Tuesday, January 29, 2013

Alkisah cuti panjang


Alhamdulillah dah selamat sampai ke kuarters kami jam 11.30 malam tadi.. Kami bertolah dari rumah MIL jam 11 pagi tau.. hahaha. Ate konvoi namanya.. harus la lambat.. sebab banyak menyinggahkan

Balik kampong jauh kali ini amat-amat lah menguji kesabaran serta kekuatan daku…Syukur Alhamdulillah daku harungi dengan tabah.. eceh…Khamis 24hb kami sampai… 25hb kenduri nikah SIL…26hb majlis bertandang… so tired…


  
Majlis Akad nikah.. time ni haku sibuk kat dapor.. hohoo
 

Pengantin buka hadiah....

Pagi 26hb tu hari berlalu seperti biasa. Chef kerdil masih di dapur mengulit periuk kuali.. Pagi tu haku hidangkan nasi goreng untuk sarapan. Kalau masak kat rumah MIL ni memang la kena penuh 2kuali besar tu.. sebab adik beradik incik somi adalah ramai.. 70% adik beradik somi dah kawen.. so plus lagi ngan anak-anak sedara.. mau lenggoh kedua tangan ini menyiapkan makanan untuk diaorang.. Dah macam amik tender cafĂ© pulak. Hahhahaa sabar…Hany.. sabar.. ada ganjaran untuk orang yang IKHLAS… amen.

Lepas siapkan sarapan, makan ramai-ramai… sangat-sangat seronok. Bila dah kenyang, haku siapkan pakaian nak gi bertandang tu… then jum lelap sekejap. Ingat nak tidurkan Faqihah.. rupanya die dok sibuk main. Mentang-mentang la sepupu ramai kan.. Last2 ibu yang tidur. Bangun tidur siap-siap nak g bertandang… time tu la Faqihah mengamok sebab mengantukkan… menangis macam kena pukul.. memang mengundang kemarahan ibu la kan.. dapat gak la dia 3-4 dass cubitan yang meninggalkan kesan. Masuk kereta dapat aircond… ZZZZZZZZ sian la anak ibu sebab dah lena pon masih tersedu-sedu lagi.. Maafkan Ibu ya sayang… dah kamu yang tak nak tido bukan ibu tak bagi kamu tido… amarah ibu tak dapat dibendung time tu.. 2hari berturut kamu gitu ya… hai anak….
 

Bertandang ke rumah pengantin lelaki

Oleh kerana cuaca sangat-sangat la panazzzz, kami berpakat gi picnic kat LATA… *gambar tak sempat nak snap.. sebab haku dah terjun awal-awal. hahah. biasa-biasa haku malas nak join… dok jaga beg ja.. kali ni haku nak terjun sama.. yeeeehaaa dugong datang.. hahahaa…serjukkk seyyy… layan…malam tu sorang pun tak jengguk dapur… sebab haku keluar bawak kakak gi main **car dia tu… balik tu haku terus la goreng telur nak suapkan Faqihah… ehh ehhh ramai lak nak makan rupanya.. hurrmm dasar P.. hik.. BIL ada beli pizza islam.. sedap tau.. nanti haku citer pasei pizza tu eh
 
Esok paginya… 27hb… haku hidangkan lepeng dengan sambal tumis ikan bilis ja… itu pun habis licin.. hahahaaa.. dasar pemakan tul la semua.. tapi masuk dapor malas… nasib la menantu hantu sorang ni agak ringan tulang kit kan… cehhh riak tahap 5.5. hahahhaa.. Astagfirullahalazim. Lunch tu daku masak pucuk paku n labu masak lemak.. ikan kerisi goreng ngan sambal belacan ja.. habisss licin jugak… hurmm.. pahala.. pahala… haku mengejar pahala…Cuaca masih panas….

Sebab tak ada plan apa-apa haritu … kami ke Pantai pulak… kami mandi pantai pulak… daku pun join sekaki… Ombak sangat-sangat besar… takut lak haku tapi Faqihah steady ja.... dengan angin kuat.. maka serjuk yang terlampau sampaikan Faqihah cakap tak mo mandi dah.. nak naik tukar baju. Dah siap2 tu depa2 pekena lak ais campor tapai.. haku tak la… sebab dah serjuk kan… so order Milo panas je lah. Balik tu haku gi beli Pizza semalam.. 3kotak… incik somi bising-bising katanya banyak.. takut tak habis.. haku cakap tak cukup tak mo caya… last2 memang tak cukup sungguh… buaya kalau dah nampak ayam segar.. rugi la kalau la tak ngapkan.. hahahhaa..

Owh 27hb Januari 2013 juga hari keramat… selamat hari ulang tahun Bonda tersayang a.k.a NENEk a.k.a OPAH Faqihah… semoga sihat… dan dilindungi Allah selamanya.. Ameen..sayang opah..

 
  
 Kami
  

 
Serjuk dah bu... jum tukar baju.. so ibu bungkuskan 3helai baju.. balut lagi ngan kain batik ibu...bila dah rasa panas sikit..."ibu.. kakak nak main pasir boleh?"
boleh sayang.. meh tukar baju dulu.

 yeiiii dapat main pasir...

Pagi-pagi 28hb tu haku dah get ready nak masak nasi lemak.. tapi tengok nasi masih banyak lebihan semalam.. so decide masak nasi goreng sudah… tambahkan lauk ayam goreng ngan kulat a.k.a cendawan .. **itu resepi my MIL.. sedap tapi pagi tu agak kurang sikit.. tapi tetap gak licin… ahaksss. Lepas ja sarapan laju-laju haku packing pakaian.. macam orang tak sabar nak balik ke sarang gayanya..

Omagaiiii panjang seyy citer.. bye..nanti haku citer pasei pizza sedap tu lak



Friday, January 25, 2013

Hari ini dalam sejarah

Huiiii letih tidak terkata... penat tidak terkira.... lengguh tidak terbayang... semua gara-gara bekwah a.k.a kenduri adik ipar haku... apa pun yang haku lalui hari ini 25.01.2012 harap menjadi ingatan pada diri kerdil ini.

Terima kasih kepada semua adik-beradik haku kat wasap UB. Doa-doa kalian haku hargai.. Walaupun sakit, perit haku TERpaksa redah wey.... semuanya sebab incik suami dan anakku..

Kalau ikutkan memang tidak terdaya... TERpaksa daku kuatkan gak semuanya kan kan kan... ye la.. balik kampung haku tak ada adik beradik... balik kampung somi ramai adik beradik tapi seperti anak tiri lak.. hahahaaa sian.. tapi dak po la.. tak da hal. Moga Daku kuat luar dan dalam... Ameen

Thursday, January 24, 2013

Maulidur Rasul

Salam Maulidur Rasul.

Alhamdulillah. Kami tiga beranak dah selamat sampai ke kampung halaman incik somi a.k.a abah kesayangan kakak. Ibu pon suka jugakla balik kampung sini (Jerteh, Terengganu) sebab jalan jauh..sebab makanan kat sini sedap.. memang terbaeekk wok. Yang tak best tu korang paham2 sendiri ja... hahahaa

Bersiaran dengan WIFI adalah yang best sekali dalam doniakan.. so balik sini.. sokmo ON9. Hik..

OK tujuan balik kali ni bukan semata2 sebab holiday yang panjang.. tapi sebab adik incik somi yang sebaya ngan haku ni nak menikah.. Tahniah SIL... semoga kekal ke akhir hayat serta berbahagia selalu. Ameen.

Abah tengah tido.. kakak dah mandi. Ibu busuk sebab lom mandi.. hahahaa.. Jap lagi lepas mandi nak kuar jap beli barang basah. Balik tu harus laju2 masak... karang menangis cacing dalam perot lak. Hahaaa

Sehingga nanti bila daku rajin menaip ya... as salam

Wednesday, January 23, 2013

BFF

Fuhhhhhhhhhhhhh
banyak seyy habuk.. hahaha ampunkan kami penunggu blog... dengan kebizian mak encik ini tak dapat dibendung... assignment pun masih lum sempat buat.. aduhai..

Bismillahhirohmanirohim...
Assalamualaikum...

Ni teman nak citer pasei BFF anak teman ni. Si AMERA FAQIHAH binti MOHAMAD FAIZ tu... sejak teman hantar dia ke Taska.. udah ada BFF... kerlasss gitu... terkejut mak...mula-mula hantar dulu bukan main trauma dia gi taska... lepas 3bulan kot baru OK... rupanya dah ada BEST FRIEND FOREVER

Sejak petah sangat bercakap... hari-hari kakak citer pasal yaya kat ibu... Ibu sampai ingat kakak suka sangat kat katun animasi BOBOIBOY tu.. kan ada yang nama YAYA... hinggakan Ibu belikan banyak patung YAYA untuk kakak.. rupanya dia sibuk dok citerkan BFF dia kat school... opsss sorry la sayang eh...Ibu kamu ni slow sikit. ahakss. 

Tadaaaaa........ 
ini dia BFF anak kesayangan haku tu....EIRA SORAYA (Yaya)


MAMA (pengasuh kat school) dia kata Amera baik sangat-sangat-sangat-sangat ngan yaya tu sampaikan makan nak berdua, mandi nak berdua, pakai baju nak berdua, tidur berdua... apa saja lah aktiviti kat school tu mereka for sure nak together2. Hai anak.... sampai tahap time tidur tu.. depa asyik la berborak sampai tak sempat tidur. Apa ntah yang mereka borakkan pon mama dia tak tahu....so sweetkan. Mama dia kata kena asingkan tempat tidur mereka tu... kalau tak sampai ke petang la tak tidur.... hamboi ko anak... mengalahkan ibu yee. hahahaa

Kakak ni ada feel lain sikit tau.. tak boleh kalau ibu masuk bilik taska dia.. hah mula lah nak mencebek... jadi susahlah ibu nak ambil gambar mereka.. Last week keraskan hati gak nak amik gambo mereka.. tapi yaya demam campak lak... So lucky this week.. yaya ada.. and mood kakak baek pulak.. Ibu boleh masuk bilik dia.. Bila nak ambil gambar kakak dengan yaya.. semua kawan-kawan sebilik dia dok rapat.. hahahaaaa so ini lah mereka. 


Daripada kiri: Ahmad (suka gigit orang), Adam (nak ikut haku balik), AMERA (nama timangan kat school), Yaya ( BFF, si kecil molek), Ayen (pendiam), Kila (tomboy sudah), Aish (Ganas A.K.A ketua kelas sebab size XXL), ala yang sorang lagi ni teman tak ingat da namanya... 


ni lak gambo Ibu yang saja nak nyibuk
 
 


Thursday, January 10, 2013

Tawaran Berniaga Sementara di TNB

As Salam...Morning semua.

wahhh pagi-pagi dah ngadap Blog. mana tak nya.. dah tak larat kot bangun pagi awal-awal sebab nak bawa bekal gi office. Haku rajin 2minggu awal ja kot.. ahaksss

Tender cafe office haku ni tamat 31.12.2012... sampai la ni tak dak sapa sudi nak masuk tender sebab berbagai masalah teknikal...Macam-macam masalah.. dari segi pekerja, tukang masak la, jauh la.. staff office haku tak ramai la... hurmmm..

Tapi agaknya sampai bila ehh nak gini... tak syok woo tak da cafe... nak ngeteh susah. hahhahaaa.. ada makna tuuu.

OK.. sebenarnya haku nak OFFER kepada sesiapa yang ada sedara-mara yang tak ada kerja atau sebaliknya tu.. yang sudi nak meniaga untuk sementara waktu kat cafe haku tu. Ala-ala buka gerai tepi jalan.. Masak semua dari rumah je lah... Management pun dah runsing dengan masalah cafe ni... So management decide nak bagi peluang kat sapa-sapa yang berniaga sementara tu.

Ini email dari pengurusan tu

TAWARAN BERNIAGA SEMENTARA DI SJPUTRAJAYA.

Salam Warga PJPS,

Merujuk mesyuarat pagi ini -9 feb 12. Disebabkan kafetaria stesen ditutup sekarang sehingga pengusaha baru dilantik. Mesyuarat telah bersetuju untuk  membenarkan kepada anggotakerja yang ingin menjual makanan  bagi menampung keperluan anggotakerja .

Tuan/puan boleh menjual samaada makanan/minuman  siap atau sekiranya ada mempunyai keluarga yang boleh membuka gerai seperti warung kecil yang boleh menyediakan makanan pagi & tengahari adalah dijemput utk membuka gerai di kawasan stesen.

Boleh maklumkan kesudian tuan/puan kpd saya utk perbincangan lanjut.

Terima kasih.

kalau ada yang nak masak pun haku boleh tolong jualkan...no hal.Sebab ini URGENT!!!!!
apa2.. korang call / wasap / sms / email daku deh

0132872304
hanylahh@tnb.com.my



Wednesday, January 09, 2013

WW

Wajah bintang hati.... cehh macam Amy Mastura lak gayanya

Dunia



Alhamdulillah diberi Kesihatan sehingga kini. Banyak rasanya kenangan-kenangan manis serta da juga terselit kenangan pahit sepanjang 2012. Tapi kisah yang lepas usah dikenang-kenang kan.. Mari berusaha ke arah yang lebih baik pastinya..Syukur Alhamdulillah... 2012 telah kami sekuarga lalui dengan begitu tenang.. Alhamdulillah... Tapi setiap kelebihan yang Allah beri itu pasti ada kekurangan yang terkena tempiasnya. Allah beri daku kurniaan TERINDAH tapi DIA ambil kembali... daku pasrah.. daku redha.. tapi Allah beri kurniaan lain untuk kami sekeluarga kecapi.... Syukur ya Allah.. walaupun semua itu nimat dunia saja.

Bukan hendak membangga... bukan hendak tunjukkan kemewahan tapi inilah yang kami perolehi BONUS besar... hahahhaaa sejak kerja dengan TNB sejak 2000.. inilah kami pertama kalinya.. orang kata tahun 2012 dalam SEJARAH kerana kami diberi peluang terima bonus besar.. hikk. syukran...4 bulan kooooo siapa tak mau.... dan ini bukan la faktor peningkatan tarif elektrik yeee kawan-kawan.. hahhahahaa dan jangan tanya haku tentang kabel-kabel TNB tu.. sesungguhnya daku tak tahu menahu.. lagi-lagi bab bil-bil. Ampunkan kami penunggu gua...Bil rumah haku pun sampai beratus-ratus baru la terheggeh-hegeh nak gi bayar sana. hahahhaaa...Daku ni kerja bahagian Procument saja... Dolu-dolu Admin... ditendang.. maka Procument la kita duduk cari rejeki...Alhamdulillah rezeki Allah tak putus-putus sejak haku stay kat Procument ni...Alhamdulillah...

Karja-karja... ngak juga habis... hahahaaa. tapi lepas dapat bonus aritu.. lepas habis cuti berpantang.. lepas start tahun 2013.. haku makin bersemangat nak buat karja.... hik.. setelah disuntik semangat bonus tu.. ahaksss. Bukan main lagi...

Orang lain sibuk dok melancong naik Air Asia la.. MAS la... haku gak melancong naik keta HONDA CIVIC tu ja... tak pe lah kan.. rejeki masing-masing.. Allah lebih mengetahui yang mana lebih baik untuk kita.... Harap-harap kita terima yang TERBAIK daripadaNYA.. Ameen

Apa kami buat dengan uwang bonus??? Kami decide nak tukar yang lama kepada yang baru.. yang hilang kembali ada.. hik…

 
Beli baru yang lagi besar dabak... sebab peti ais lama kecit sangat kata incik somi... tapi bagi haku ok ja.. cuma dah lama sangat kot.. mana tak nya.... haku beli masa bujang2 dolu.. hahahhaa


Water heater: hahhaha haku ngadakan.. alasan sebab air paip sejuk... baik nak mandi gi kerja ke malam2 ke.. sure haccccom.. hacccom... serrrjuk mak... tq B...kerna memahami isterimu yang mengada ni.. ahakss

Termos Pot : ini for sure untuk kesenangan Faqihah.. ye lah kan nak buat susu tengah malam bagai... yang lama tu dah meletop... dapat free masa lucky draw Quality Nite Office tahun 2011 kot.. harus la meletop kot...lama sudah... abah gak suka buat air panas tengah2 malam.. so memang ini sangat2 keperluan
Ini bukan satu keperluan tapi bagi menggantikan KEHILANGAN rantai daku masa buat D&C kat Hospital Az Zahrah aritu.. opsss lom story eh.. ermm... nanti la eh...tak cukup time.

and the last one... ini juga menggantikan KEHILANGAN... sob... tapi amik pattern lain la kan.. for sure...*sila abaikan rege kat resit tu...
Nikmatnya update blog sambil minum milo.. Bos pulak ta da kat bilik....lalalalalaalala.. heaven update blog yeee.. amboiii



Thursday, January 03, 2013

Resepi SOTO dan BEGEDIL terbaekkk



As Salam...baru boleh bernafas ni wey.. macam nak rak keja byk.. nasib bonus pun banyak so kena lah rajinkan diri gak. hahahha.Hari ini haku nak share resepi.. hahahah macam teror sangat masak sampai nak share resepi kan kan.. lantak la. hari ni haku lantak kan semua sebab haku diserang cirit birit sejak malam tadi. so malas nak layan perasaan orang.. hik..sorry babe..

Tapi resepi kali ni yang haku dapat memang betul2 sedap kot walaupun haku tak rasa banyak. Orang kata cukup la sekadar merasa sebab haku masih dalam pantang hari kejadian pot luck aritu. ehhh kaedahnya pantang ni tak boleh makan udang kering la.. ayam la.. bla bla bla.. Juelee.. resepi ni yang ko nak sangat tu...

Jum tengok..

A. Sup
1. Satu ekor ayam, direbus di dalam 1.5 liter air dan diangkat, siatkan
dagingnya dan masukkan semula tulang ke dalam stok 
(Ada yang suka goreng dulu ayamnya selepas rebus, sebelum disiat. ikut korang la eh)
2. 10 ulas bawang merah kecil, dikisar
3. 10 ulas bawang putih,
dikisar 
4. 2 inci halia muda, dikisar 
5. 1 inci lengkuas, dikisar 
6. 2 batang serai, dikisar 
7. Satu peket rempah sup Adabi, dibuat pes
8. Satu peket rempah kurma Adabi, dibuat pes
9. 2 biji buah keras, kalau suka
10. 1.5 liter air, digunakan untuk membuat stok ayam - renih sekurang-kurangnya satu jam
11.
3 sudu makan minyak masak
12. Gula dan garam secukup rasa

Cara
1. Panaskan minyak
2. Tumiskan bahan yang dikisar sehingga terbit bau
3. Masukkan pes sup, biarkan sehingga naik bau
4. Masukkan stok ayam (bersama tulang) dan buah keras
5. Didihkan dan sesuaikan gula dan garamnya

B. Pegedil
1. 5 biji kentang kuning, sederhana besar, dihiris dan digoreng hingga empuk, tumbuk
2. ½ cawan udang kering, dibasuh dan digoreng garing
3. ½ cawan hati ayam, digoreng dan dicincang halus
4. 5 ulas bawang merah kecil, digoreng sebentar
5. 3 ulas bawang putih, digoreng sebentar
6. 4 biji cili merah, digoreng sehingga pecah kulit
7. ½ cawan daun saderi (sup) dan daun bawang (dicampur)
8. Sesudu teh garam (atau lebih jika suka masin) dan sesudu teh gula, secukup rasa
9. 2 biji telur, dipukul
10. 2 cawan minyak untuk menggoreng

Cara
1. Tumbuk udang kering bersama bawang merah, cili dan bawang putih
2. Masukkan ke dalam kentang yang telad ditumbuk
3. Masukkan ketumbar, lada hitam, hati ayam, daun saderi (sup) dan bawang
4. Masukkan garam dan gula, gail rata
5. Kepalkan adunan (anggaran dua sudu makan setiap satu), bulat dan leperkan.
6. Masukkan kedalam perti sejuk selama satu jam, untuk mengekalkan bentuknya supaya tidak mudah lerai bila digoreng.
7. Panaskan minyak
8. Salutkan pegedil dengan telur, sehingga rata litupnya dan goreng sehingga berwarna keperangan.

C. Sambal kicap
1. 15 biji cili padi, goreng hingga pecah kulit
2. 6 ulas bawang putih, goreng bersama cili
3. ½ cawan kicap manis
4. 1 biji limau nipis/2 biji limau kasturi
5. 3 sudu makan gula

Cara
1. Tumbuk cili dan bawang putih hingga lumat
2. Masukkan gula, gesek-gesekkan dengan anak lesung (jangan tumbuk nanti sambal akan jadi pijar)
3. Masukkan kicap dan perahkan limau
4. Kacau rata dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam sebelum dihidangkan.

D. Bahan Hidangan
1. Nasi himpit, dipotong dadu
2. Daging ayam (yang direbus - A), disiat-siat
3. Taugeh, dicelur (atau boleh dibasuh sahaja)
4. Suhun, digoreng
5. Bawang goreng
6. Daun saderi (sup) dan daun bawang
7. Limau nipis, dipotong (optional)

Cara
Ikut suka korang. hahahahaaa


Itu je la yang dapat haku kongsikan dikala haku sedang sakit perut yang memulas2 ni.. ohooooooo. gambar tak sempat nak snap. sebab di hari kejadian haku terkalang kabut. hahhahahaha

 *ehsan incik G




Wednesday, January 02, 2013

WW

Pot Luck Gathering Blogger

weeeee... baru nak story mory.. hahahahahaa dah basi kot citer ni.. tapi nak share jugak.. kehkekhehhee
ini pot luck dekat 2bulan gak plan nyer... sebab mek na nak datang holiday.. so terpengaruh la orang manjung turun KL jugak.. hahahhaaa. Thanks korang jauh-jauh pon sudi datang umah haku yang comel ni. dari sepang, hulu langat, klang, subang, shah alam. Maaf la kalau ada apa2 layanan yang kurang. Makanan juga banyak ya amat.. sampai tak terhabis lepas tapau... ada tak sesapa snap gambo makanan..??? tuan rumah tak sempat nak snap gambau..

 *gambar ehsan daripada juelee

hah tengok ramai seyyy... yang betul-betul kompom nak datang 10 orang ja kot Mar cakap.. last2 amik ko.. lebih 15orang OK... penuh rumah haku.tu pon ramai kaum bapa dok lepak kat luar ja. hik... next time kalau nak buat kat rumah haku lagi nampaknya kena la haku bentang tikar kat lura rumah jugak. hahahhaha.

Cegini kisahnya...


shape kul 2pm... ting tong... somi kalang kabut kejut haku bagitau.. yang kawan haku dah sampai.. hik.. dengan pantas kilat haku mandi solat bagai... MAAF sangat2 to Nadeera.... haku terlelap sebab letih sangat masak dan kemas rumah daripada malam sebelum tu... Faqihah lak mengamok sebab tak cukup tido.. so mood sudah ke laut.. lama juga nak bagi OK sikit..

lepas tu berduyun-duyun la sampai....Ana Lyana, Zaza, Mar, Juelee, Dina, Intan, Jue, Fad, Nurul, Yaya, Ena, Yun, Mek Na. ooo kalau ada yang tertinggal maaf yunk..Makanan pun penuh atas meja... macam tak muat dah haku rasa.. layan je lah. Haku dah kalut buat air. takut tak cukup je...sorry tak ada ais rumah orang yang tengah pantang ni...

Letih haku hadap gelagat anak-anak. Berlari-lari.. nangis rebut mainan.. hahahahaa macam-macam.. dah macam taska OK rumah haku aritu.. sapa tak datang rugi... walaupun tak dapat borak dengan semua.. sekurang-kurangnya dapat tambah kenalan...walhal dah macam kenal sangat ja kat UB and Twitter.. sua muka tak tau nak borak apa... normal la kan.

*gambar ehsan darpada yaya

Ini tak ramai sebab ada yang dah balik kan...sebab lepas amik gambar yang memula tu.. sessi tapau pulak. macam biasa la kan...

*gambar ehsan darpada yaya

chomel... haku kelakar sangat dengat gelagat Khalish ngan Auf... dua-dua pun dok rapat-rapat ngan Faqihah... bak kata intan...Khalish amik hati mak mertua.. hahahha lawak.. Auf lak bonda pening.. hik.. tapi sweet.

hah haku nak tanya... anak sapa yang kuat sangat sampai bengkok tempat penyidai unT Hany hah? hahahah terkejut ahkak... kuat betul.tak pe unT tak marah punnn....

so next Gathering Pot Luck kat mana? Bulan mac kan.. kompom eh Mek Na... 
lalalallaaaa   




 

Blighted Ovum

 
 
As Salam...
Morning u all... hari tu haku dah janji nak citer apa terjadi pada kandungan haku kan. ni haku dapat dari internet juga. dan doc Noraini sudah mengesahkan juga info pembacaan haku ni.

ini bukan haku punya.. incik google punya
 
 
apa itu Kehamilan Kosong????

Blighted Ovum (BO) – Kehamilan Kosong adalah gejala dimana rahim/kandungan ibu membesar seperti orang  hamil walaupun di dalam rahim tersebut tidak terdapat janin sama sekali.

Sama dengan gejala kehamilan pada umumnya,ketika wanita melakukan ujian kehamilan terdapat juga tanda2 kehamilan seperti yang dialami ibu hamil seperti rasa mual, muntah, pening, lelah yang berlebihan dan perubahan pada payudara.

Pada kehamilan kosong / Blighted Ovum plasenta dan kantung rahim tetap berkembang seperti halnya perkembangan kehamilan pada kebiasaannya. Permasalahannya adalah tidak ada perkembangan janin sama sekali di dalamnya. Inilah mengapa ketika wanita melakukan ujian kehamilan menggunakan testpack maka tetap didapat hasil positif karena pada urin terdapat hormon HCG yang merupakan tanda kehamilan.

Kehamilan kosong / blighted ovum ini terjadi kerana sel telur yang telah dibuahi pada masa subur tidak berkembang sempurna. Inilah mengapa ketika kantung rahim membesar seperti kehamilan pada kebiasaanya tetapi janin sama sekali tidak berkembang.


Bila Kehamilan Kosong ini boleh dikesan ?

Blighted Ovum (BO) / kehamilan kosong ini rata-rata baru diketahui setelah lebih dari satu setengah bulan melalui pemeriksaan USG. Pada pemeriksaan Ultrasonografio (USG) ini akan nampak perbesaran kantung rahim namun tidak ada perkembangan janin yang mengikuti pembesaran kantung rahim tersebut.

Biasanya Blighted Ovum (BO) / kehamilan kosong ini terjadi di kehamilan yang sangat awal, pada umumnya pesakit datang berjumpa doktor kerana ingin mengadu tentang pendarahan di usia kehamilan kurang lebih 6-8 minggu. Maka dari itu adalah hal yang wajar bila ibu mengira kehamilannya itu adalah hal yang normal kerana segala tanda-tanda kehamilan memang terjadi pada ibu. Hal ini diburukkan lagi dengan kemampuan USG transvaginal yang efektif untuk kehamilan diatas 6 minggu dan kemampuan USG biasa yang efektif mengesan kehamilan diatas 7 minggu.

Untuk itu biasanya doktor melakukan USG diawal kehamilan untuk memastikan apakah ibu mengalami kehamilan kosong atau tidak. Dengan USG biasanya doktor akan melihat perkembangan janin apakah telah mencapai 20mm atau belum. Bila janin tidak dapat dilihat atau ukurannya lebih kecil dari 20mm maka doktor akan memastikan ibu mengalami gejala kehamilan kosong dan biasanya pada pemeriksaan selanjutnya doktor akan mengukur lagi perkembangan janin.

Penyebab kehamilan kosong..

Hingga saat ini, penyebab terjadinya kehamilan kosong masih belum diketahui. Tapi berdasarkan hasil kajian kehamilan kosong ada hubungannya dengan kelainan kromosom pada janin. Pada sesuatu keadaan boleh terjadi komplikasi pada ibu hamil dengan kehamilan kosong kerana tubuh ibu berusaha untuk mengeluarkan hasil persenyawaan yang tidak normal ini namun ada hormon lain yang mencegahnya.

Apakah kehamilan kosong berkaitan dengan kesuburan?

Walaupun kehamilan kosong ini berlaku kerana adanya kerosakan kromosom pada sel telur atau sel sperma, blighted ovum ini tidak berkaitan langsung dengan gangguan kesuburan, sebab boleh jadi kehamilan seterusnya mampu berjalan normal. Tapi bila kehamilan kosong kembali berulang, maka kemungkinan besar terdapat kelainan kromosom terdapat pada salah satu dari suami atau isteri.
 
ini saja yang dapat haku kongsikan... kalau ada info baru nanti haku kongsikan lagi ya.. 








Tuesday, January 01, 2013

Melangkah ke tahun 2013

As salam.
Selamat tahun baru rakan2. Sure korang sudah tanamkan azam baru kan kan. Haku rasa haku ni tak pernah nak ada azam setiap sambut tahun baru sebab bagi haku... setiap hari adalah hari yang baru. So boleh ja nak berazam bila2. Hahahahaa dasar pemalas gitu.

Dan sure juga la segala memori 2012 sudah masuk dalam lipatan kenangan. Yang suka atau yang derita kan kan...

Anyway happy new year to all my frenz... semoga perjalanan tahun baru korang lebih baik daripada tahun lepas. I wish you all akan tunaikan segala azam korang tu... Ameen....