As salam..
Lama rupanya tak menulis disini. Sejak-sejak WhatsApp bermaharajalela... sejak-sejak Twitter berleluasa sejak-sejak Instagram bertahta.... makin terabai medium sosial yang satu ini...
Sebenarnya kalau TEGAR sangat tak la rasa macam terabai sangat. ini sebab tidak la seTEGAR orang lain, maka terabai lah Blog ini.. sobss sedih
Pejam celik pejam celik haku dah bawa perot ni 34minggu. nak mudah paham 8bulan setengah. ohoooo semakin hampir kan... masa kakak, haku relax ja sebab memang tak tahu apa-apa.. haku redah ja. Tapi kali ini haku harap adik nak keluar awal. Haku berharap sangat-sangat dan sangat.
Kenapa apa haku nak bersalin awal?
Sebab haku nak VBAC (vaginal birth after caesarean section) nak sangat-sangat. Semoga Allah dengar permintaan haku. Ameen...
Persiapan kali ini tak se 'over' anak sulung. hehehe sorry ye adik. Bab pakaian kamu pakai la apa yang ada... pink purple pakai ja dulu ya. Nanti lepas ja habis pantang... bila mana kamu dah besar... dan kita boleh gi jalan-jalan baru ibu belikan adik baju BARU...
Cuma yang perlu dibeli diapers, mandian dan botol ja la kan... minggu ni ibu g services pump dulu. Later baru beli barang-barang tu.
Alhamdulillah Allah tunaikan permintaan kami suami isteri... kurniaan terindah bila dapat tahu haku kandungkan adik baby boy kali ini. Syukur padaMU ya Allah. Walaupun haku lalui orang kata mabuk diawal-awal mengandung dulu, tapi tidak la seteruk rakan-rakan haku yang lain. Tapi yang menjadi masalah besar sepanjang pregnant kali ini adalah KEPUTIHAN yang over teruk. sampai hilang daya nak cuba macam-macam petua atau ubat klinik.
So terpaksa la pasrah... doakan adik baby selamat je la kan.
Eh.. khamis dah rupanya ya... wahhhhh best2... esok last day keja... tak yah keja.. rehat? ohoo tak da makna rehat la on weekend kan kan kan...
beribu2 taniya.. semoga selamat sampai melahirkan.
ReplyDeleteni blog baru haku..yg lama ko x yah follow la ehh... x aktif pun situ.. huhuhu
mekasih ameen kak
Deletebaikkkk bukan ke aritu dah baru ini ada lagi baru ke?
insyaAllah.. kalau kita selalu dekat padaNya.. dia sentiasa mendengar permintaan kita.. Semoga selamat bersalin eh ibu.. jgn garam2 dgn kakak.. hehehe..
ReplyDelete