Thursday, June 27, 2013

Getar di hati


27 Jun 2009, setelah sah menjadi isteri kepada incik somi... 

Malam lepas nikah 26 jun tu haku kalut. sebab meja kerusi kat dewan semua tak sampai lagi.tunggu punya tunggu jam 3pagi baru lori sampai nak hantar kerusi meja. so sampai jam 5pagi haku nungu depa set up semuanya.. Alhamdulillah sempat. haku balik rumah pagi subuh tu dengan mata kuyu terus terbongkang.

Bangun pagi mandi-mandi cari makanan makan sikit... kul 10lebih abg tukang solek dah sampai... cepat yawww... terpaksa haku buat muka segar. kalau tak kena bebel. Haku terlebih excited sebab baju yang bakal haku pakai tu adalah baju baru.... baru jahit baru design. hahaha lagak retis jap. ngada kan..

Haku mintak hijau.. jadi nya kuning... tak apa lah janji RAJA SEHARI. yang jadi nya kuning DIRAJA... ahhh pedulik la kan janji baju.

Thanks kawan-kawan opis haku datang jauh dari Bangi..

hohooo arini tak sempat nak tulis banyak-banyak la... banyak kerja menanti di clear kan...
layan gambau je lah eh.

pembuka langkah ke gerbang perkahwinan

ada orang darah gemuruh naik naik pelamin

nampak sangat beza muka tenang sewaktu nikah dah gemuruh sewaktu sanding

fewitt

kena paksa senyum oleh cameraman




ladang sawit

"apa kita nak cakap ni? kita gelak je lah"
haku happy time sanding...tapi incik somi darah gemuruh sebab takut naik pelamin.... ala bukan banyak kali pun kena naik pelamin tu kan.. sekali seumur hidup kata haku... lain la kalau dia nak naik banyak kali kan... ahaksss

Semoga jalinan suci kita dilimpah RAHMAT dariNYA... ameen





Wednesday, June 26, 2013

World War Z



Tadi gi dating ngan incik somi.
semua ini adalah TIDAK dirancang...

Tetiba ja rasa nak ikut hahhahahaa. dah lama ok haku tak gi cinema. sejak-sejak bergelar ibu ni macam membataskan haku sampai kat cinema. sebabnya anak dara saya itu super tidak suka akan gelap dah bising yang terlampau. so terpaksa la ibu pendamkan hasrat nak ikut abah tiap kali abah g nonton cinema. kali ni ada peluang.. ibu rembat..

Cehhhhh mukadimah ayat panjang lebauuu

Haku memang tak kisah nonton cerita apa pun. sebab apa yang incik somi suka tengok haku layankan saja kecuali channel astro 551, 555 bagai tu... bosan. tapi kalau citer wayang kompom haku suka... sebabnya dia suka tengok cerita aksi.. yang mana haku pon suka...

Bukan setakat aksi malah macam-macam tentang dunia. Haku respect mat salleh kerana mereka punya idea melampau-lampau hebat. haku suka.. nanti keluar ja pintu wayang kompom ada tempias. hahahahaha.
moh tengok review cerita wayang tadi yang super hebat... TERBAEEKKK

World War Z
The hero of the story
Cerita mengisahkan kemusnahan masa hadapan....Dia bukan seorang 'typical hero'. Sebaliknya, dia seorang ayah yang berusaha untuk memastikan keselamatan keluarganya. Seorang insan biasa yang cuba melakukan sesuatu yang luar biasa tanpa dikurniakan sebarang kuasa luar biasa.

Dia tidak boleh terbang, dia tidak boleh membelasah orang-orang jahat. Dia hanya boleh bergantung pada akal, naluri dan pengalamannya untuk menyelesaikan masalah ini.

 



 

Ok best sangat... thanks to incik somi... sayang kamu selamanya....




yang dinanti-nantikan



Alhamdulillah syukur ke atas kurniaan yang Allah nak beri kat kami sepanjang 4 tahun kami bersama dengan dikurniakan seorang anak yang makin membesar dengan jayanya...hahahaa.
Banyak ronak duri yang kami lalui.. in sha Allah ianya mematangkan haku.

Kehidupan kami yang seperti korang-korang juga... in sha Allah bahagia ke akhirnya..
doakan kami selamat melayari bahtera kami ke syurga Allah...

Semalam haku order kek pelangi ngan Fad. Dah alang-alang dia nak hantar Mealshake ngan PD haku.. baik haku order siap-siap untuk Anniversary kali ni. Dan apa yang haku dah agak adalah incik somi lupa tarikh arini...26 Jun. ya Allah... tak pe tak pe.. hahhaha asalkan dia ingat tanggungjawap dia sebagai suami haku dah tanggungjawap dia sebagai seorang abah kepada anak-anak haku cukup!!  Haku tak minta lebih daripada itu.

Syukur dengan limpah rahmat dan sikit kesenangan hidup yang Allah kurniakan pada kami selepas berumahtangga. Ianya lebih teratur... lebih mencukupi.. sebab sebelum nikah sokmo kami terpikir-pikir.. cukupkah duit belanja kalau berkeluarga.. setakat ini Alhamdulillah... terlebih-lebih cukup haku rasa.Walaupun kadang-kadang kena juga korek kat mana-mana bank... tapi Alhamdulillah cukup. Mungkin sebab baru beranak sorang. dan in sha Allah kalau beranak ramai-ramai pun kami masih mampu.Rezeki Allah itu melimpah-limpah untuk anak-anak...

Dah malas nak bebel... sebab jap lagi nak g dating ngan incik somi. Tq bos izinkan daku kuar meraikan anniversary kali ni.

meh layan gambar ja la kejadian 26 jun 2009 jam 2100pm.. di Masjid Felda Bukit Besar, Kulai Johor

Muka tenang dikala akad.... 

Menandatangani surat perjanjian

Ameen.. Alhamdulillah... Syukur telah diperisterikan oleh seorang suami disamping Bonda terchenta

Mahar a.k.a emas kawen berupa senaskah Al-Quran

Mengedik kat pelamin

Senyum nampak gigi nampak.... hahhaha


Orang lain sibuk makan kami g dewan amik gambau... hahahaha

sekian yang korang nanti-nantikan.... tapi kala tahap kesabaran korang tinggi maka tunggu la lagi entry berikutnya... hik....

As salam



Tuesday, June 25, 2013

Mana dia



halamak...

mana nak cari dokumen ni... dah la tak tebal mana...
entah sapa gerangan yang pegang. yang hangpa dok pegang tu nak buat hapa?
pastu kalut nak suruh orang lain cari...

grrr menambahkan dosa-dosa kering haku ja hangin-hangin gini..
kalau nak suruh haku fail... bak meh la... ishhh



walau pun aircond office ni haku rasa sejuk sampai haku perlu berjaket...
hakikatnya haku panas di dalam hati.

OK... tengah benggang yang menyampah sekarang ni...
geeeram seyhhh


doakan haku lebih bersabar..... jum la kita cari itu dokumen sampai jumpa.... sabar sabar sabar




Monday, June 24, 2013

Floria Putrajaya 22-30 Jun 2013 VS Jerebu



Paling merisaukan haku adalah berkaitan habuk-habuk seantero dunia sekarang ni..
Haku is OK... cuma paking haku risaukan adalah Amera Faqihah... sebab dia tu kan ada asma... OMG...
Dipendekkan cerita kami terpaksa ambil langkah berjaga-jaga bila keluar rumah walaupun dari pintu rumah ke pintu kereta. Sebab nya ibu ni tak keruan nanti kalau dia warded.

Kerisau sang ibu ini lebih tinggi bila si abah OFFER lak gi jalan-jalan pulak kan...
dussss tanpa berpikir panjang sang ibu pakaikan la mask kat dia... paksa atau rela TERPAKSA juga pakai.. dimana ibu pon wajib pakai gak.. lantak la orang lain tak nak pakai sebab malu ke apa ke.. haku tak fedulik dah.. janji kami anak beranak is SIHAT..

Oleh kerana Floria Putrajaya dah mula... gagahkan juga la badan yang tak berapa sihat ni... hajat nak g siang, tapi jerebu maha berleluasa tebalnya... maka duduk rumah makan tido makan tido ja.. lagi pun incik somi kerja malam.. so siang tu dia bantai la membuta ja.

Pagi tu haku masak mee goreng, cuma kami berdua ja la makan.. portion untuk si suami tak bersentuh pun sebab dia elok peluk bantal sampai la haku siap masak untuk lunch.. Yeay.. lunch Nasi Ayam on saturday yang kelabu...
gambau nasi tak sempat nak snap.. dah lapar sangat. hahahah

sambal nampak ja merah.. tapi tak pedas langsung... maknanya tak jadi la tu. hahahaaa

Petang pulak nak masak pengat doyan.. sekali santan dah habis.. maka jadi la cekodok doyan yang kurang menjadi tu.. ahaksss fedulik la.. haku tak makan sangat pon...

lepas ja maghrib siap la cepat.. sebab bak kata ana lyana... Floria malam-malam lagi shanteq...
yeayyy jemmmm tak henggat pusing-pusing nak cari parking ja dah satu jam wey.... sampai Faqihah cakap.. "bila nak sampai ni bu.. lambat sangat..." hahhaha sabar ya kakak.. dah sampai dah ni.. abah tengah cari parking ja. nasib tahap kesabaran dia tinggi...

ada air terjun kat belakang tu.. hahahah tak nampak lak
Gelap gelita.. ye ahhh pakai hp cabuk je pon.

 

 tu dia...... orang sibuk nak tengok bunga ngan boat.. dia sibuk ngan rabbit.... nasib pakai mask... lepas tu terus basuh2.. balik terus mandikan la kan... WAJIB bagi pesakit asma kan.. bulus2 itu haram bagi dia.. tapi dah nama pun budak-budak...kan kan.. bapak budak pun ter over OK...

sebelum balik sempat dia pau abah dia belon hello kitty. kalau la semua belon-belon yang dah beli tu masih elok.. haku rasa dah beratus-ratus kot.. kali ngan RM5 satu.. huhhh kaya haku kalau jual balik.. apa nak di kata.. melayan kerenah anak PUTERI yang PINTAR memang gitu

bye la dah penat haku bebel...
boss tak da.. heaven sungguh..

***ini ke POST yang korang-korang tertunggu-tunggu.. hahahhaha tunggu la tunggu la tunggu la.. kalau korang rajin




Wednesday, June 19, 2013

WW

Ini je dulu

Kami jumpa Shrek kat Universal Studio Singapore

Tuesday, June 18, 2013

SABAR

Bahahahhaaa terkeluarnya entry semalam makin korang speku haku kan kan kan..

Korang doakan la yang terbaek untuk haku dah keluargaku jugak.Semoga doa-doa kalian dimakbulkan Allah...Ameen..

Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah..
panjangkanlah umur sahabatku,kurniakanlah kesihatan yang baik
padanya, terangi hatinya dengan nur pancaran iman..

Ya Allah..
tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah
hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah
hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat...

Ya Muhaimin..
jika dia jatuh hati, izinkanlah dia menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta
nafsu.

Ya Rabbana..
jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan
hatinya pada hatiMu.. Ya Rabbul Izzati..jika dia rindu, rindukanlah dia
pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu..

Ya Muhaimin..
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu..

Ya Allah Yang Tercinta..
jika kau halalkan aku merindui sahabatku,
janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta
hakiki,rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu

Ya Allah..
kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kebahagiaan dan
kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat kelak..

Ya Rabbul Izzati..
bahagiakanlah hatinya sebagaimana Engkau bahagiakan
hati hambaMu yang lain... 
 
AMIN



Monday, June 17, 2013

lagi seminggu

As salam korang......

Alhamdulillah kami semua selamat pulang ke rumah masing-masing
last month bercuti kat Krabi, Thailand pon tak sempat nak UP citer...
ini pulak holiday kat Universal Studio Singapore...
kalau diberi kerajinan yang banyak In Sha Allah.. haku Up citer-citer holiday tu

Haku masih menunggu sedikit masa lagi untuk menceritakan sesuatu...

semoga Allah beri haku kekuatan menunggu waktu itu...
semoga Allah beri haku kekuatan melaluinya
semoga Allah tunaikan hajat haku kali ini...

Ameen...







Friday, June 07, 2013

unwell



Bila nak naik semester baru ja Tetiba rasa kurang sihat. 
Bila banyak keja ja Tetiba rasa kurang sihat
Bila poket kering ja Tetiba rasa kurang sihat
Bila matahari mula meninggi ja Tetiba rasa kurang sihat




Ahaks.. ini pantun ka apa ka ini? pedulik la.. yang penting haku betul-betul rasa kurang sihat. 
Badan haku akan secergas atlet seawal jam 6.30pagi sampai la jam 11pagi sahaja.. selebihnya kompom-kompom la Tetiba rasa kurang sihat itu datang secara automatik...

Dari mana ntah datangnya haku enggak pasti dong. Yang pasti next week kena rasa sihat la sebab nak g holiday lagi. Bukan jauh mana pun... seberang tambak kampung haku ja...kalau rasa kurang sihat pun haku kena buat-buat sihat sebab nanti incik somi bilang cancel ja trip holiday kali ini.... BIG NO la kan...

 

Monday, June 03, 2013

Bila Semester bermula

Haku naik penat mengejar ilmu... ishh tapi tak baik apa kita ada pikiran gitu... syuhhhh jauh-jauh kepenatan keperitan itu. Tapi sungguh haku lelah. hurm... bertabahlah wahai hati

".... Boleh jadi kamu membeci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." Al-Baqarah:216

yesssssza sesungguhnya Perancangan Allah itu terbaik!!! TQ adik esyah sebab mengingatkan kakakmu yang alpa ini.

Sepatutnya dah lama kot habis grad kat UITM dengan segulung Diploma... hah tu dia baru diploma dengan usia 30an ini. sungguh haku tak tipu.Haku start ambil course E-PJJ ni masa tahun 2008. Cuba bayangkan sewaktu itu haku hanya seorang remaja... sekarang sudah punya keluarga, disamping suami dan anak-anak*.

Masih belum grad.. hahaaaa haku kayuh perlahan-lahan ye la perlahan-lahan yang tak sampai... Sepatutnya lagi kali INI semester yang TERAKHIR juga... TAPI haku tiada kudrat bila pandang jadual seminar yang melampau...

Dipendekkan cerita.. kali INI bukan la semester yang TERAKHIR bagi haku... haku delay kan lagi 1paper ke semester depan... harap-harap itu adalah semester yang TERAKHIR...

Bukan apa.. haku cuma tak larat nak travel ke Shah Alam sana... bila mana ditinggalkan... tak boleh fokus woo ahad pulak tu.... Tapi ye lah itu semua PENGORBANAN namanya ye dak...