yeiiii dah jumaat... malam ni lepas hubby abis keja kul 12am.. nak balik kulai... yabedabeduuuuuu suke-suke.. rindu kat mak... mak? ye la.. mak haku... silap2... haku yang anggap dia macam mak haku. sebab dia jaga haku daripada kecit. sebenarnya Nenek. ye lah haku panggil Mak sebab dah dari baby lagi haku dok tinggal ngan dia kan... sayam sangat kat mak.. muah-muah..
Dulu time bujang-bujang, tiap-tiap minggu balik kampung. lepas dapat hobi panjat gunung dah kurang kit. dua bulan sekali.. hehehe hari ibu pun telefon mak dari atas gunung ja.. wish Selamat Hari Ibu. hahahhaa derhaka sungguh kan. Tapi lepas dah kawen ni tiga empat bulan mahupun lebih baru boleh balik, sebab apa? sebab hubby ku keja shift so pasrah je lah.. lagi pon weekend agak sibuk dengan kelas. ye haku masih study.. tak habis-habis lagi...hohoo
So bila berpeluang dapat balik kulai haku rasa happy lain macam.. walaupun tak ada apa aktiviti pon kat umah tu.. dok rehat-rehat ja.. hehehheee... Faqihah suka gak balik kulai sebab boleh jumpa ayam kat belakang rumah. hik.
Kenapa haku sayang kat Mak lebih ??? hhahah sebab haku sayang la... x leh nak citer lebih-lebih nanti ada orang kecit hati....
harini la hari yang boleh jadikan haku macam sotong A.K.A Octopus... grrr super punya banyak keja bos bagi... tapi sempat la time rehat tadi haku keluar gi shopim baju Faqihah.. nasib murah-murah... berbaloi
Friday, July 27, 2012
Tuesday, July 24, 2012
Dragon Boat
Banyak betuk aktiviti sebelum puasa haritu.
macam tak cukup hari ja gamaknya. penuh undangan sana sini
Pertandingan Dragon Boat ni Anjuran CSR pejabat haku
lawan antara stakeholders sekitar pejabat haku di Putrajaya
Tak pernah sampai kat Pusat Maritim ni. syiok rupanya.
Bertempat di Presint 5, Putrajaya kalo tak silap
Sebelah Pullman ja pun.
Tapi asyik ja tersesat. hahahahaaa
14 Julai 2012 (Sabtu)
Jum layan gambar
Banner
sesampai ja kat Maritim tu kami dijamu dengan sarapan Nasi Lemak yang bersambal pedas tapi serrrrrrdap dengan ayam goreng. Kueh 2 ketul, semestinya karipap dan donut.. suke-suke...
Dragon Boat
Tengah dengar penjelasan daripada yang pakar. ehhh napa haku dok depan tu...?? sebenarnya haku dipilih jadi pemukul gendang. huhhh takut lak memula dengar, sebab tanggungjawap besar gak tu. pendayung semua akan ikut rentak pemukul gendang tu. kalo haku pukul slow, maka slow la dema dok kayuh.. aduhai.. hari itu dalam sejarah. Sebelah haku tu yang pakai seluar pendek warna biru tu ketua kumpulan haku.eh lupa pulak nak cerita... kali ini punya program tak berapa dapat sambutan daripada stakeholder, maybe sebab dekat sangat time nak puasa kot, So ramai yang pergi bercuti atau ada hal sendiri. Tak ramai pun dapat gak la 4 boat. satu boat tu ada 12org. 10 tukang kayuh, sorang tukang pukul gendang dan sorang lagi jurumudi. Kumpulan haku terdiri daripada 4 orang Bomba Putrajaya, 4 orang Perbadanan Putrajaya dan 4 orang daripada pejabat haku. group kitaorg best ja.. kerjasama beb...
Ini pula cara nak mendayung dengan teknik yang betul.
Memula-mula kena self confiden dulu. Maksudnya.. ko kena terjun kat air yang dalam tu.. dok terapung-apung la disitu sambil angkat tangan dan kaki untuk beberap minit. hehhehe haku tak da hal sebab ada life jacket . wink wink wink... dalam weyyy.. seriau lak sebab dah lama tak pergi swimming. ahhahahaha
Mari mendayung. ini masih percubaan kot... korang jangan ingat haku dok suka-suka disitu ya. ketua kumpulan kena amik perhatian sebelum mulakan pertandingan. balance kan boat. kalau tak korang akan jatuh sebab boat akan terbalik.. hohoooo haku time tu kepit kuat gendang tu sampai naik lenggoh lulut. hahahah. tapi kumpulan haku semuanya bagus dan teror. TERbaekkkkk la korang. sob sob sob.. time tu gak la haku rasa gabra jap sebab tiba-tiba tangan haku dok garu siku, lepas tu inner haku terkoyak. adeh la.. nasib ada getak kat pergelengan tangan, boleh gak cover... hohooo aurat tuuuuu.
Sedang bertarung
Kegembiraan terpancar
Setelah 3kali pusing... maka dengan ini..... kami sampai dulu.. yabedabeduuuuu
Terima Kasih Abah B sebab jaga Faqihah walaupun fening lalat waktu itu.
Waktu ini tengah tunggu pengumuman pemenang
Amera Faqihah Binti Mohamad Faiz
Pemenang No.1... yeii Alhamdulillah group haku menang
bernaloi-baloi haku pukul gendang tu dengan sekuat hati
ini group haku.. meang wey.. happy ja muka semua orang
ehh ada pulak terselit budak tecit tu... nak jugak dengan Ibu.
Acara tamat sekitar jam 12 lebih gitu. Faqihah lak dah ngamok-ngamok sebab abah dah tak larat nak layan.. so terus la ke kolam kanak-kanak di presint 9 tu, bertentangan dengan foodcourt. Layan Faqihah mandi-manda jap sambil abah suap Faqihah nasi... pastu balik
semua pun terbongkang kepenatan...
tapi sian kat abah sebab rehat sekejap ja
Abah keja shift petang hari tu.. so kul 3.30pm dah kena siap2 g keja..
hari yang letih tapi berbaloi-baloi.
Selamat Berpuasa ....
Friday, July 20, 2012
Makan-makan Sebelum Ramadhan
Kat opis haku ni memang selalu buat makan-makan. semua pun secara pokluck. eh betul ke eja ni. hahahah ala yang bawa makanan sorang sikit tu lah. Kali ni nak sambut bufday anggota kerja bagi bulan mac sampai lah julai 2012. sambil-sambil tu sempena pertukaran a.k.a naik pangkatnya seorang pemandu ke stesen lain. sambil sambut kelahiran baby la kalau ada dalam tempoh itu. Sambil nak sambut Ramadhan al-Mubarak sekaligus la. Dulu-dulu makan-makan ni akan haku arrange setiap 3bulan sekali gitu. tapi sejak-sejak haku dah pindah department ni haku malas nak ambil pedulik hal-hal itu.. hehhehee.. so haku serahkan la kepada mereka-mereka kat admin tu yang giler kuasa.. hahahha ish tak baik haku ni. esok nak Ramadhan dah.. ish ish ish.. ampunkan kami penunggu gua. hahahahhahaha.
Oleh kerana bufday haku bulan April.. dapat la sikit imbuhan.. RM RM RM tuuu
dah lepas berucap-ucap, bagi-bagi hadiah bagai tu... moh kita potong kek yang di sponsor oleh bos haku A.k.A Abg Long Procurement. eeeiii takut.. boss haku yang paling cool.. tapi kalut. hahahahah Hannnnnnyyyyy!!!! hahahahhahahhaaa
Hah tu dia bos haku kat belakang sekali yang tengah jeler lidah tu.. hadoi la bos.....
yang pakai songkok tu abg amir.. die la driver yang dapat naik pangkat jadik pemandu crane kat TNBD kalo tak silap haku.
Time ni haku tak bawak apa.. main order Popia ja.. beli. hahahhaah. dulu bujang-bujang rajin la masak-masak... dah ada si kecit tu naik banyak lemak lak. malas.. wink wink.. Tapi dengan lasan tak sempat sebab kelmarin & semalankan kursus. hahahhahahahaa.. hampesss ja kan
Thursday, July 19, 2012
Safety & Health Committe Training
Semua cerita dah lama eh… tapi nak tulis gak. Hahahhaha
9-10 julai haritu haku sebagai safety committee kena lah
hadiri kursus
Saja nak penuh kan
kuota kursus. Heheheh best-best
Macam biasa, kalau kursus musti-musti kat Residen Hotel
ja.
Kalau dari rumah
haku tu tak sampai pun 10 minit perjalanan naik motor atau kereta. Kaki mungkin 20-30 minit kot. Ikut kelajuan
kaki masing-masing.
Inti kursus itu apa lagi kalau bukan diterangkan hal-hal
berkaitan keselamatan kan..
Tapi
Kali ni
Paling membosankan
Sebab kena belajar tentang akta & Peraturan dan lagi
undang-undang
Owhhhhh mengantuk sehhhh..
Tapi nasib ada jugak dia refresh balik tentang hazard…
Yang ini mata
haku fresh. Yeppi.
Malas nak ulas. Hahhaha
Nak tepek gambau
masa hari last kursus
nampak gemok kah daku???
wink wink wink
bestttt
Friday, July 13, 2012
last weekend
ini lah hadiah nyer....inilah jugak hasil penat lelah haku persiapkan segalanya seminggu sebelum tournament. Anyway itu bukan lah hadiah untuk perseorangan eh... hasil kumpulan haku yang teror-teror semua... haku hancusss. hahahhaaaa
yang ni boleh-boleh la.. Hadiah perseorangan lelaki.. tapi no. 4 ja.. hahah jadik la kan
semua sebab nak melayan karenah dah Faqihah sorang tu selok nak main car kat luar pusat bowling tu... aduhai anak....
lepas bagi-bagi hadiah bagai tu.. kami terus cabut pulang... walhal haku AJK hahahahah lantak pi lah.. letih sudah wey.. tak larat.. terus masuk mydin shopping barang rumah kit. tengok jam dah kul2pm.. hohooooo lambat sudah haku nak berkejar masuk kerja pulak...
sampai-sampai rumah terus tidokan Faqihah... take dengan haku sekali terlelap. tapi nasib terjaga... itu pon kul3pm... bangun mandi solat.. siap2 terus pi opis... tup tap tup tap.. siapkan kerja laju-laju... kul 7.30pm sampai rumah... lotih badan...
ahad kelas 8am-6pm... hadoi.... tapi chayok2... dengan assignment tak sempat buat.. lepas kelas kul12.30 tu terus gi CC buat terusss.... zaaasss nasib sempat dateline kul 1pm.. hahahahhaha hantar kul 12.58.. hehhehehe sungguh berhemat hik. terus gi makan nasik kukus ayam berempah kat medan selesa UNISEL kat sek.7 tu.. yummy... serdap..
Wednesday, July 11, 2012
Pengurusan Nafsu
Wahhh cerita minggu lepas ni… ampunkan kami penunngu gua…
hamba tak sempat nak update blog. Hahahahahaha..
Minggu lepas adalah minggu yang super sibuk.. aik..
hari-hari pon gitu sebenarnya. Hehehehehehe… minggu lepas sibuk sebab tengah
Audit. Pastu sibuk dengan persiapan Tournament bowling lagi. Sibuk nak reno rumah lagi. Sibuk
dengan aktiviti stesen apa lagi kalau bukan aktiviti makan-makan dan makan..
Disamping kerja hakiki. Pasrah walau pon ada dua tangan & dua kaki ja…
Khamis lepas 05 Julai 2012.. pagi tu ada aktiviti
gotong-royong memasak bubuk lambuk. Hah kau.. 2 kawah.. 1 kawah lagi macam
biasa lar.. sup ikan segar.. yummy…terliur tengok gambar ni kan… serdap wey….
Petang pulak ada aktiviti ceramah…. Tajuk : Pengurusan Nafsu.
Ye lah kan.. nak
puasa ni nafsu semua kena jaga. Ceramah disampaikan oleh… Ustaz Don.. wahhhh glamour
tuuuuu…
Banyak pengisian yang haku nak share.. tapi tak sempat.... akan bersambung di episod lain. hahhahaha
Thursday, July 05, 2012
Menyukuri nikmat Allah
Rezeki Allah
tiada siapa pun dapat menduga. Mungkin hari ini haku tidak dikurniakan apa-apa
berbanding orang lain. Harap-harap haku bersyukur dengan kurniaan yang haku
perolehi sekarang. Harap-harap haku lebih menghargai setiap apa kurniaan Allah
yang Maha Adil itu.
Tapi apakan
daya haku hanya seorang insan kerdil yang tak mahu kalah dengan sifat tamak,
rasa tidak mensyukuri nikmat Allah. Ya Allah Ampunilah dosa hamba Mu ini ya
Allah. Tatkala hati meronta-ronta ingin memiliki semua nikmat yang Allah berikan
kepada rakan-rakan haku. Detik itu haku rasakan kenapa Allah tidak adil, tidak
saksama kepada kepada semua umatNya. Sungguh haku berdosa.
Ya Allah KAU
bersihkan lah hatiku ini ya Allah. Jadikan haku seorang umatMu yang sentiasa
ingat akan kebesaranMU ya Allah. Sentiasa akur atas semua balasanMu. Sentiasa
pasrah atas segala ketentuanMu. Sesungguhnya KAU yang Maha Mengasihani umatMU.
SELAMAT
MENYAMBUT NISFU SYAABAN kepada semua rakan-rakan KU.
SEMOGA ALLH
MEMBERKATI kalian
Wednesday, July 04, 2012
Bowling Tournament
Ohoooo sibuk
betul minggu ni. Macam biasalah event nak dekat baru semua kalang kabut kecoh
tunggang langgang bagai. Kalau tak mampos keras dok relax ja. Dah jadik amalan
sejak turun temurun la agaknya staff kat office haku ni. Tak kiralah event apa
sekali pun. Lagi-lagi kalau Audit. Dah lah stesen kami ni paling glamour giler
antara semua TNB, asyik-asyik ada orang nak datang melawat. Asyik-asyik nak datang
audit… SEMS la, ISO la, 5S la, GIA la, ICU la.. ayooo macam-macam wooo
Kalau nak
cerita pasal AJK pulak.. asyik-asyik muka tu. Asyik-asyik muka itu jugak la jadi
mangsa sebab stesen haku ni staffnya berapa kerat ja pon. Hahaha tak apa lah serba
boleh la katakan. Haku pasrah je lah.
Minggu ni Kelab
Kilat nak buat tournament Bowling pulak.. tengok.. lagi berapa hari lagi ja
tapi semua pon belum siap.. dari segi hadiah, makan semua belom siap ok… siapa
yang nak kena buat?? Haku jugak ke? Ermm… mana AJK lain ek… Jawatan nak… kerja
tak nak.. gitu eh… hadoi
Tuesday, July 03, 2012
Menguap
Bila bos tak ada mula la asyik nak menguap saja.. erm.. apa lah nak jadi. Mana tak nya.. asyik la menghadap website yang ntah apa-apa ntah. kejap Facebook kejap lagi Blog. kejap Facebook kejap lagi Blog.. alola... bila lah agaknya nak berubahkan kan. Marilah kita merapu di petang hari ni. hahahahaaa
Bila la nak dapat merasa pakai Blackberry ek... tak apalah berkat kesabaran akan kunjung tiba juga masa itu. Sabar.. sabar-... sabar... lagi best kan kalau ada orang nak belikan.. yeppi... Amin..Eh kenapa eh minat kat BB? Orang lain sibuk-sibuk dengan sambung S la samsung Z la.. awok.. masih minat kat BB.. apa kelas. Hahahha. Haku pedulik apa dengan orang lain punya kesukaan. Yang penting hati haku senang. Tak susahkan orang lain maaa...
Haku suka BB sebab tak yah sentuh-sentuh gitu... haku ni oldsekol sikit... Gen-X la katakan. Dah senang lagi nak senang kan. Itu la zaman dah makin maju.. makin moden kehidupan sekarang. Tapi kadang-kadang bila dipikirkan balik kehidupan yang moden ni pun masih ada orang yang berpikiran berlapuk. Erm... betul la kata mak haku.. Rambut sama hitam hati lain-lain......
Kerja sama opis bertahun-tahun, duduk sebelah meja pun dah bertahun. Tapi ye lah kan.. hati masing-masing. Tak siapa boleh menduga apa yang tersirat dilubuk hati orang lain... hanya Allah yang Maha Mengetahui. Semoga Allah lindungi haku dan keluarga haku cukup.
Hajat hati nak pergi bercuti. Tapi belum berkesempatan lagi. Baucer Gold Cost Morib dah beli... harap-harap sebelum Ramadhan ni sempat la berholiday... Syukran... rezeki Allah nak bagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)