Hany jarang a.k.a tak pernah bernazar kot.
Tapi lepas nikah terbuka hati nak bernazar (Puasa seminggu) jika peroleh Baby. lepas ja bernazar tu Alhamdulillah diberi kurniaan Besar itu..
YES!!!! Pregnant . Alhamdulillah. syukur sangat-sangat.
Kini setelah baby ibu ni umur 2tahun baru Ibu berkesempatan nak bayar nazar itu. Alhamdulillah.. hari ini hari ke-dua. semoga ibu tabah, kuat & sihat untuk membayar Nazar itu. amin.
Nazar ialah janji manusia kepada Allah kerana menghargai
nikmat yang diterima atau mendapat hajat yang dicita. Janji tersebut
wajib ditunaikan.
Nazar mewajibkan atas diri sendiri untuk melakukan sesuatu ibadah untuk Allah yang asal hukumnya tidak wajib. Firman Allah dalam Surah al-Haj ayat 29 : "Kemudian hendaklah mereka membersihkan dirinya dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazarnya, dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu."
Ia wajib ditunaikan tanpa bertangguh jika mampu melakukannya. Jika berlaku keuzuran ia masih lagi tergantung kewajipannya sehingga ia menunaikan nazarnya itu. Amalan yang perlu dilakukan oleh seseorang berpandukan suruhan Allah S.W.T dalam al-Quran apabila gagal menunaikan nazarnya kepada Allah, firman dalam Surah al-Maidah ayat 89 yang bermaksud: "Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah oleh-Nya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh.
Maka bayaran dendanya adalah memberi makan sepuluh orang miskin daripada jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu, atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba.
Sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah. Dan jagalah - peliharalah sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (hukum-hukum agama-Nya) supaya kamu bersyukur."

No comments:
Post a Comment