Thursday, September 27, 2012

Kegilaan Shawl

apakan kegilaan ini?
hahahaaaaaaaaa wakahkahaaa..
ini semua terpengaruh dek Nurul Jamian aduhai la kawan-kawan.
hik harap-harap tak terperok ja dalam lemari bak kata Ann.
harap-harap sangat dan sangat. sebab segala tudung haku dah duduk bersepah-sepah.

Dulu giler sangat kat bawal. bila dah keluar design awning, abis semua bawal haku sedekahkan..
lepas ni nampaknya harus sedekahkan yang ada awning tu pulak. sebab haku ni cukup pemalas nak cuci tudung pakai tangan. semua pun haku taruk dalam mesin basuh. hahahaha apa guna ada mesin basuh kan kalo semua pun nak cuci guna tangan. huhh giler malas.

Nasib masa kawan-kawan gilakan Fareeda, iman haku tak tergugat. dah la mahal kan...cantik memang la cantik. berlayer-layer gitu.. warna terang-terang gitu.. mabeles beb. tapi SERU itu tak sampai. tapi bila Shawl yang nampak macam boleh menutup aurat sikit ni haku TERpaku... OOOOOO harus jugak memilikinya tu... zassssssssss berhelai-helai haku borong.. hik..



harap bila haku pakai akan sesuai ngan bentuk muka haku ni..
Ameen

Thursday, September 20, 2012

Bercerai susu

Bercerai susu a.k.a wean off.
Susah betul rasanya nak wean off kan Faqihah. Dah macam-macam cara ibu guna nak wean off awak tau. Kadang tu sampai dah give up. Jadi bila Faqihah nak "nyek"(BF) ibu suakan ja. Malas nak layan renggekkan dia. Tapi bila sampai tahap dah tak tahan kena gigit, ibu terpaksa gagahkan juga cari cara nak wean off. Hampir 2bulan baru berjaya akhirnya.

Cara pertama adalah tidur asing. Biarkan Faqihah tidur dengan abah dia. Abah malas nak layan. Jadi henjutkan Faqihah dalam buaian ja. Janji tido asing la kan. Tapi tak berjaya juga sebab abah kerja shift. Kalo kerja pagi atau malam ok lagi. Tiba turn abah keja petang, dah sah-sah Faqihah kena tidur dengan ibu juga. So GAGAL.

Cara kedua ada ibu sapukan madu. Kenapa madu? Sebab ibu tahu Faqihah tak suka madu. Tapi awak tetap nyek juga. Awak lap pastu awak nyek dengan selamba. Hoh... GAGAL lagi misi ibu.

Seminggu dua lepas tu ibu bancuh kopi pekat dan sapukan juga. Kejadian yang sama berlaku juga. Sebab Faqihah dah pandai lap sampai bersih. Ermmm again! GAGAL.

Segala benda ibu sapukan. Sirap pun pernah. Tapi itu budak lebih cerdik daripada ibunya. Ahakssss. Nak wat guane ye dak?

Ibu terpikir-pikir kalau semua benda pun tak menjadi, ibu terpaksa beli jadam. Orang-orang bilang jadam berkesan untuk bercerai susu. Tapi ibu macam tak sampai hati sebab orang bilang jadam itu maha pahit. Sian la ke Faqihah nanti. Hohooo tapi kesian lagi nyek haku sakit bila kena gigit drk Faqihah sampai berdarah ok.

Last 3weeks dapat satu lagi benda nak sapukan kat nyek tu. Ini semua idea haku dapat daripada sha kat twitter. Asam jawa! Ya...... Asam jawa yang buat masak tu. Terus ibu sapukan asam jawa adabi yang pekat likat tanpa biji tu. Dalam kegelapan bilik Faqihah tak nampak pun apa yang ubu letak kat nyek. Sekali ngapppp..... "Ibuuuuu..... yah tak mo dah nyek ibu. Masam" sebab dia dah lap-lap pun masih berbaki kemasaman asam jawa adabi tu.

ALHAMDULILLAH........
Maka dengan ini Faqihah dah wean off. Dah hampir 2minggu OK!!!. Syukran.

Opssssss tapi tak boleh happy lagi. Sebab ada pulak tebiat baru pulak. Dok la tangan tu asyik nak menggentel nyek ibu. Aduhai....

Hahahaaaa lepas ni kena cari pulak petua untuk Faqihah tidak menggentel. Ahik... Hai anak hai anak. Macam-macam ragam

Hari ini

Assalamualaikum..... Ada sesiapa di dalam?
Hahaaaa berhabuk lagi blog haku ni. Kehkehkeh. Ampunkan kami penunggu blog. Hari dapat mc sebab dah start sakit mata beb. Hazab rasanya. Tapi tak apa. Sakit itu kan penghapus dosa-dosa kecit. Alhamdulillah sebab Hany terpilih.

Bila duduk rumah sensorang harus lah dipenuhi waktu-waktu berharga ini dengan mengemas kapal karam yang satu ini. Tapi belum datang seru lagi. Mungkin petang-petang sikit sebelum jam 5 kot. Sebab nanti bila Faqihah dengan abahnya dah balik, kompom-kompom la terganggu sikit.

Harap-harap dengan mc 2hari ni haku boleh siapkan assignment ngan paperwork yang WAJIB dihantar ahad ni bersamaan 23 september 2012. Sebab itu dah last kelas. 01 oktober 2012 dah start Final Exam pulak. Hohooo... Semoga sakit mata ini tidak menggangu haku nak siapkan semua tu. Chayokkk.

Tuesday, September 04, 2012

hariku telah dipenuhi

hahahahha hehehehe membuatkan hari-hari yang haku lalui macam indah je. walhal haku rindu kat Amera Faqihah yang kena tinggal kat rumah MIL. semua perasaan rindu haku hilang dek gelagat kawan-kawan. itu untungnya ada kawan. ramai kawan. ramai kenalan.
mula-mula dulu haku start pandai bersosial dengan Multiply. ala-ala blogsport jugak la... sebab masa tu haku aktif outdoor. panjat gunung sana-sini. dok la simpan dalam tu. lepas tu kawin, haku sign in blogspot. lepas tu mula belajar Facebook pulak. lepas tu dah reti nak berTweet-tweet pulak... ooohooo macam-macam perubahan zaman IT sekarang.. lepas ni tak tahu apa pulak la.

sejak-sejak dah ada hp baru. lebih besar daripada yang dulu. ada internet bagai.. haku dah rajin mengikut cerita-cerita sensasi kawan-kawan blogger kat tweet. tapi pelik haku macam mana depa ada masa nak pegang hp sentiasa. yang ada anak 2-3 pun masih ada masa nak update blog, nak update status kat FB mahupun twitter. ermm.. ke haku yang tak normal? hhahaha pelik

hari ini bos x masuk keja. so agak lega sikit, boleh buat menda lain... specially assignmnet. yeeeee ahad ni ada kelas wokeh... banyak lagi lom siap. macam nak mc je khamis jumaat nanti. nak siapkan assignment yang melambak itu.

make my day tau.. hari ni kawan-kawan blog citer a.k.a gaduh a.k.a bertekak sebab KEPALA IKAN KELI. lawak tau.. buatkan haku tersenggih-senggih kat opis. nasib la sorang-sorang kat department ni.. kalo oppismate ada. sure die kata haku giler.. hahahhahaha

ermmm.. dalam keriuhan itu hati haku rindu kat Faqihah.. tapi bak kata Na. haku kena kuat. ye lah kan. Faqihah dah besar, harus la wean-off.. maafkan ibu yaa sayang. tapi ini adalah masa nya ibu ngan abah boleh dating berdua.. ermmm.. mlm ni nak dating, tp tak tau ke mana. haku ngikutkan je.. layan....