Wednesday, September 11, 2013

Saja-saja menaip

Morning...

Time haku bersemangat nak menaip... time itu juga la internet kat opis ni tak boleh guna. Time haku malas elok ja pulak nya. Oleh kerana semangat yang membara eceh... gagahi juga la menaip kat hp ja.

Since semalam haku rasa tak sedap badan. Ini tidak pelik lagi la kan. Sah-sah sebab banyak angin dalam badan haku ni. Mengandung kali ini haku rasa sungguh sangat beza daripada dulu. Jauh bezanya. Angin banyak, muntah-muntah, loya sokmo, pening-pening. Masa ngandungkan kakak dulu elok molek tak ada semua tu. Alahan apa pun tak ada. Demam pun tak pernah. Sihat semacam... Lain anak lain bawaannya kan kan.

Ke sebab haku kandungkan lain jantina? Hahahahaa boleh lak soklan ini yang muncul. Sah-sah la lain gender kan. Adik baby is Boy. Kakak kan girl. Apa la ibu ni. Dulu suka sangat makan manis-manis minum manis-manis. Sekarang suka yang masin-masin ja. Macam rak caya tapi percaya la... lauk wajib haku bila makan nasi sekarang ini adalah ikan masin atau telur masin. Janji masin haku no hal. Boleh makan nasi kosong ja.

Yang pasti kali ini haku lebih cool berbanding dulu. Dulu haku mudah naik angin. Sampai bos haku pon takut. Hahahaa. Dan akibatnya kakak is garang orangnya. Mengandung kali ini haku pandai cover marah tu. Pandai la control perasaan sikit. Membuatkan haku lebih tenang. Ciss... hahahhaaa

Haku dulikkan hal orang lain. Sebenarnya haku malas nak ambil tahu hal orang la kan. Nak buat apa pun. Sebab banyak lagi hal-hal sendiri nak diuruskan. Iye idak kan. Hahahaaa ok dah merepek.

Sabtu baru ni g kenduri akikah adik yaya. Yaya ni bukan la yaya bff kakak kat school rumah a.k.a taska tu. Tapi yaya bff kat school elmo. Dengan keadaan kakak yang kurang sihat kami singgah sekejap ja lepas gi klinik ambil Neb. Hari sabtu tu la kakak duk melepek a.k.a melekat ja dengan ibu. Tapi sorry la kak ya.. ibu tak laray nak dukung awak. Abah lak kena petang. Sobsss sian anak ibu.

Ahad haku kelas. Yeay last seminar. Ehhh tak yah nak yeay sangta la ye... jadual exam dah keluar. So get ready je la. Kakak masih demam, batuk, selsema. Tapi dah kurang sikit abah kata. Tapi ada ke patut abah lupa kakak ada kelas elmo. Aduhai abahhhh. Asik la main game kat hp. Grrrrr geram sey. Sian kakak. Budak tu semangat kuat tau. Demam tak larat bangun pun masih bersemangat nak gi class elmo.

Petang ahad tu haku pun bersemangat sikit sebab kakak dah sihat. So haku terjain la kemas baju bajan yang bersepah-sepah macam rumah bujang tu. Hahahhaaa yeay dah berkemas sikiy rumah haku weyyy... kalau tak dah macam reban ayam. Kehkehkehh

Ok bye...

2 comments:

  1. Macam aku pun aku rasa macam berbeza sikit kali ni. Time Raina dulu aku taka da mabuk2 pun. relaks je. masa tu macam cergas semacam kuat jalan kuat makan. maklumlah tak ada mabuk masa tu.

    tapi kali ni mabuk,loya,pening,muntah tu memang lain sangat. sampai aku pun mcm tak percaya aku mabuk macam ni teruk.

    tapi kan selera makan aku lebih kurang je masa raina aku suka makan masam macam tom yam tapi aku tak suka jeruk ke apa tapi suka tom yam. pastu time raina aku suka makan manis jugak donut yang manis tu, biskut coklat, coklat dan aku suka western food. kali ni pun aku tgk selera aku lebih kurang sama aku suka tom yam, suka makan donut big apple, mkn western food.

    orang cakap baby girl mesti suka makan manis2. tapi time raina aku bedal suka masam dan manis.

    aku pun tak buat detail scan lagi so aku pun tak tahu gender girl ke boy.

    tapi aku sekarnag tengah stress sebab jerawat aku makin menjadi2 kat muka. simptom ni sama macam time raina dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la... kes ko memang pelik. tapi lain orang lain pembawakan nya kan... g ahh scan cepat... hahahaha haku lak tak sabar

      Delete