Thursday, October 30, 2014

Hari Graduasi Taska TNBR 2014



Alhamdulillah syukur.

Pejam celik, pejam celik anak-anak membesar. Ibu Abah makin bertambah usia juga. Dah 4tahun anak ibu sekarang. Tahun depan bermula la kisah alam persekolahan pula. Amera Faqihah seorang anak yang manja. Dah ada adik pun masih nak manja lagi. Selalu sangat kena marah dengan ibu... tapi jauh dilubuk hati ibu... Ibu sayang kakak tau

Hari ini 30 Oktober 2014, Faqihah terima sijil. Habis tempoh duduk di taska pon sekarang dah ada hari graduasi tau. Dulu-dulu haku rasa majlis seperti ini lepas habis Tadika KEMAS. Zaman dah berubah, semakin maju.

Bersiap sedia la kita sebagai Ibu ayah nak corakkan anak-anak kita. Cabaran makin banyak, Harap haku sebagai Ibu mampu nak corak anak-anak. In sha Allah

Sedikit kenangan pagi tadi sebelum hujan lebat *nangis dalam dewan masa ibu nak tinggalkan dia pergi kerja tadi. Dalam keterpaksaan juga ibu tinggalkan kakak tadi sebab ibu kena masuk meeting. Maaf ya kak.


senyum lebar sebab nampak ibu datang

Persembahan bersama rakan-rakan

Amera Faqihah Binti Mohamad Faiz
kiri: Aqila, tengah: Yaya, kanan: Amera


Tahniah, Kakak dah besar

Ibu sayang kakak
segulung sijil TASKA
 hehehe... OK lagi 2tahun konvo lagi ya sebelum melangkah ke alam Sekolah Rendah



Wednesday, October 29, 2014

Kualiti vs Kuantiti


Bismilah
Mari buka DAIRI.. kikiki

Banyak hoi hal nak coret tapi tidak la berkesempatan. Bila sempat internet maha siput. ahaks. Jadi bertabah la. Jika diberi peluang haku taip je ya.

Bulan ni gaji awal sebab Deepavali.. 16hb gaji dah masuk, macam biasa la dah bayar sana-sini. Balik kampung bagai.. tup-tup ehhh poket kering. ahaksss

Saja-saja cakap kat group whatApp, nak beli pasta untuk Haziq harga RM5 pun haku berpikir-pikir nak beli ke idak... terus dapat 2-3orang kawan berkualiti PM whatApp. Tu dia laju ja korang ni. Hehehe.. Terima Kasih atas keperihatinan korang. SIMPAN ok untuk korang.

Haku bukan mahu balasan atas apa yang haku hulurkan dan bantu dulu-dulu. Haku ikhlas. Ini la haku bangga ada kawan-kawan gini.

TERIMA KASIH korang...

*gambar dibawah hanya selingan hahaha

Dah besar anak sulung ibu ni Amera Faqihah

Haziq

Wednesday, October 01, 2014

Family Gathering @ Restoran Makanan Arab Zam Zam, Shah Alam


Al-kisah lepas holiday tak hinggat dunia tu kami bergathering pula.

Masa kat penang hari tu abah panggil haku.
"Along, nanti sebelum abah balik johor, abah ingat nak kumpulkan korang adik beradik" 
haku hanya mampu hangguk kan kepala ja. Bilang OK saja. Kasi time dan tempat sahaja. In Sha Allah jika tiada halangan rintangan pasti sampai.

Selasa 16September2014, Hari Malaysia. Kami berkumpul. Abah belanja anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu makan Nasi Arab hoiii... yang haku perasan menjadi kegemaran mak abah sekarang ni.

Kepada yang tahu kisah haku dan keluarga, ini haku kenalkan mak, abah dan adik-adik haku.

Kami
 
atas kiri : mak + abah + anak bujang (adik no.5 + 6) + opah
atas kanan : mak + abah + siti (adik no.4)
bawah kiri: mak + abah + nisah (adik no.2)
bawah kanan: mak + abah + haku (sapa tak kenal haku merajuk)

tu hah konon nak buat macam orang lain.. sekali silap susun. hahaha
hahaha pon boleh la.
2014: Siti - Nisa - Hany
1998: Hany - Nisa - Siti

si pancasitara....

Makanan kat restoran tu boleh la. Bagi haku lagi suka Nasi Arab kat uniten ja. ahaksss
Sesapa nak cuba nak ini alamat:

Restoran Zam Zam
1, Jalan Tengku Kompleks Oasis 9,
Ampaun Zabedah G/G, Seksyen 9,
40100, Shah Alam, Selangor