Haku rasa bila baca pasal kalori macam semua orang
tahu kan
tapi berapa ramai yang tahu macam mana nak kira kalori supaya senang korang nak
diet? Haaa yang tu, nak share sesama mana tahu boleh bantu sesapa yang
teringin nak menjaga cara pemakanan dengan betul. Tapi bukan sebab haku yang berdiet. badan dah sekeping gini tak layak rasanya, cume untuk JAGA dari segi pemakanan itu OK kot. ye lah umur kita semakin bertambah... jadi sistem badan kita hampir LELAH. So semua haku google sebab nak bantu suami kesayangan daku tu, walau pun pada mata kasar haku... badan dia OK2 saja.. EMPUK bagi haku... haku suka. TAPI dia sibuk komplen katanya GEMOK... ermm... ikut suka lah... layan kan aja.
Apa itu kalori?
Kalori
adalah unit ukuran bagi tenaga.
Adakah badan perlukan kalori?
Ya,
badan perlukan kalori untuk menjana tenaga, tetapi jika ia diambil (dimakan)
terlalu banyak dan tidak dibakar, ia akan ditukar menjadi lemak dan disimpan
dalam badan, ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan membahayakan
kesihatan.
Bagaimanakah mengira kalori dalam
makanan?
Biasanya setiap produk yang dijual ada kiraan
kalorinya di bahagian “Maklumat Pemakanan” dan kiraan juga boleh dibuat dengan
mendarab berat dalam “gram” nutrisi berikut dengan nombor pekali yang
disenaraikan.
Karbohidrat: Didarab dengan 4 kalori setiap gram
Protein: Didarab dengan 4 setiap gram
Lemak: Didarab dengan 9 setiap gram.
Protein: Didarab dengan 4 setiap gram
Lemak: Didarab dengan 9 setiap gram.
Contoh: Satu hidangan Sos Cili yang mengandungi;
Karbohidrat-53g (53g X 2 = 106 Kalori)
Protein-1g (1g X 4 = 4 Kalori)
Gula (juga Karbohidrat)-16g (16g X4 = 64 Kalori)
Jadi satu tuangan Sos Cili bernilai 174 kalori!
Berapakah kalori yang diperlukan oleh lelaki
dan wanita dewasa dalam sehari?
Lelaki: 2000-2500 kalori
Wanita: 1600-2000 kalori
Wanita: 1600-2000 kalori
Jadi mulai daripada sekarang marilah jaga kesihatan diri sendiri serta orang yang tersayang.....
No comments:
Post a Comment