Thursday, October 27, 2011

UB Gathering Laga-Laga Pipi @ Critterland

As Salam....

SELAMAT DEEPAVALI....
syok kan coti umum semalam. Best sangat-sangat sebab dapat jumpa kawan-kawan Ukhwah Blogger a.k.a UB. Thanks to Hubby bawak Ibu ngan Faqihah g enjoy2 ngan geng2. best2... jumpa geng blogger yang dah pernah jumpa Fad , Ena , Jue , Dayu jumpa blogger yang tak pernah jumpa pon... Fasya , Ann, ummu sofiya , Naa , Ainul , Mar , Elly dan beberapa org lagi yang daku tak berapa kenal sgt... maap ya.

pagi2 Ibu bgn agak bersemangat sikit sebab nak jumpa geng2 on9 ni.. syiok.. langsung terus call abah yang baru habis kerja mlm tu soh gi beli pembalut hadiah. ya lah kan sebab kalo nak g event cegini musti ada ganjarannya ya idak.. then tak mahu letih2kan badan... kita breakfast mini murtabak yang frozen ja... senang + serdap + cepat. lepas balut hadiah yang tak seberapa tu terus mandi2kan Faqihah... sementara abah g lelap sekejap. terus SMS penganjur... soh tunggu kami.. sebab kami lewat.. ampun ek.

sampai tempat kejadian lebih kurang jam 11am... sedang2 elok ja... terus ja register bagai la kan. hapa lagi bukan maen laju ja Faqihah nak terkam sumer permainan kat situ.. teruja la katakan.. Ibu lak teruja jumpa mommy blogger laen.. abah lah terpaksa layan Faqihah ya.. tQ B. borak2.. then tukar2 hadiah bagai... mcm xtvt wajib lak kalo gath kan. best2... Ibu dpt hadiah drp Mar.. thanks. Jum layan gambo je lah..




gambo selebihnya kat layan kat FB ja lah eh

Friday, October 21, 2011

Gula Halus vs Gula Kastor

Cerita pasal gula ni timbul sebab Ibu nak beli gula. tapi bila sampai kedai Ibu jadi confuse pulak nak beli gula halus ke gula kastor.. so sudahnya tak beli.. hahaha.. last weekend nak buat roti, baru perasan takde gula halus/kastor dah..yg ada gula pasir.. so terpaksa la blend sendiri.. anyway.... gula kastor lebih halus compared to gula halus... (source: http://sugarlabinta.com/about.php)

Gula halus (fine granulated sugar)
Gula halus jenis ini bewarna putih dan sesuai untuk membuat kek kerana butir-butir gulanya yang halus mudah cair apabila dipukul bersama mentega ataupun dipukul bersama telur.


Gula kastor (castor sugar)
Gula ini bewarna putih dan ianya pilihan yang paling ideal untuk membuat kek, biskut, pastri, roti dan lain-lain. Butir-butir gulanya lebih halus dari gula halus dan ia mudah cair apabila dipukul bersama mentega atau telur. Sekiranya gula ini tiada , boleh gunakan gula halus.

Lepas ni harap2 roti ke bingka ke kek ke.. yg memerlukan gula kastor ku menjadi & lebih enak rasanya.. acehhhh hik

Thursday, October 20, 2011

Tanda-tanda si Kecil Autis

As Salam.. happy thusday.. esok dah jumaat yahuuuuu syiok nyer... pg ni waktu sarapan pagi td ada la officemate Ibu tanya tentang AUTISME ni ada tak gejala @ ciri-ciri itu kat Faqihah dari kecil. kerana ditakuti anak beliau ada tanda-tanda tersebut. Setahu Ibu ada la sikit-sikit dulu Faqihah gitu.. tapi sekarang nampak macam ok ja.. pernah juga tanya kat Pakar An Nur, Doc kat is it NORMAL. then Ibu google la info tentang AUTISME ni nak share ngan korang.



Gelaja autisme pada anak ternyata boleh terjadi sejak awal. Hanya saja anda harus peka dengan tanda-tanda yang ditunjukan anak anda. Berikut beberapa tanda kemungkinan anak anda autis:

Usia 2 - 3 bulan
Diusia ini mestinya anak sudah boleh melakukan eye contact dengan orang yang ada dihadapannya. Waspalah anak anda jika pada usia ini cenderung tidak melakukan eye contact dengan orang lain terutama ibunya.

Usia 3 bulan
Pada usia 3 bulan seharusnya anak sudah bisa merespon anda dan suara anda, paling tidak dengan sedikit tersenyum. Anda harus wapada jika ternyata si kecil cenderung cuek dan tanpa reaksi dengan anda dan suara anda.

Usia 6 bulan
Di usia ini biasanya anak sudah boleh diajak bergurau dan tertawa. Jika anak anda takut bahkan tidak tertawa dan tidak memperlihatkan ekspresi senang diwajahnya saat berinteraksi, waspadalah gejala ini sebagai gejala autisme.

Usia 8 bulan
Di usia ini biasanya rasa ingin tahu anak sedang tinggi, ia akan ikut menoleh kearah dimana anda mengalihakan pandangan dari dirinya ke tempat lain. Jika hal tersebut tidak terjadi pada anak anda secara berulang-ulang, ada kemungkinan anak anda menapakan gejala-gejala autisme.

Usia 9 bulan
Saat sikecil memasuki usia 9 bulan, biasanya mereka sudah mampu berceloteh dengan kata-kata sederhana, atau paling tidak bergumam tak jelas. Jika pada usia ini anak anda lebih pasif dan enggan berceloteh, waspada sebagai gejala autisme.

Usia 12 bulan

  • Anak usia 12 bulan sudah mulai memiliki pengenalan akan dirinya, terutama namanya. Ia akan menoleh saat anda atau orang lain memanggil namanya. Jika anak anda tidak menoleh atau malah takut jika ada yang memanggilnya waspadai kemungkinan anak autisme.
  • Di usia ini, anak seharusnya sudah bisa meniru bahagian depan atau belakang ucapan orang lain, jika ia hanya diam bahkan tidak memberi respon dengan lawan bicaranya, waspada.
  • Anak usia setahun sudah mulai boleh diajak melambaikan tangan. waspadai pertanda autisme jika anak anda tidak peduli dengan ajakan anda melambaikan tangan, dan malah asik dengan aktifitasnya sendiri.
  • Anak usia setahun akan melihat ke arah yang anda tunjuk. Hal tersebut menunjukan perhatiannya pada lingkungan sekitarnya. Jika anak anda cuek dan tak peduli dengan sekitarnya, waspadai tanda-tanda autisme.

Usia 16 bulan
Anak usia ini mestinya sudah mulai berbicara sepatah dua patah kata. Jika anak anda masih enggan bicara, dan malah tidak peduli dengan orang lain yang mengajaknya berbicara, waspadai sebagai salah satu gejala autisme.

Usia 18 bulan
Anak 18 bulan akan menggunakan jarinya untuk menunjuk sesuatu yang menarik perhatiannya. Hal tersebut menandakan sikecil sudah memiliki keinginan untuk mengkomunikasikan keinginannya, dan mencuba berinteraksi dengan orang lain. sementara anak autis cenderung enggan berkomunikasi dengan orang lain untuk mengutarakan keinginannya.

Usia 24 bulan
Anak usia 24 bulan sudah mulai mampu menyebutkan satu atau dua kalimat dengan jelas dan teratur. Yang menandakan anak anda sudah siap diajak berkomunikasi dengan anda dan orang disekitarnya. waspadai jika anak anda cenderung sibuk dengan dunianya sendiri dan enggan berkomunikasi atau malah cenderung takut dengan anda dan orang-orang disekitarnya.

Jika keadaan fizikal anak terutama telinga dan mata terbukti normal, namun menunjukan tanda-tanda autisme diatas, jangan panik. Segera konsultasi ke doktor ahli terapi autisme atau psikiater anak, agar anak memperoleh sesi terapi yang membantu membuatnya terarah. Yang harus anda ingat autisme bukanlah penyakit, jangan pernah menganggap anak anda pesakitan hanya karena ia mengalami autisme. Sedikit perhatian dan penanganan dari ahlinya dapat membantu membuatnya lebih peka dengan keadaan sekitarnya, terutama dengan anda.

(source: sini )


ada lagi ni

Benci perubahan / Hate changes
Mereka ini tak sukakan kelainan. Kalau boleh nak guna cara biasa yang selalu mereka buat. Contoh nak makan hanya guna pingan or sudu /garfu yang sama.

Talks over and over about the same thing
Contoh: Nak teddy bear nak teddy bear!
Cakap berulang-ulang kali benda yang sama je.

Doesnt play with others
Golongan ni memang tak tahu nak bersosial. mean sosial is bergaul dengan orang sekeliling. Tak nak bermain dengan rakan sebaya yang lain.

Shows needs by using an adult's hand
Yang ni pun memang jelas. Kalau nak sesuatu benda contoh aiskrim ke ape ke mereka akan menggunakan tangan orang dewasa tunjuk keinginan. Tak berani nak tunjuk dengan tangan sendiri.

Enjoys spinning things
Mereka suka memutar objek

Joins group only if adult insists and assists
Mereka ni kalau tak disuruh, didesak dan dibantu memang tak akan bergaul dengan sebaya mereka.

One side converse
Perbualan satu pihak sahaja. That's why golongan ni suka bercakap sorang-sorang.

Doesnt show interest


Repeats thing
Suka mengulangi sesuatu perbuatan

Does thing like flapping hand
Very clear. Mereka suka mengibas-ngibas tangan.

No pretend play
Haaa..ini seriously bahaya. Kadang-kadang kalau mereka bermain ala-ala superman jangan terpedaya. They're not like the others. Takde istilah main olok-olok pada mereka.

No eye contact
Ni orang normal pun kadang-kadang bercakap takde eye contact haha

Laugh or giggles inappropriately
Suka ketawa berdekah-dekah tak bersesuaian dengan keadaan. Maksudnya takde perkara yang menggelikan hati pun berlaku tapi mereka boleh ketawa berdekah-dekah.

(sources : sini )

Wednesday, October 19, 2011

SUIS

morning uoll..

ermmm.. harini terdetik lak nak share tentang suis. hahhaha lawak ja bunyi pasei suis lak kan... hah suis penting woo.. ye lah kita-kitakan ada anak kecil. agak bahaya la disitu.. kalau-kalau lah anakku si Faqihah tu cucuk lubang suis tu dengan benda-benda yang boleh menggalirkan arus elektrik.. mahu nya tak bahaya kan.. walaupun Ibu & Abah nya kerja kat Tenaga Nasional Berhad, pentingkan sangat keselamatan & kesihatan pekerjaan. keselamatan di rumah juga perlu diutamakan kan. Sayang anak la katakan.. Tapi kat rumah kuarters tu tak boleh la nak ubah bagai segala kelengkapan yang ada karang tak pasal-pasal kena denda lak kan.. so kena amik cara laen la untuk jaga keselamatan kat rumah. kalau lah ada suis macam ni kat Malaysia, sure haku dah borong dulu.
.


cantik & selamatkan..



berbanding suiz yang lama cam ni


Tuesday, October 18, 2011

mari menjaga kesihatan diri



CARA RASULULLAH S.A.W MENJAGA KESIHATAN DIRI

SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.

Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN

Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)

TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN

Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.

Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

GEMAR BERJALAN KAKI

Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.

Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

TIDAK PEMARAH

Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.

Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.

OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA

Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.

TIDAK PERNAH IRI HATI

Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

PEMAAF

Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.

Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.

"BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat rasulullah.. semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.."-)

sumber dr sini

Monday, October 17, 2011

PERHATIAN semua



ANDA BOLEH HUBUNGI HANY DI TALIAN BARU

013-287 2304


Wednesday, October 12, 2011

Monday, October 10, 2011

day three : 10 things you hate

As Salam...morning.

10 menda @ perkara yang daku menci???
ermm... ade ke ek? adoiii.. layan jak lah kan

1. KAWAN MAKAN KAWAN - yup... ini yang daku paling tak suka. sebab die nih la suka sangat nak tunjuk baek bila depan kita.. tapi bila kat belakang hanya Allah yang tahu. adoiii aii tak tahan la ngan orang yang macam nih... tapi apa nak buat. kena lah sabar melampaui segala2nya kan.

2.
LIPAS - ohhhhhh itu binatang memang daku TERAMAT2 MENCI okay.. tapi si Faqihah boleh dok kejar2 binatang nih. adoiii la anak...


3. KAKI KIPAS - kaki kipas a.k.a AIRCOND kuat.. hahhahah zaman dah modern... so die siap pakai aircond ko.. ahakss.... kaki bodek la tu namanya kan kan kan..

4. SELUAR KETAT - hah seluar ketat???? apa ek.. ala... ini bukan sbb dah gemokzz ok.. ni sbb seluar tu mmg kecit sejak azali... gatal2 beli pastu blk umah rasa x selesa lak.. huhhh menci2.. mcm nak campak je kat luar tingkap dr tingkat 7 kang..

5. NANGIS - bila anak nangis yang melalak2 macam kena cubit.. huhhh menci tul... boleh ilang akal haku tau... lagi bila daku nangis .. then ada org ckp gini "ala.. Hany sudah2 lah tu, dah2 tak yah nangis lagik"huhhhh mmg lama lagik la haku nangis.. uhuuu daku rasa ini budak sudah ikut style ibu die lah.. harharharharrrr hai anak hai anak...

6. TOLONG - macam baek ja bunyi yee kan. ermm.... haku benci oraang yang bila mintak tolong kat kita.. MANIS sungguh kata2nya.... bila kita lak nak mintak tolong.... huhhhh pandang sebelah mata pon tak layan... grrrrrrrrrrrrrrr menyirap haku manusia camni.

7. MAKANAN ADA BAU LIPAS - perghhh patut la daku tak suka lipas kan... yang seangkatan dengannya pon sure la daku tak suka okay.... kalo makan kat kedai "selalunya" ada ini bau sama ada di makanannya atau di pinggan, mangkuk, sudu, garfu@ gelas. sanggup daku tak makan dah makanan tu...walaupon daku teramat-amat lah lapor.. uweeekkkk. uhuuu sensetip tul haku ngan lipas nih..

8. LAMBAT - terhegeh2.. ohooo leceh la nak berurusan dengan orang gini kan.. haku paling tak suka lah wey..... boleh menyirap darah kalo layan orang gini.. konon nak jadik orang yang PERPECT.. ade lah... boleh ke ??? kita buat apa yang termampu sudah la... x yah lah nak perlecehkan masa orang laen lak...

9. JANJI - pandai sgt berjanji tapi huhhhhhhhh macam haram... tak boleh la haku ngan manusia cegini

10. UNGKIT - kenapa lah diungkit2 kisah2 silam.. benci betul tau... tak suka occay..

huhhh entry ni buat daku berasap lah... ermm...

Friday, October 07, 2011

day two : 10 things you love

wahhhh rajin ni sejak2 dah abes exam ni.. boleh la bersenang lenang update blog.. ahakssss.

10 things you love

DAKU SAYANG :-

1. AGAMA - owhh.... SAYANG agamaku

2. MAK a.k.a nenek - nenek yang daku panggil MAK daripada kecil. Dialah yang membesarkan daku dengan tulang empat keratnya tu.... Nama MAK .. Khatijah Binti Mohd Sayed. sekarang berusia 76 tahun. ermm.. tak tahu la kenapa daku diserakan pada EMAK sewaktu umurku baru 2bulan.... dah oleh kerana kasih syg dari keluarga kandungku x da langsung... daku mmg tak rapat dengan mereka.... malah semua KASIH SAYANG daku perolehi hanya daripada EMAK, arwah ABAH a.k.a atok, KAKAK a.k.a untie ABANG a.k.a uncle & BO a.k.a uncle. cukup KASIH SAYANG daripada mereka.. Alhamdulillah. tiada ganti semua itu.

3. SUAMI - for sure la sayangkan tak kan tak sang pulop... kalo tak SAYANG buat apa daku terima nikahnya.. hikkkk.. muahhhhh SAYANG Bie!!!

4. ANAK - sapa lah tak sayang anak kan???? tentu2 la Ibu SAYANG kat anak Ibu.... Ibu SAYANG AMERA FAQIHAH. intan payung ibu sorang...

5. KERETA - ermmm.... tentu lah sayang... tapi sekarang dah hampir 1tahun setengah daku berpisah dengan WNT 1153. daku terpaksa korbankan kasih sayang daku kat kereta itu. kete kecit tu dah dijadikan keta sewa kat Dungun ok.. jauhhhhhhh nyer.. adoi.

6. MASA - tentulah masa bersama keluarga @ orang2 yang tersayang. & masa2 utk lepaking


7. GAJET - hp, laptop, ps2 n sewaktu dengannya.

8.
RUMAH - mahei la wey.. for sure kena syg ini harta

9. DUIT - hah!!!! sayang ke daku kat duit.. uhuuu bukan la penjimat orangnya daku nih... pantang ada duit masukkkk for sure ada ja menda nak dibelikan.. hahhahahahahahaa. daku ni rajin gak menyimpan.... tapi rajin gak mengorek.. hikkk tak senonohkan.

10. KAWAN-KAWAN - oppssss betui ke nih??? yup lahh beb.. sebab korang la pendengar setia dikala daku susah ke senang ke.. boleh borak2.. sehati n sejiwa.... muah234 gak..

hah 10 thing you all love pulop apa ek????


Thursday, October 06, 2011

day one : 10 things about you

As Salam.....
meh test menda nih. mcm best kan

10 thing about me:-

1. Nama - Nor Hanylah Binti Ahmad Hanapi. nama kg NONI... tapi bila dah keja, org panggil Hany.. uhuuu mcm manja lak.. honey.. auuwww

2. Lahir - 23 April 1982, Di Felda Sungai Sayong, Kulai, Johor. Jam 19:15pm

3. Keluarga - anak sulung daripada 6org adik beradik. itu ikut kalo seibu ja.. kalo seayah daku anak ke 4 daripada 14org adik beradik.. erm paham2 ja lah.. ayah kawen 3 beb.

4. Suami - Mohamad Faiz Bin Salahudin, anak pertama juga daripada 8org adik beradik. berasal dari jertih Terengganu.

5.
Anak - Amera Faqihah Binti Mohamad Faiz.. lahir 25 April 2010, dilahirkan di Hospital Pakar An-Nur Bangi jam 09:05 am.

6.
Outdoor -suka xtvt outdoor. dulu bujang2 boleh la panjat gunung, redah sungai bagai.. tapi skrg sudah x bleh... sbb hubby dah x izinkan... so kena lah dok umah jaga apa yg patut. sambil sambung study

7.
Kuning - tersangat nak fanatik kat warna kuning sampai dapat gelaran KUNYIT occay... adoii aii. tapi sejak kawen mcm dah murtad.. suka kat HIJAU lak.. pas.. hahahha

8.
Makan- suka sgt makan... makan la apa pun daku x kesah. janji boleh mkn. hik

9. Berat & Tinggi - 44kg ja tinggi lak 154cm... ermmm nasib normal.. ahaksss

10. Dok Tido n Lepaking - hah daku dok kat kuarters UNITEN, Bangi


ehh abis sudah quota nak kena isi.. ermm.. tunggu esok lak ya
cau cin cau
as salam

Wednesday, October 05, 2011

What is 10 things ?

What is 10 things ?
day one : 10 things about you
day two : 10 things you love
day three : 10 things you hate
day four : 10 things you want to say to one person
day five : 10 wishes
day six : 10 items you can’t live without
day seven : 10 important people
day eight : 10 of your favorite songs
day nine : 10 ways to win your heart
day ten : 10 final words


Let's do it together, babess !

What is 10 things ?

What is 10 things ?
day one : 10 things about you
day two : 10 things you love
day three : 10 things you hate
day four : 10 things you want to say to one person
day five : 10 wishes
day six : 10 items you can’t live without
day seven : 10 important people
day eight : 10 of your favorite songs
day nine : 10 ways to win your heart
day ten : 10 final words


Let's do it together, babess !

tetiba rasa ...................


owhhh tetiba tekak nih rasa nak mkn ini donut....
help.. help.. help