini daku tidak pernah tahu akan kejadian ini. Maka doc Noraini mensarankan daku D&C. Doc memberi pilihan sama ada mahu dnc atau biar turun darah secara normal. Dari kisah pembacaanku better terus dnc daripada tanggung kesakitan teruk. Dengan tenang juga daku pulang kerumah. Serta mengkhabarkan kepada suamiku yang kejauhan.
Hubby balik dari outstation juga sayu mendengar. Tapi daku BENAR2 Pasrah. Dengan kurniaan yang sementara ini daku mengharapkan yang terbaik dikemudian hari.
Keesokkan harinya 7hb dis Jumaat yang penuh Rahmat... Daku menjalani proses D&C tersebut. Alhamdulillah... Selamat sudah...kantung tanpa bayi dalam rahim daku dikeluarkan. Maka bermula lah daku berpantang sejak itu.
Maaf kepada rakan-rakan sekalian kerana lambat menyampaikan berita ini. Daku diduga dengan demam panas dalam tempoh berpantang. Nanti daku story kisah blighted ovum pula ya....

19 comments:

  1. ya Allah hany... sedihnya. Hany tabah eh. insyaallah ade rezeki lain menanti. jaga diri baik2 ye hany. *hugs*

    ReplyDelete
  2. Babe,
    akhirnya..

    Insya Allah lepas ni akan ada lagi rezeki untuk mu
    Jaga diri baik-baik, seperti mn yg mu selalu pesan pd aku
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah.. rezeki Allah ada dimana-mana...
      Take care too

      Delete
  3. Allah....berat mata membaca, yg mengalami lagi la pulak kan...

    takziah hany...and be strong ok...Allah suka org2 yg bersabar...moga dipermudahkan semuanya

    ReplyDelete
  4. takpelah awak memang takde rezeki lagi papepun lepas nih boleh berusaha lagi....

    ReplyDelete
  5. ya ALLAH hani..semoga tabah..kuatkan semangat ye hani..maria br tau ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Maria... insyaAllah haku kuat semangat..

      Delete
  6. Hany, takziah :(

    Insya Allah ada rezeki lain untuk Hany sekeluarga lepas ni, aminn

    ReplyDelete
  7. Bersabarlah.. Yang baik hanyalah daripada Allah S.W.T.... Percayalah pada kuasaNya.. In Sya Allah pasti ada hikmah disebaliknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sobs..... pasti.. pasti ada hikmah lain untuk hany kan kan

      Delete
  8. selamat tahun baru mak budak..!!

    takziah atas ape berlaku.. sabar yer...dah xde rezeki..ade sebab Allah bg ujian untuk kita. lain orang, lain bentuk dugaannya. sekurang2nya ko pernah merasa mengandungkan faqihah dan sempat merasa mengandung wlpun seketika.

    Istiqamah dan muhasabah, ada insan yang lebih malang nasibnya x merasai semua itu (haku kot terutamanya..huhuhu). Allah x uji klu lebih dari kemampuan hambaNya..

    sabar sebaik2 yang perlu.. insyaAllah lepas ni ada la rezeki tu.. doa & usaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks kak... yee... sabar.. semua pon dugaan Allah.. haku pasrah kak

      Delete
  9. moga kuat semngat hany..mar baru je tau.....moga hany tabah...take care ye hany

    ReplyDelete