Wednesday, February 15, 2012

hasil survey semalam

TASKA VONAD- lokasi Presint Diplomatik P.15, Putrajaya

lepas habis kerja jam 17:15 terus bergegas pulang untuk ambil Faqihah di rumah pengasuh. Mahu bawa dia tinjau-tinjau taska tu. Pandangan pertama : "owh kagum la"ye la mana tak nya.. tempat bersih, teratur bagai. Faqihah pun nampak happy bila melangkah masuk ke taska tu. tapi ada kurang layanan daripada ketua pengasuh disitu. Mungkin sebab tengah sibuk ke haku kurang pasti. Yang pasti daku kurang mendapat layanan yang diperlukan. tup-tup lepas isi borang, dia minta RM100 untuk pendaftaran. aikkk terkejut la daku kan.. tadi masa memula tiba tak ada pula diterangkan masa isi borang kena bayar duit pendaftaran masa isi borang bagai....

oppsss sorry. Duit dalam dompet saya tak cukup la.. uhuuu walaupun ianya lebih daripada cukup waktu itu. ermm.. then nanti saya datang lagi la untuk bayaran itu.. hhahahahaa daku pun cabut pulang la. adui la.. baru nak survey ja pun sudah kena bayar. gimana tu eh?

ni laman sesawang taska vonad tu. Hasil google semalam la tu..

Tuesday, February 14, 2012

tengah susah hati


ermm.. macam mana nak mulaka cerita ya????
tak sanggup rasanya nak diingat-ingat kisah-kisah lama. tapi kesian la kat anak ibu AMERA FAQIHAH. Maafkan ibu la sayang ya sebab abaikan perasaan kamu.

Ibu sedang berusaha mencari yang terbaik untuk kamu.
Ibu akan cari TASKA yang terbaik untuk kamu. Terima kasih buat kawan-kawan yang beri sokongan di FB.



Monday, February 13, 2012

KEPERLUAN VAKSIN ROTAVIRUS

Apakah vaksin ini selamat? ada sikit info saya dapat dan ingin nak share.

Terdapat dua vaksin rotavirus yang ada di pasaran, iaitu vaksin Rotarix, (keluaran GlaxoSmithKline), dan vaksin Rotateq (keluaran Merck & Co).

Vaksin Rotateq telah dibenarkan berada di pasaran pada tahun 2006. Sementara Rotarix mendapat pelepasan FDA pada 2010.

Sebelum ini terdapat banyak laporan yang meragui samada pemberian vaksin ini selamat untuk bayi. Pada 16 may 2010 FDA US telah memberikan jaminan keselamatan bagi penggunaan vaksin ini.

Dalam kenyataan yang bertajuk “Rotarix Vaccine: Update to Clinicians and Public Health Professionals”, FDA memberitahu dalam ujian klinikal yang melibatkan puluh ribuan kanak-kanak dan berjuta-juta pengalaman yang dicatatkan sebagai clinical experience, kedua-dua jenis vaksin Rotarix dan RotaTeq adalah selamat digunakan.

Kenyataan ini boleh dirujukkan di http://www.fda.gov/Safety/MedWatch/SafetyInformation/SafetyAlertsforHumanMedicalProducts/ucm205640.htm

FDA mendapati bahawa dua jenis rotavirus yang digunakan iaitu porcine circovirus (PCV1 or PCV2) tidak memberikan apa-apa kesan negative kepada manusia.

Dos yang dicadangkan

Vaksin ini diberikan kepada bayi yang belum mencapai umur 8 bulan. Ia tidak diberikan pada bayi bermur 8 bulan ke atas kerana banyak kajian mendapati ia tidak berapa berkesan dan lebih mudah mendapat demam. Vaksin ini diberikan secara titisan ke mulut, bukan suntikan.

Vaksin Rotarix diberikan kepada bayi berumur 2 dan 4 bulan sementara vaksin Totateq diberikan kepada bayi berumur 2, 4 dan 6 bulan. Vaksin ini boleh bertahan selama 3 tahun.
Fatwa mengenai vaksin rotavirus

Sayangnya kedua-dua vaksin ini menggunakan dua jenis rotavirus, porcine circovirus (PCV1 or PCV2) yang berasal dari haiwan babi.
Maka satu fatwa mengenainya telah diwartakan dan boleh dibaca di http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-penggunaan-vaksin-rotateq

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-81 yang bersidang pada 31 Mac 2008 telah membincangkan Hukum Penggunaan Vaksin Rotateq Yang Menggunakan Unsur Babi Dalam Proses Penghasilannya.

Dalam hal ini secara amnya kedua-dua Rotarix dan Rotateq adalah haram kerana mengandungi unsur haiwan babi.

Muzakarah telah memutuskan bahawa penggunaan vaksin Rotateq adalah tidak dibenarkan kerana pada ketika itu ia dianggap tidak dharurat dan tiada data sokongan yang kuat untuk membuktikan rakyat negara ini memerlukan kedua-dua vaksin ini.

Kebanyakan ulama fiqh dari Mazhab Syafie berpendapat berubat dengan suatu yang najis adalah haram dan tidak harus.

Islam hanya mengharuskan berubat dengan benda-benda yang diharamkan sekiranya dalam keadaan dharurat iaitu tiada ubat alternatif yang lain adalah berpandu kepada Firman Allah s.w.t.,
Maksudnya : Dan tidak ada sebab bagi kamu, yang menjadikan kamu tidak mahu makan sari sembelihan binatang-binatang halal yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, padahal Allah telah menerangkan satu persatu kepada kamu apa yang diharamkan ke atas kamu, kecuali apa yang kamu terpaksa memakannya. (Surah al-An’am : 119)

Oleh itu fatwa itu memberikan kelonggaran jika negara benar-benar memerlukan vaksin ini akibat wabak cirit birit yang teruk melanda di kalangan kanak-kanak, dan jika tiada alternatif lain.

Sebagai pencegahan, langkah berjaga-jaga harus diberikan. Pastikan bayi kita dijaga kebersihan dirinya, meminum air yang dimasak dan ibubapa juga harus selalu mencuci tangan bagi mengelakkan rotavirus tersebar menjangkiti orang lain.

Wallahu a'lam

Thursday, February 09, 2012

hati ini

lepas baca blog HJ tadi, Ibu terpaku . kenapa hati in bergetar tatkala tangan mula terangkat. saat-saat anak menangis. mungkin saat itu dia perlukan ibu memeluknya. sampai mengusap-usap rambut serta badannya. tapi apa yang dia perolehi hanya herdikan tatkala menangis, meraung kerana keinginan dia tidak tercapai. MAAFkan Ibu sayang. kadangkala fikiran ini membuatkan tangan sangat laju bertindak, otak tidak dapat dikawal dengan baik. kekangan kerja serta hal-hal rumah juga terkait sama. Maafkan Ibu kerana terlalu rasa KEKESALAN ini. kerana Ibu sangat SAYANgkan kamu AMERA FAQIHAH. terasa mahu saja Ibu menghadap kamu 24jam sehari 7hari seminggu. tapi apakan daya. apakah kudrat Ibumu ini.

Ibu SAYANG Amera Faqihah Binti Mohamad Faiz.
Maafkan Ibu kerana membuatkan kamu kecewa.