Thursday, August 28, 2014

Majlis Sambutan Hari Raya Office


Alkisah nak jadi cerita...

Sejak haku dicampakkan ke bahagian HRQ (Human Resource & Quality) ni asik-asik la nama haku jadi segala tok nenek TUKANG a.k.a AJK... bab makan bab daftar bab melawat bab kursus bab kebajikan bab sijil.. homaiiiiiiiiiiii dan macam-macam lagi

Dan yang paling WIN adalah bab makan.. sebab haku Maha suka sangat makan. ahaks... Walaupun korang tengok ja haku ni kurus keding tak ada lemak.. tapi lemak-lemak haku semua haku dah transfer ke beloved suamiku dah anakku si Haziq... hahahhaaah maafkan ibu yeee

Akibat suka sangat makan... ghairah sangat makan... kena la uruskan bab makan-makan ini setiap detik setiap masa dan ketika. WOW....

Setelah meeting dating wasap bagai antara AJK makan tu... Majlis dijadikan nyata itu pada 21 ogos 2014, hari khamis. Seperti biasa haku dah macam mak pengantin. Hahahaha... sape pon tak pedulik ye dak...
Budget Stesen ciput, jadi macam tahun-tahun sudah.. potluck juga la antara seksyen. Korang ingat Blogger ja yang buat potluck??? Office haku pon ada daaaa.

Department haku tahun ni kena sediakan desert. So kami ambil keputusan buat ABC dan Cendol pulut saja. Dan semua orang teruja sampai haku pon tak lalu makan. hahahaha kalang kelibut tak cukup tangan nak layan wey.. siap beratuq panjang. Dalam kekalutan itu haku tak sempat nak snap gambar. yang ada pon gambar ehsan dari group wasap. TQ TQ TQ...

Disebabkan masih dalam tempoh pantang berkabung....so tak adalah meriah sangat. so-so saja. Pon boleh la janji MAKAN...

Tahun ini Satay Grill

Department HRQ
Pembantu... happy

Haku, Bos, kak Erma
 Walaupun berkabung.. senyuman perlu ada ye dak...

dah bye... nak gi meeting lagi... sekarang APTB pagi petang meeting saja..




Wednesday, August 27, 2014

KEMPEN KESEDARAN KESELAMATAN ELEKTRIK TNB, PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA


Bukan main panjang lagi tajuk post arini ya.

ya ini la dia Kempen Kesedaran Keselamatan Eleketrik (KKKE) yang dianjurkan oleh pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB), ye majikan kesayangan haku. Tiap tahun muka haku gak la yang wakilkan office ke KKKE macam tahun-tahun sudah. Seperti yang korang tahu, haku memang suka bersosial gini. ahaksss.

Tahun ini di Sekolah Menengah Presint 14(1), Putrajaya terpilih. Dianjurkan oleh TNB Bahagian Penghantaran. Kami di Bahagian Penjanaan seperti biasa akan menguruskan hal-hal berkaitan pendaftaran dan booth pameran  "turbine". Tu yang minggu lepas kalut kehulu kehilir haku ni...

Sapa ja yang terlibat? 10buah sekolah menengah sekitar Putrajaya. Satu sekolah hantar wakil seramai 20orang pelajar dan 2orang cikgu. Hah korang kira la sendiri berapa ramai kami kena handle...

kena sambut dengan senyuman lebar
 Penyambut tamu, jaga meja daftar kena la senyum lebih. Walaupun masa tu perot lapar sangat. huhuhuuu


Ketibaan VVIP

Ini la booth kami Bahagian Penjanaan, TNB

booth Bahagian Pembahagian, TNB... ala kedai tenaga tu

booth UNITEN

booth Penghantaran, TNB

Koir

Our beloved GM

aktiviti

aktiviti



tuan blog. hahahahaa


tak muat camera
Lepas bergambar.... lunch sesiap. Kemas-kemas then balik..
Hahahahaaa penat tapi yang penting HAVE FUN..
Tahun depan jumpa lagi.

dah bye.. nak gi meeting pulop...

As Salam


Tuesday, August 26, 2014

Sambutan Hari Raya Taska TNBR

Ini kisah 08.08.2014

ohooo ampun la perap lama sangat.
Taska Faqihah dan taska Haziq BERGABUNG.... hah tu dia ayat. hahahaha
ateeerrr owner taska depa sama walaupun lokasi berbeza.

Tahun ini pakaikan Faqihah baju raya hijau... sekali TER sama pulak dengan BFF dia yang sorang tu... sapa ke nama.. erm..Hafiy hah Hafiy la nama dia. Dah bagai pinang dibelah belah gaya nya.

Cikgu dan Mummy yaya wasap gambar ni.

Rakan sebilik .3 dara pingitan
Yaya, Qila, Faqihah dan Hafiy

tengok tu pegang tangan tak lepas OK


pitam ibu tengok gambar ni kak...... kecit-kecit dah pandai ye.... ibu soh gi school belajar.. awak belajar berpacaran yaaaa...

Gambar adik tak ada sebab adik tak pakai baju raya. hahahaa sian haziq


Monday, August 25, 2014

Raya


Hiiii..
eh As Salam.... bukan main penuh jadual kerja haku minggu lepas sampai tak sempat nak update kisah dua minggu lepas.

16 ogos 2014 aritu patut nya nak gath kat rumah Ena... then ke rumah N. Tapi Nazif tak sihat, so terus la lepaking Raya di rumah N..

Menu Nasi Ayam TERBAEEKKK

Kekasih hati

Buah hati

Makan tanpa hirau lensa kamera...hahaha

Lepas dah makan kenyang-kenyang.... aktiviti biasa



Line up belakang:  Ana, Fad, Julee, Zaza, Mar, Miera
Depan : N, Marshy, Hany dan anak2


Terima kasih daun keladi tuan rumah N.... sedap nasi ayam air tangan ko tau.

Tak sempat nak tunggu lagi 3-4orang yang belum sampai.. haku kalut nak balik cepat sebab incik somi kerja jam 4. Apa lagi kalut-kalut ah... lepas hantar somi gi kerja, Faqihah request nak gi taman.. ermmmmmm.. OK la kak.. Ibu bawak g AEON ja ya...

manusia paling gumbira

my Hero
huhuhu..... letih bukan main kalau keluar bertiga tauuuu.. tapi Ibu kena kuat kan kan kan.... abah g work.. nak bagi anak2 happy.. kena la buat2 kuat ya ibu.




Friday, August 22, 2014

Al Fatihah



Al Fatihah untuk mereka






Tuesday, August 19, 2014

Lapangkan hatiKU





Dear Amera Faqihah binti Mohamad Faiz,

Ibu sayang awak seluruh jiwa raga ibu. Maafkan ibu ya kakak... Ibu tak sengaja. Semoga awak membesar dengan kasih sayang ibu, abah dan adik2 ya.









Wednesday, August 13, 2014

WW Raya Blogger


Riang Ria Raya Blogger UB

Tarikh : 09 Ogos 2014
Lokasi : Rumah Blogger Zaza

Marziey,Zaza, Nadera, Ena, Nurul, Reen
AnaLyana, Hany, Ann, Mid

yang x sempat masuk dalam gambar : Miera & MarQaseh

haku berharap sangat agar persahabatan kita hingga hujung nyawa... Sayang korang.

Monday, August 11, 2014

Selamat Hari Raya 1435H

As Salam...
uhuuu dah 15 syawal rupanya...
Alhamdulillah... dapat sekali lagi haku berpuasa penuh tahun ini.

Persiapan raya tahun ini ala kadar kerana raya TERKEJUT. hahahaha..
tak apa la asalkan ada ye dak.
Alhamdulillah tertunai jugak la azam tahun ini walaupun tak 100%.
Azam haku tahun ini nak masak untuk berbuka puasa. Happy sangat OK.

Dan yang best sangat lagi adalah baju2 raya anak2 ibu yang jahit sendiri... wehuuuu

Sedondon. maaf la Haziq eh... tahun depan lebih proper sikit deh

Kami beraya di kampung abah tahun ni. Seminggu awal kami balik sebab raya ke-2 abah dah kena kerja.

Raya 2014

Selamat Hari Raya
baju Faqihah dan Haziq ja ibu sempat jahit. baju ibu g beli kat SBU. baju abah tahun lepas2 punya. hahahah


"Tok Ki saya cakap saya mualaf dari Korea" Haziq cakap dalam hati

my handsome boy : Mohamad Haziq

Again.... Selamat Hari Raya kepada semua kenalan yang dekat mahu pun yang jauh. Maafkan la salah silap saya yang kerdil ini. halalkan segala makan minum saya.
In Sha Allah berjumpa lagi Ramadhan tahun hadapan