Rezeki Allah
tiada siapa pun dapat menduga. Mungkin hari ini haku tidak dikurniakan apa-apa
berbanding orang lain. Harap-harap haku bersyukur dengan kurniaan yang haku
perolehi sekarang. Harap-harap haku lebih menghargai setiap apa kurniaan Allah
yang Maha Adil itu.
Tapi apakan
daya haku hanya seorang insan kerdil yang tak mahu kalah dengan sifat tamak,
rasa tidak mensyukuri nikmat Allah. Ya Allah Ampunilah dosa hamba Mu ini ya
Allah. Tatkala hati meronta-ronta ingin memiliki semua nikmat yang Allah berikan
kepada rakan-rakan haku. Detik itu haku rasakan kenapa Allah tidak adil, tidak
saksama kepada kepada semua umatNya. Sungguh haku berdosa.
Ya Allah KAU
bersihkan lah hatiku ini ya Allah. Jadikan haku seorang umatMu yang sentiasa
ingat akan kebesaranMU ya Allah. Sentiasa akur atas semua balasanMu. Sentiasa
pasrah atas segala ketentuanMu. Sesungguhnya KAU yang Maha Mengasihani umatMU.
SELAMAT
MENYAMBUT NISFU SYAABAN kepada semua rakan-rakan KU.
SEMOGA ALLH
MEMBERKATI kalian
No comments:
Post a Comment