Thursday, January 03, 2013

Resepi SOTO dan BEGEDIL terbaekkk



As Salam...baru boleh bernafas ni wey.. macam nak rak keja byk.. nasib bonus pun banyak so kena lah rajinkan diri gak. hahahha.Hari ini haku nak share resepi.. hahahah macam teror sangat masak sampai nak share resepi kan kan.. lantak la. hari ni haku lantak kan semua sebab haku diserang cirit birit sejak malam tadi. so malas nak layan perasaan orang.. hik..sorry babe..

Tapi resepi kali ni yang haku dapat memang betul2 sedap kot walaupun haku tak rasa banyak. Orang kata cukup la sekadar merasa sebab haku masih dalam pantang hari kejadian pot luck aritu. ehhh kaedahnya pantang ni tak boleh makan udang kering la.. ayam la.. bla bla bla.. Juelee.. resepi ni yang ko nak sangat tu...

Jum tengok..

A. Sup
1. Satu ekor ayam, direbus di dalam 1.5 liter air dan diangkat, siatkan
dagingnya dan masukkan semula tulang ke dalam stok 
(Ada yang suka goreng dulu ayamnya selepas rebus, sebelum disiat. ikut korang la eh)
2. 10 ulas bawang merah kecil, dikisar
3. 10 ulas bawang putih,
dikisar 
4. 2 inci halia muda, dikisar 
5. 1 inci lengkuas, dikisar 
6. 2 batang serai, dikisar 
7. Satu peket rempah sup Adabi, dibuat pes
8. Satu peket rempah kurma Adabi, dibuat pes
9. 2 biji buah keras, kalau suka
10. 1.5 liter air, digunakan untuk membuat stok ayam - renih sekurang-kurangnya satu jam
11.
3 sudu makan minyak masak
12. Gula dan garam secukup rasa

Cara
1. Panaskan minyak
2. Tumiskan bahan yang dikisar sehingga terbit bau
3. Masukkan pes sup, biarkan sehingga naik bau
4. Masukkan stok ayam (bersama tulang) dan buah keras
5. Didihkan dan sesuaikan gula dan garamnya

B. Pegedil
1. 5 biji kentang kuning, sederhana besar, dihiris dan digoreng hingga empuk, tumbuk
2. ½ cawan udang kering, dibasuh dan digoreng garing
3. ½ cawan hati ayam, digoreng dan dicincang halus
4. 5 ulas bawang merah kecil, digoreng sebentar
5. 3 ulas bawang putih, digoreng sebentar
6. 4 biji cili merah, digoreng sehingga pecah kulit
7. ½ cawan daun saderi (sup) dan daun bawang (dicampur)
8. Sesudu teh garam (atau lebih jika suka masin) dan sesudu teh gula, secukup rasa
9. 2 biji telur, dipukul
10. 2 cawan minyak untuk menggoreng

Cara
1. Tumbuk udang kering bersama bawang merah, cili dan bawang putih
2. Masukkan ke dalam kentang yang telad ditumbuk
3. Masukkan ketumbar, lada hitam, hati ayam, daun saderi (sup) dan bawang
4. Masukkan garam dan gula, gail rata
5. Kepalkan adunan (anggaran dua sudu makan setiap satu), bulat dan leperkan.
6. Masukkan kedalam perti sejuk selama satu jam, untuk mengekalkan bentuknya supaya tidak mudah lerai bila digoreng.
7. Panaskan minyak
8. Salutkan pegedil dengan telur, sehingga rata litupnya dan goreng sehingga berwarna keperangan.

C. Sambal kicap
1. 15 biji cili padi, goreng hingga pecah kulit
2. 6 ulas bawang putih, goreng bersama cili
3. ½ cawan kicap manis
4. 1 biji limau nipis/2 biji limau kasturi
5. 3 sudu makan gula

Cara
1. Tumbuk cili dan bawang putih hingga lumat
2. Masukkan gula, gesek-gesekkan dengan anak lesung (jangan tumbuk nanti sambal akan jadi pijar)
3. Masukkan kicap dan perahkan limau
4. Kacau rata dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam sebelum dihidangkan.

D. Bahan Hidangan
1. Nasi himpit, dipotong dadu
2. Daging ayam (yang direbus - A), disiat-siat
3. Taugeh, dicelur (atau boleh dibasuh sahaja)
4. Suhun, digoreng
5. Bawang goreng
6. Daun saderi (sup) dan daun bawang
7. Limau nipis, dipotong (optional)

Cara
Ikut suka korang. hahahahaaa


Itu je la yang dapat haku kongsikan dikala haku sedang sakit perut yang memulas2 ni.. ohooooooo. gambar tak sempat nak snap. sebab di hari kejadian haku terkalang kabut. hahhahahaha

 *ehsan incik G




14 comments:

  1. resepi ko buat sendiri ker resepi share dari internet.. sedap soto lame x makan..huhu..

    oitt mak budak..

    btw, aku dah tukar blog..ni blog baru.. blog lame utk org2 tertentu akak yg senasib ngan aku jer...heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak.. resepi internet campor ngan resepi haku sikit. pandai2 tambah bahan. hahahahhaa

      ok bereh kak

      Delete
  2. tekiu hany.. nyum nyummmm bila la nak buat ni, salin resipi dulu hehhehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. most welcome dear... salin jangan x salin.. bila free nanti buat la...

      Delete
  3. x da wey.... tak sempat sangat234... kalang kelibut haku pada hari kejadian. dah katanya selaku tuan rumah. hahahhahaa lain kali la eh. nnt haku edit semula. hik

    ReplyDelete
  4. Ciare... sebenarnya takut ko terliur sebab mak yong sorang ni bukan leh caya.. hahahaa karang tak pasal2 haku kena msk lagi lak

    ReplyDelete
  5. gambar mana? mana??
    tak feel la beb baca resipi takde gmbr
    kalau ada gmbr makin tak keruan nak mencuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. non ada yunk... x da sorang pon amik gambo makanan time tu... sbb semua kalut kejar & jerit2 kat anak masing2. hahhahahaaa nnt haku tepek yg incik google punya je lah eh... bagi meleleh air liur ko. hahhaaaa

      Delete
  6. mmg kne try ni.....terutamae begedil tu......sedap plak ble ngk resepinye...baru ngk resepi lum ngk gambo lagi ni...heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hik... try la mar.. sedap bak kata depa2 yg rasa tu... terangkat babe

      Delete
  7. Replies
    1. kak.. 1 paket kecil rempah sup dan 1 paket kecil rempah kurma

      Delete
  8. As salam nk tanya.....rempah sup n kurma tu dicampurkn dulu pastu baru tumis ker?bermint nk try buat.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm.... rempah tu campurkan. jadikan pes then tumiskan

      Delete