Saturday, February 23, 2013

1st Gath UB in 2013

As salam...
Hahahahaaa hari yang letih lagi..
Alhamdulillah... akhirnya siap gak tshirt UB setelah kalut2 haku ngan assignment yang tak siap2. Dengan Faqihah masuk wad lagi. Benar2 mencabar keupayaan haku wey... nasib la haku ni perkasa... ahaksss masuk bakul angkat sendiri je nampak...

Ini gath tercetus seminggu yang lepas oleh Nano kontan. Kami di sini hanya mahu menyambut orang jauh ja.. last2 Na tak dapat datang... atas hal2 peribadi. Tapi tak pe.. lain kali boleh gath lagi kan...  boleh makan2 lagi. Haku suka bab makan2 ni... haku sukarela boleh jadi AJK. Ahik.... tak padan dengan badan kan kan kan... hahaha lantak la kan. Apa haku pedulik, janji haku happy... wehuuuu

Kali ni hanya kami ber-6 yang dapat join. Hany, Fad, Jue, Nadeera, Ana Lyana ngan Mardiah. Tak pe lah... janji boleh datang lepak2 borak2. Yang paling penting anak2 happy terlebih.

Lokasi gath ni kami set kat Pantai Pullman. Walaupon sekangkang kera ja tapi best... janji boleh jumpa pasir kat tengah2 bandar Putrajaya ni. Menu petang tadi : bihun goreng by me. Sandwich by Ana Lyana.  Roti jala + kuah kari by Nadeera. Nugget by Mardiah. Mineral water + kopok ikan by Jue. Air kotak sedap by Fad.

Sampai borak2.. makan2... mandi2... main pasir... pastu hujan turun. Kalut haku tapau makanan. Ateee AJK makanan.. ahahahaa... sorry to Dira... sebab tak perasan mu tak dapat kopok ikan... hik... nasib sempat ambik gambo kan.. hik. Ni ja dulu. Nanti haku citer lagi...

4 comments: