Monday, July 01, 2013

weekend




Welcome Julai...

Hahahhaaa OK sudah starting dengan merepek.. maka mari lah kita merepek sampai ke hujung celoteh ini.

Mood untuk bercerita non ado la barang kali tak tahu nak taip apa ni.
Yang pasti sudah hampir 24jam handphone tak ada kat tangan haku.. Bahagia sikit haku rasa. 
Mana tak nya.. kalau ada Hp sikit nak ON mobile data tengok wasap la twitter la FB la instagram la... 24jam haku bebas dengan media sosial tersebut... happy wokk

Last saturday bangun pagi-pagi masak sarapan. apa lagi kalau tak mee goreng again... hahhaha sebab bahan-bahan itu ja yang ada pun.. belasah saja, asal kenyang perot. siapa pedulik ye dak.

Siap masak tengok jam baru kul 8am... wahh awal lagi... meh jemur basuhan dulu... dah siapkan pinggan mangkuk dah hadap nak makan ja.. ala... tetiba mual tak hengggat... terus letak garfu berlari-lari anak ke sinki...OMG dah start... apakah itu.. hahahahhaa

Dan-dan itu haku terus tido.. tak ingat apa dah...Faqihah dengan abah siap makan siap gi taman bagai haku boleh tak sedar... yang haku sedar 2jam kemudian sebab perot dah menjerit-jerit lapar katanya.... gagahkan juga bangun makan mee goreng...

Tengok-tengok anak beranak tu sibuk cuci basikal merah dalam bilik air... pedulik mereka haku dengan lahapnya makan sorang-sorang. hahhahahahaa. Lepas tu ingatkan nak tidurkan Faqihah... rupanya dia tak nak tidur pulak.. terpaksa la terus bersiap-siap gi kenduri kat Bangi...

Balik tu penat dah kan senang la tidur dengan haku sekali terlelap.. incik somi keja petang.. bye la kan. 

Ahad pulak bangun pagi dah debar-debar macam tak pernah g kelas pulak... Hoiiii semester baru dah mula.... kali ni amik 2paper ja. 8.30-10.30am... bertabah ja lah wahai hati. Faqihah g kelas elmo ngan abah la.. heaven ibu. hahaha tapi yang tak bestnya kena drive sendiri la g kelas.. huhhhh

Habis ja kelas, kalut-kalut balik sebab nak gi Hospital Ampang sebab SIL warded. Air ketuban pecah while 33weeks.. OMG...takutnya dengar.. tapi so far baby OK... bukaan baru 2cm terpaksa tunggu air ketuban kering baru amik langkah emergency. 

Sebab kalut nak balik rumah... incik somi keja petang lagi.. HP tertinggal kat keta dia.. bagus... ahahhaha dan paling best blk kerja semlm dia naik motor pulak.. ohhhh malasnya haku nak g tempat kerja somi yang sekangkang kera ja tu semata-mata nak amik HP.. esok-esok pon boleh kan... 

Dan yang paling best pagi tadi haku lupa yang start arini haku kena masuk keja jam 8am.... Tapi dengan selambanya haku datang keja macam biasa 8.30am.. OMG again... hahahahahaa


wahhh panjang sungguh repekan haku hari ni...

***maaf entry hari ini tak de gambar. hahahhaa




3 comments:

  1. muntah hany?perut masuk angin la tu hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah dira.. angin byk juta2

      Delete
    2. takder la juta2 yg masuk..satu je yg lepas masuk dlm :-P

      Delete